Monday, 24 September 2012

24-09-2012 10.50pm Musim PRK

assalamualaikum..

alhamdulillah..dua hari lepas cukuplah 23 tahun aku hidup..
dengan ni'mat Allah yang tak pernah putus..
ni'mat rezqi.. hidup...kesihatan..iman dan Islam sendiri..
walaupun dalam 23 tahun ni aku selalu melakukan dosa,,,sama ada sengaja mahupun tak sengaja..
semoga Allah ampunkan dosa-dosaku ..;(
terima kasih kpd yang mendoakan aku..

sekarang musim pilihanraya..

sang pejuang tak takut mati..
sang pejuang tak takut ugutan..
sang pejuang tak takut fitnahan..
sang pejuang tak takut kekalahan..

tapi aku...



abaikan..tu hal lain..emmm

baiklah..
tapi aku nak sangat kongsi suatu perkara dengan pembaca..
sebab aku baca hari-hari..
ada kala sampai menitis air mata... =(

Muslimah sejati tidak dilihat dari JILBABnya yang anggun...tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap..

Muslimah sejati tidak akan dilihat dari tangannya yang selalu membawa al-Quran tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al-Quran tersebut...

Muslimah sejati tidak dilihat dari komitmennya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja..

Muslimah sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama..tetapi dilihat dari kedekatannya pada Rabb di luar aktiviti solatnya..

Muslimah sejati tidak dilihat dari rutin dhuha dan tahajjudnya..tetapi sebanyak apa titisan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud..  =(

Muslimah sejati tidak dilihat dari kasih sayangnya pada orang tua dan teman-temannya...tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar-Rahman dan Ar-Rahiim..

Muslimah sejati tidak dilihat dari paras rupanya yang cantik..tapi dilihat dari kecantikan hati yang ada disebaliknya..

Muslimah sejati tidak dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya..

Muslimah sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan tetapi dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu..

Muslimah sejati bukan dilihat dari kefasihan berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya dia berbicara..

Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian, tapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya..

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalan..tetapi dilihat dari kekhuatiran dirinya yang mengundang orang lain tergoda..

Muslimah sejati bukan dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tapi dilihat dari sejauhmana dia menghadapi ujian tersebut dengan penuh rasa SYUKUR...



Hendak jadi..
Muslimah sejati itu susah,
mukminah tambah susah,
Mujahidah juga payah,
Istiqamah lagilah payah..

namun susah payah itu takkan ku endah,
 akan ku gagah..
akan ku tabah..
demi Allah..demi Solehah..
kerana akhir pasti indah..
yakni menang atau Jannah!!
 


WORDOFTHEDAY:MUSLIMAH.TAK.MENGALAH

diluar terlakarnya pelangi redhaMu..
disini masih mengharap gerimis kasihMu..