Total Pageviews

Thursday 31 January 2013

31-01-2013 INTERVIEW DIRI



MUDAH KATA:

Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat pada waktu yang kita tak ketahui..

untuk SIAPA?

-huhu..tahun ni nak bagi adiah kat die yang nilah..bia mahal sikit..nanti besday aku leh die bagi yang lbh mahal-

- aku berjanji akan jadi laki/wanita soleh/ah utk mendapatkan wanita/ laki idaman aku tu-

COME ON!!!
NIAT sudah salah maaa...


kalau kita tak dapat yang kita niatkan tu, bukan ke nanti kite putus asa? 

daripada baik tibe2 dah xnak wat kebaikan sebab fed up kerana budi / usaha yang tak di balas..

ALTERNATIF?


letak tangan di dada, pejam mata..

'DEMI ALLAH, AKU MELAKUKAN PERKARA INI KERANA-MU'

'YA ALLAH, AKU MELAKUKAN INI UNTUK MENCAPAI REDHA-MU'

perbaharui niat..

perbaharui iman..

BIAR ALLAH YANG MEMBALASMU..
MUNGKIN GANJARANNYA BERLIPAT GANDA!! WOHA~

WORDOFTHEDAY:YAKIN.IQTIQAD.ISTIQAMAH

diluar terlakar pelangi kasih-Nya..
disini masih mengharap gerimis redha-Nya..

#mungkin berat sikit entry kali ni#

Saturday 26 January 2013

26-01-2013 MANDAT

ASSALAMUALAIKUM AND SUCH A WONDERFUL DAY TO YOU..YOU AND YOU!~




alohaa!~
dah habis membecek dan kenduri semua?
dah habis cuti umum bagai?
fiuhh~ what a day..

tadi pergi bengkel nak betulkan motor..
dok tengok dia betulkan tiub motor tu..tibe2 rasa nak menyibuk suruh dia ajarkan cara nak tukar tiub.. (ahahahah)..

"adik, ajar saya tuka itu tiub boleh?"

"aiyaa..mau jadi tauke ka?"

"bukanlaa..kalau emergency ka apa bolehlah try2 maa".

" perempuan boleh buat ka?"

"apa macam talak boleh..boleh."

tung tang ..spanar, skru..tiub..bla bla bla..

"haa..amoi, amik itu minyak pelincir kasi sikit tepi tayar biar itu tiub boleh keluar.." sambil beredar pergi belakang ..

aku....errr..." ni kot"...

"amoiiiiiiii~ kenapa pakai ini..ini bukan minyak pelincir laa."

"abih tu mendenye nih"..

"ini minyak hitam yang mau buang maaaaa''

alaaa...minyak jugak..=..=
peduli hape gua,...ahahaha...
(dalam hati tahan malu)


moral: xtau tanya dulu..bukan main hentam



******----------------**********

1- Tubuh kita akan menyusut 1 cm pada malam ari dan akan kembali seperti biasa kerana tulang belakang kita menahan beban masa tidur, sehingga melebar kembali..

2- Seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri dengan menggunakan siku...
(ha..ada yang tengah try lettew..hewhewhew)

3- kehadiran orang baru, anjing, atau kucing baru di sebuah rumah dapat menyebabkan seekor kucing stress.. (woha~ tergugat lettew)

4- Lelaki 6 kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita..
(maksudnya..perempuan still got five time rite..=..= )

5- kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi elama 8 jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan..
(baik masuk tido dulu)

6- masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati..
(kalau gitu, dah berapa kali aku kene cukur kening aku ni)

7- duit kertas sebenarnye bukan dibuat dari kertas tapi daripada kapas..
(bawak tido memang sedap!)

8- bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100watt selama lima jam..
(hahaa..pasni umah sapa bau PELIK aku dah tau dah motif nya kenapa)

tajdidkan niat hari ini..untuk menjadi MUSLIMAH yang lebih baik..
#santai

WORDOFTHEDAY:MINYAK,TIUB.SANTAI

diluar terlakarnya pelangi kasih-Nya..
disini masih mengharap gerimis redha-Nya..






Thursday 17 January 2013

18-01-2013 WE ARE ALL BAWANI

KISAH BENAR

Siti (bukan nama sebenar) : Kak, kenapa akak bawak ni...




Aku                                 : err...apekah soalan kamu itu..


Siti                                  : kan sekarang tengah kerja..sempat ke nak baca Quran tu?


Aku                                 : eh, xde perkataan tak sempat dalam Islam..kita kerja untuk rezeki yang berkat..bukan setakat kerja..rasa xsalah baca Quran masa solat Maghrib tadi 


Siti                                  : err..emm..maaf kak..tak pernah terfikir..


Aku                                : siti, tgk Quran pun dah dapat pahala..apatah lagi baca, hayatinya..kalau akak 
xsempat baca pun..skurang2nya akak akan cium Quran tu..bagi akak, hati yang sedih akan bahagia bila tengok ayat-ayatnya..=)


Siti                                : Betul kak, saya masih ingat ustazah saya cakap..saya takut nak bawak ke ape sbb takut lama ke ape ke kan..


Aku                              : Buat apa nak takut dengan manusia sedangkan kita nak cari redha Allah bukan redha manusia?? 

Imam At-Tarmizi meriwayatkan dari mengatakan Abi Sa'id Al Khudri sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Firman Allah: Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan Al-Quran kerana mengingatiKu dan kerana meminta padaKu nescaya Aku akan berikan selebih-lebih daripada semua orang yang meminta padaKu. Dan kelebihan Kalam Allah itu ke atas semua Kalam seperti kelebihan Allah atas makhluknya.'


 

MasyaAllah..siapa tak nak tawaran yang Allah bg ni..tawaran yang tak perlukan bayaran..
hebat Allah~

namun ingat, manusia akhir zaman : ramai yang membaca Quran tapi tak mengamalkan dan menghayatinya.

WORDOFTHEDAY:QURAN.PUNCA.BAHAGIA

diluar terlakar pelangi kasih-Nya
disini masih mengharap gerimis Redha-Nya..

Friday 11 January 2013

11/01/13 TERNAKAN mercun

tanggung di  dunia dan jawab di akhirat...



yang terpenting..tanggungjawab terhadap...............


'Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul-Nya'..

*-----------------------------*

kadang tanggungjawab ni rasa seperti dibebani  dengan sebuah batu yang amat besar sehingga sukar sekali untuk mengangkatnya..

kadang terasa seperti nak menjerit tetapi suara tidak kedengran kerana terlalu letih mengangkat bebanan tersebut..

kadang ingin teriak kerana tidak sanggup gagal dalam tanggungjawab tersebut..

*-------------------------*

 TANGGUNGJAWAB memerlukan pengorbanan..
TANGGUNGJAWAB memerlukan pengabdian..
TANGGUNGJAWAB memerlukan kesabaran..




WORDOFTHEDAY:TANGGUNGJAWAB.KORBAN

diluar terlakar pelangi Redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya...


Sunday 6 January 2013

07-01-2013 SENYUM TANGiS

menitis airmata bila melihat...

lukisan awan dalam nota-nota aku..

ayat tqah yang kelakar dalam nota-nota aku..

tulisan Izzat menjadi tutor kami ...

ya Allah..
kenapa hati ini sangat merindukan masa itu..
ada sahabat yang sentiasa bersama aku..
kini aku merasakan aku jauh dari mereka..


masyaAllah..kalau ini penangan ukhuwah yang Allah beri pada aku..
makanya aku gembira kerana aku merasakan ni'mat persahabatan tersebut..
Allah memberikan aku sahabat yang terbaik dalam kalangan terbaik..


masa besday ijat masa first year..waktu ni ada orang tu kene baling bedak johnson-johnson..WANGIII..



..masa bengkel final year



hish...ni ke Mantan S/U PMUKM..hik2..ni masa datang xbetul dia..

ni soleh jugak tarak betul..ahaha..miss u la deii..





masa fieldwork kat pantai remis perak..teringat awan mabuk laut..hahaha..

banyak lagi gambar..xpuas lihat..

Allah..
kuatkan ukhuwah kami..
bertemu keranaMU..
berpisah jua keranaMU...


WORDOFTHEDAY:UKHUWAH.ITU.INDAH


diluar terlakarnya pelangi redha-Nya...
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..