Total Pageviews

Sunday 13 December 2020

Cara Argument tak berasas

Assalamualaikum!


Sementara tengah taip-taip buat kerja ni.

Saja lah nak menulis kat sini buat puas hati sendiri.

 Kelmarin aku ada 'argument' dengan suami. boleh kata argument yang tak ada manfaat pun. haha

biasalah perempuan kan. 

kalau tak cari pasal..tak sahlah.

Disebabkan suami aku bukan jenis yang romantik aku tnya die. perlu ke lelaki belajar jadi romantik kalau isterinya menginginkan sebegitu.

Dengan kepantasan kelakian dia, dalam 0.01 saat die terus jawab. ' Buat apa?' -.-

Dan alasan die dikukuhkan oleh ' perempuan sekarang terpengaruh dengan cerita Korea oppa dia, lepastu nak mintak laki sendiri jadi romantik'.

Sebenarnya perempuan tak mintak sampai tahap itu cume die perlukan perhatian lebih lagi2 spesis PJJ macam aku. haha

Dan wanita, jangan harapkan lelaki je untuk menjadi romantik..kamu pun memainkan peranan.

macam aku..setelah puas argument yang mana xmemberikan apa-apa jawapan, aku rasa aku perlu start dulu. hahaha, jadi, di bawah adalah cara aku start dan ape respon yang aku dapat.


** Setiap kali birthday dia, aku akan buat surprise, sampai dia rasa dia kena buat benda sama untuk aku.

- JADI BROOOO! End up this year birthday, die belikan aku hadiah diam2, yang mana kasut yang aku da lama aim sejak awal tahun! Subhanallah!haha


** Kalau die balik, aku cuba sediakan macam2 menu untuk masakkan. Bia dia rasa aku amik effort lebih sebab nak bahagiakan perut die.

- Skang siap rajin tolong kat dapur setiap kali balik. 😆😏😏😏


** Walaupun bukan hari istimewa, jadikan setiap hari adalah istimewa. kadang kadang aku saja belikan dia barang macam dompet ke, coklat ke ( faveret dia), stokin, ape2 jelah yang mampu bulan tu. At least dia akan rasa nak buat benda sama which is aku selalu dapat satay/ baju sebagai habuan! haahhaha


konklusinya,jangan harapkan sesuatu yang sempurna kalau diri sendiri tak sempurna. 

Melengkapi adalah aset paling penting dalam kebahagiaan.


Solat berjemaah kalau ad kesempatan , tolong bentangkan sejadah masing-masing, buat pillow talk.

borak, kurangkan gadget.


aku ni pun baru je kahwin 2 tahun lebih jadi cabaran akan datang akan jadi lebih besar, cume mampu atau tak je harungi,

Moga Allah berkati usaha dan kasih sayang kalian dan juga aku sendiri.

banyak lagi sebenarnya effort simple yang boleh dibuat cume bergantung pada diri sendiri dan keadaan semasa.


tapi kadang-kadang argument tak berasas selalu je muncul dalam kepala aku. so, bersedia untuk next one.hahahah


bye!

 

Friday 25 September 2020

Soul of the Wind

 Soul of the Wind.

 

Baru baru ini kejadian yang aku sering lihat dalam cerita, kisah, terjadi padaku sendiiri.

setiap kali aku pejam celik, aku cuba cakap dengan diri aku sendiri bahawa semua ini adalah mimpi

tapi realiti menampar aku setiap kali aku pejam dan celik

cuba lari dari ilusi

aku ingat, semuanya tak mungkin

hakikatnya aku sedang menghadapi

bukan mudah untuk hadapi sehingga aku betul-betul terima

minda mahupun jiwa

aku berkata ' aku okay' ' aku okay', sambil mengurut dada

memegang bahu sendiri

seminit yang pertama, aku rasa ya, aku okay.

namun sesaat selepas seminit itu, airmata aku berteraburan

seumpama debunga yang dibawa angin

aku berseorangan tatkala itu, masih terkenangkan banjiran darah yang kulihat sebentar tadi.

wajah yang dibaluti darah.

gigilnya sebuah kehidupan.

 gagalnya sebuah hati.

 hujan turun dengan lebat seolah memujukku bahawa ' aku ada bersamamu'.

airmata bagai dilap dengan tenang bersama sang hujan

duduk aku di penjuru, hanya nampak kegelapan di sekitar

tertanya-tanya...mengapa..mengapa

kakiku masih kaku.

menunggu jawapan yang belum tentu.

 

-lakaran gerimis-

 

Monday 22 July 2019

22 July 2019

Semua orang boleh bercakap tentang kekuatan

dalaman atau luaran

tapi berapa orang yang boleh jadi betul-betul kuat bila ada dugaan menimpa?

---

aku sendiri tak kuat.

ye. perkataan adalah doa.

tapi sejujurnya aku kadang rasa nak rebah.

terlalu banyak tanggung jawab sehingga tulang temulang rasa retak.

berat rasa seberat dosa.

kadang hati nak menangis ..tapi macam dah tak keluar apa-apa.

sabarlah. ni semua dugaan.

ye. aku faham. pasal tu aku masih bertahan.

memang indikasi kehidupan adalah untuk diuji.

jadi siapalah aku untuk menolak itu.

cume kadang aku rasa taknak fikir apa-apa untuk sehari.

sebab aku rasa minda aku da terlalu letih.

tak tahulah.

mungkin ini bahagian aku.

terimalah.

orang lain, lain bahagian nya. mungkin bahagian yang sepuluh kali lagi teruk.

biiznillah.

AKU adalah orang lain.

Thursday 13 June 2019

2019 - Dunia Baru

Akhirnya tinta gerimis mula beraksi kembali.

 hati aku sentiasa menulis walaupun jemari aku tidak

tiada hentakan yang boleh memberhentikan aku dari terus menari dia atas wadah ini

tak pernah sekali aku merasa aman tanpa meluahkan rasa yang terpalit

jujur

wadah ini adalah jiwa yang terbaik

wadah ini adalah perjalanan yang membalik

wadah ini jugalah peneman yang setia

*-*-*-*-

penulisan akan bermula kembali 

nantikan tarian dari jemari tinta 

:)

 

Saturday 2 December 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

baru aku perasan bahawa last post aku 18 sep 2016?
Seriusly? haha, sarang tarantula dah ni..

setelah sekian banyak yang terjadi dalam hidup
Aku rasa hanya menulis mampu membuat aku rasa selega-leganya.

memandangkan aku kerja malam dan hari ini hanya menunggu 'task' dari CSR aku.

aku memutuskan bahawa aku ingin menulis kembali.
bukan untuk tatapan manusia atau menjaja cerita.
namun sekadar untuk kepuasan sendiri.

Tersenyum panjang tatkala aku menaip setakat ini.
Terima kasih ya Allah.

---------------------------------
Tajuk: Ironi Sebuah Hidup



Pada 28 tahun dahulu, 

Berpandukan izin Allah, lahirnya  seorang bayi perempuan lahir kedunia.
Bergembiralah sang ibu dan ayahnya atas kelahiran anak perempuan ketiga walau kehidupan pada tahun 1989 tersebut sangat berat dan susah.
Anak perempuan itu hanya terkebil-kebil memandang sekeliling tanpa mengetahui apa yang bakal dihadapi dan terjadi dalam sepanjang hidupnya.
tangisan pertamanya menerbitkan airmata ibu kerana lahir dalam keadaan serba sebi kekurangan.
azan pertama ayahnya menyejukkan telinga sang bayi dan mengukir senyuman pada wajah ibunya.

"Abang, anak kita abang"..sambil memandang sayu tapi gembira.

Disitulah bermulanya tulisan yang dipahat oleh Allah.
Tiada siapa yang menduga apa yang bakal terjadi.


Pada suatu petang, 
Ibu yang masih berada di hospital didekati sebuah keluarga berbangsa Sikh.
Si ayah pulang ke rumah sebentar untuk membawa makanan dan pakaian kepada si ibu.

" Selamat pagi puan, maaf kerana menganggu. Anak ini anak sulung kamu kah?". sambil menunjukkan bayi yang nyenyak tidur sambil tersenyum.

'Eh, selamat encik. Ini anak ketiga saya. Saya ada lagi dua orang anak perempuan berusia 7 tahun dan 4 tahun. Mengapa ye encik?" sambil berkerut dahi diaju pelbagai soalan dalam benaknya.

" Oh, yeke. Begini sebenarnya...sebenarnya isteri saya mengandung namun keguguran seminggu lepas. Jadi kami berdua mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat. Tadi kami lalu, bayi ini terlalu comel dan menyentuh hati kami. Kalau diizinkan tuan dan puan, bolehkah kami mengambil bayi ini sebagai bayi kami? jangan risau, kami akan bayar RM20000 sebagai gantirugi."

Ibu terpana dengan permintaan itu dan tidak menjawab.

" Maaf kan kami tapi kami sudah berkahwin selama 12 tahun namun tidak dikurniakan anak. memandangkan kamu ada dua lagi anak mungkin boleh benarkan kami jaga bayi ini. Kami janji akan jaga dia sebaiknya"

Ibu masih lagi terpana.

" Saya bincang dahulu dengan suami saya boleh?"

" Baiklah, kami akan kembali esok. Harap berita gembira menanti kami" kata keluarga Sikh itu lalu beransur pulang.

Pertanyaan yang singkat itu membuatkan die terkedu lama.

Ibu yang masih dalam pembaringan buntu memikirkan keadaan ini.
dalam keadaan yang serba serbi kekurangan, kais pagi makan pagi..kais petang makan petang, dia terfikir untuk memberikan bayi itu jadi bolehlah dia membesarkan anak yang lain dengan persekolahan dan kelengkapan yang cukup. Mungkin beban si suami dapat dikurangkan kerana dia hanya bekerja di kedai makan. Pendapatan harian apalah sangat. Kadang kala langsung tak mencukupi untuk makan sekeluarga.

Sebelah hati lagi, anak yang dilahirkan dari rahim sendiri dijual kepada orang lain?
Mana mungkin..

Si ayah tiba sambil membawa pakaian bayi dan ibu. Tanpa membuang masa si ibu menjelaskan apa yang berlaku.

Beg baju yang si ayah pegang terlepas dari genggaman. 

" Kita keluar dari sini sekarang juga, jangan berani siapa-siapa sentuh atau ambil anak aku", sambil mendukung erat bayi itu dengan segera..

"Ini anak aku..anak kita. Walau susah mana pun kita yang akan bela dia."sambung si ayah

"Tapi abang..." ibu cuba mencelah sambil bergenang airmata.

"Tiada tapi-tapi, cepat siap..potong nama sekarang juga"..sambil berlalu pergi untuk berjumpa doktor.

air mata ibu mengalir laju...

'Maafkan ibu anakku.."

***bersambung




Sunday 18 September 2016

18 Sept 2016

Segenap ruang minda mula menyelar..
Selar kiri kanan
Mengemis secebis kekuatan
Yang semakin menipis..

Perasaan berkecamuk..
Siapa yang salah ..
Apa yang aku patut buat ...
Kenapa aku...kenapa ...

Berpecah belah nyawa aku..
6 nyawa di dalam..
Menjadi calar balar...
Aku sayangkan setiap nyawa aku...sebab saling melengkapi..

Kejadian hari itu buat aku hilang keseimbangan..
Aku dah saksikannya selama mungkin..
Kali ini aku terguris sedalam mungkin..

Kasihan semua...
Kalaulah aku boleh betulkan keadaan dari mula...
Kalaulah aku bisa satukan semuanya..
Aku sanggup korbankan diri aku..

Habibah..
Nabi Muhammad diuji jauh lagi berat..
Kesakitannya jauh terpancar berat..
Kesedihannya mengangkat darjat.

Percayalah..ujian ini semuanya mengangkat darjatmu disisi penduduk langit...sambil menunjuk..
'lihat..ada hamba Allah yg sangat bersabar dengan ujian Allah..'...

Allahu..meremang jiwaku..
Aku hanya mahukan keluarga yang aman dan saling memerlukan..
Engkau percikkanlah elosi kasih sayangmu Allah...
Temukan kami dalam pelukan kasih sayangMu kemudian hari.

Tenangkan hati kami..
Tabahkan hati kami...
Berikan kami pintu solusi ..bagi setiap kesakitan.

Diluar mengharap gerimis kasihnya
Disini masih mengharap belaian redhaNya.


Friday 19 August 2016

20 Aug 16

Sakit betul rasa bila kau dah berapa tahun tak buka hati pada sesiapa.. Disebabkan kesilapan lalu..
Bila kau cuba buka..lagi sakit. Sebab mungkin kau da salah buka hati.
Maafkan aku hati.

Kali ini aku tak menangis..
Cuma rasa tercalar sikit.
Sedikit yang dalam...
Redha itu kena ada..

Aku perasan..semenjak beberapa kebelakangan ini..
Aku bersikap terlalu defensif..

Memang kita tak minta..
Dalam hati aku masih ada sedikit takut..
Makin orang dekat..aku ada satu perasaan 'tak percaya'..

Normal kan..

Tak ke?

Ok..

Bila laut menjadi kawan..
Rasa gelap menjadi teman...
Bila cahaya menjadi lawan..
Sapa engkau untuk menidakkan??

That is for you habibah.

Berharap yang terbaik..
Fokus aku bukan pada jodoh..
Ada lagi tanggungjawab yg Allah beri pada aku...
Ibu..adik..putri..

Allah sahaja yang tahu apa yang aku lalui sekarang..
Kalaulah ada jalan untuk semuanya..
Tapi ..itu hanya 'kalau'...
Aku hanya mampu minta maaf berkali tak berhenti pada ibu dalam hati..kerana aku anak yang gagal tunaikan kehendak dia.
Kalau hati diam kecewa. Aku seribu kali kecewa. Maafkan sekali lagi hati. Engkau tahan semuanya.

Ya Allah...kau palitkanlah segala kesakitan..kesedihan dia pada aku..
Gembirakan..sayangi dan jaga hatinya sebagaimana Kau bantu pada orang terdahulu yang Engkau kehendaki

I Know You Will.

Diluar terlakarnya gerimis kasihnya..
Disini masih berharap pada pelangi redhaNya.