Total Pageviews

Monday 13 August 2012

14-08-2012 11.38pm Kahwin Cepat

ASSALAMUALAIKUM 
wahai manusia-manusia yang bakal menaiki kereta jenazah..

Ramadhan makin meninggalkan kita nampaknya kan..
stop kejap tengok Running man hari ni..
buat kerja berpekdah skit..

nampaknya aku akan berangkat ke rumah pada hari Jumaat..
dan berita GEMBIRA nya, aku punya praktikal dilanjutkan sehingga september..=='
hal ini demikian kerana mereka memerlukan kaki dan tangan untuk uruskan MMP dan pinjaman PTPTN..
tahniah bib..



bila fikirkan nak balik dengan KTM ni..
rasa malas je..ahha..
sebab selalu ORANGTAKBERADAB ada dalam tren tu...
macam mana orang tak beradab tu?
kadang kita rasa tak kisah je kan..
pakai headphone pastu xhirau ape jadi..
main I-Phone, I-Tab, I-love you bagai dan tak kisah kan orang lain...
tak bermasyarakat betul..
dei..nanti kita mati tak adanya nak mandikan diri sendiri, kapankan diri sendiri atau kebumikan diri sendiri....
jangan dek kerana benda canggih muncul orang sekeliling dilupakan....

ADAB 1#



** Bercakap dengan orang sebelah macam nak bercakap dengan 6 gerabak..ahhaa..seteress..nak kate tren tu bising ke ape memang taklah..kan sume orang ade i phone sekarang..mereka khusyuk dan tawadu'.. *akujetakde*..orang sebelah rasa tak selesa lah ..tolong peka dengen sensitiviti orang.. kot-kot orang tu penat balik kerja...stress..dengar pula hingar bingar macam pasar malam ikan basah..pergh..aku faham perasaan tu..

ADAB 2#



** LELAKI MASUK LADIES COACH. walaupun aku jarang sekali masuk koc wanita..tapi pernahlah jugak..aku tak faham, sebesar-besar alam die tulis KOC WANITA SAHAJA SEPANJANG MASA..siap ada pengumuman, warna berbeza..tapi suke hati die je duduk kat situ..kalau setakat duduk tak apa..kalau waktu ramai sempat lak bergesel-gesel dengan kaum wanita ini..haduhhh...kesabaran tercabar betul....pernah sekali aku repot kat pegawai KTM tu..

ADAB 3#



** PASANGAN COUPLE yang merasakan diri mereka adalah pasangan paling romantika didunia... aduhai...yang ni lagi kes parah..kalau ade tempat duduk gitulah perangainya..kalau ramai orang berasak-asak makin menjadilah..pegang pinggang macam nak sangat orang curik awek die tu..dei..tak ade sape nak pun..:P
kat tren tu terang-terang tulis dilarang bercumbuan..memanglah korang bayar harga tiket yang sama dengan orang lain..tapi tak ade pulak bagi pahala kat orang yang memandang tu..
korang ada hukuman yang sesuai utk  dorang ni? ^^

ADAB 4#


(gmbr xde kaitan)

**  MEMANG KERUSI DALAM TREN TU UNTUK LETAK BARANG. DILARANG DUDUK. kalau tak ramai atau tren tu lengang tak apalah..nak letak kaki pun boleh, kalau dah tahu ramai tu faham-fahamlah nak bertimbang rasa alihkan beg atau barangan tu untuk bagi tempat duduk kepada yang memerlukan.. kalau orang lain buat macam tu kat kau, kau marah ke kau biar??

ADAB 5#



** SATU KERUSI SEORANG SAHAJA. haaa..yang ni selalu berlaku..ustaz aku kata dulu jangan duduk terkangkang macam biawak pasir..kalau yang perempuan jangan duduk mengiring..menganggu orang sebelah terlanggar-langgar die..yang lelaki duduk kurang sopan..habis dua tempat duduk dia ambil..sekali lagi klau xde orang xpe..

ADAB 6#


(makkkkkk..abang tu xnak bagi tempat duduk, abang tu xde kemahiran sivik laaa)

** BAGI TEMPAT PADA YANG MEMERLUKAN...yang ni mana-mana pun leh tengok..bukan tren sahaja..bila ada seorang makcik, wanita mengandung, bawak baby, seorang ayah bawak anaknya..apalah salahnya tawarkan tempat duduk..ini tidak..dengan earphone, headphone, i phone nye..sekadar pandang sebelah mata pastu wat xtahu..mungkin dia fikir.. "Tak ape, mesti ade orang lain yang akan bagi tmpt duduk"..
pastu..orang lain pun akan pikir benda yang sama, sampai kesudah lah jawabnya...andai kata itu mak/atau ahli keluarga anda??
take ur first step dearies..

ADAB 7#


(haishhh...tepilaa)

** KELUAR/MASUK. main langgar aje, macamlah dalam train tu ade emas, AS-SABR MINAL IMAN..kalau terlanggar, ringankan mulut minta maaf..atleast sebut EXCUSE ME..ini dah langgar siap maki orang lain..pergh..gitu pulak die punya manners..reject buat laki/bini..*xdekaitan*
tunggu orang keluar dulu barulah masuk..


banyak lagi adab kalau nak diceritakan. aku sendiri sebagai pengguna yang agak kerap dapat perhati semua ni..yang pergi kerja hari-hari naik bendalah tu mestilah lagi faham kan? kita kena ingat..adab ni bukan sekadar di rumah, dengan cikgu mahupun dengan orang tua..tapi dengan masyarakat sekeliling pun ada adab-adabnya..kalau nak buat sesuatu yang pelik pikir dulu baik buruk atau akibatnya..jangan main hentam je..

Habluminallah penting, tapi HABLUMMINANNAS jangan lupa..sebab Imam Ghazali ada menggariskan beberapa garis panduan dalam kitab Bimbingan Mukmin iaitu: 


  • Tidak menyakiti dan menyusahkan jiran/orang             sekeliling
  • Sentiasa membantu orang yang memerlukan
  • Memulakan sesuatu dengan memberi salam kepada jirannya.


dan banyak lagi..

dalam surah An-Nisa ayat 36 ada menyatakan:

" ...dan berbuat baiklah kepada dua orang tuamu, karib kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga dekat dan jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan berbangga diri".

AL-QURAN dah jawab semua perbuatan kita. apa lagi yang kamu dustakan?

WORDOFTHEDAY:ADAB.DALAM.MASYARAKAT

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..


Wednesday 8 August 2012

08-08-2012 11.09pm basket Robbin

Assalamualaikum?
Yuhuuuuuu..ade orang x?
mak aih..beratnya mulut nak jawab Salam..
mulalah tu nak buat muka..

pergh...



aku rasa xyah tulis pun dah tau ape benda nihh...
sanggup betul beratur demi makanan yang cepat cair..haha
gile lah..
memang aku tahu eskrem tu mahal..
100gram= RM5
jadi, oleh kerana aku gile eskrem maka kene 700-800 gram..
bile kalkulet, 
700x RM5 = RM35???
what theee miaw..

duit tu aku leh beli 35 batang eskrem paddle pop dengan harga seringgit sebatang...bleh makan sebulan 5 hari..
makan sampai kua air mate sebab muak..ahha

haaa...talking about the eye water..errr..betul ke..
terjemahan uncle google kate air mate..

sume orang akan menangis..

menangis meraung, menangis senyap, menangis dalam hati, menangis sebab gembira, menangis sebab sedih, menangis sebab terasa down/ hina, menangis sebab tersentuh, menangis sebab ikut-ikut orang, menangis sebab pura-pura (munafik) mahupun menangis sebab carik perhatian..

bai, tak gentle lah menangis..
jangan ikutkan sangat emosi..
nanti bertambah lemah..

habis kenapa masa lahir-lahir dulu yakni kua je dari perut mak tak sengih atau gelak besar?? kenapa menangis kalau kate tak gentle..?
*tutup mulut ternganga tu*




ada beberapa kebaikan bila kita menangis sebab sememangnya Allah dah beri fitrah emosi pd manusia ni..

i-  Membantu penglihatan

++ eye water ni mmg dapat membantu penglihatan seseorang, jd bukan je mate tu sendiri.. cairan yang kua dpd eye water dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh buat penglihatan jadi kabur.

ii- Membunuh Kulat..err.Bakteria.. (sorry, dulu aliran akaun)
++  tak payah ubat eye moist, cukuplah airmata berfungsi sebagai antibakteria. Dalam eye water ni ada satu cairan yang disebut degan lisozom (saya aliran akaun sekali lagi) yg dapat membunuh sekitar 90-95% bakteria yang tertinggal dari keyboard pc, tangga, bersin dan tempat2 yg ada bakteria hanya dalam msa 5 minit.
jadi setiap kali pas menghadap komputer sila menangis.

iii- Meningkatkan Mood

++  orang yang menangis boleh turunkan paras stress sebab dengan menangis, mood akan terangkat kembali. eye water yang dihasilkan hasil dari menangis sebab emosi mengandungi 24% protein albumin (maaf, saya aliran akaun) yang berguna dalam meregulasikan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dgn eyewater yang dihasilkan dpd iritasi mata. 
kepada warga  yg nak buat tesis: sila nangis ye, sebab leh hilangkan stress. woha!~

iv-   Kurangkan stressss

++  cmne ek menangis ni kurangkan stress? ye lah, eyewater ni ternyata mengeluarkan hormon stress  yang ada dlm tubuh ( endorphin leucin-enkaphalin dan prolactin) *sambil lap skrin lappy sbb tersembur mouthwater*. Selain itu, eyewater ni juga boleh melawan penyakit yang disebabkan stress seperti hypertension!!! 

v- Melegakan Perasaan.

++ walaupun kita sedang bercengkerama dengan pelbagai masalah, dugaan tapi biasanya lepas menangis biasanya akan ade perasaan lega. sistem badan macam otak dan jantung akan jadi lancar. oleh itu menangis akan buat seseorang tu merasa lebih tenteram dan lega. 


(hancur hatiku melihat dikau menangis..;(

fiuhh..walau macam mana pun..boleh menangis, tapi jangan sampai meratapi atau terjejas kesihatan..
sebab termasuk dalam golongan menzalimi diri sendiri..
*nasihat utk diri*

 Telah bersabda Rasulullah SAW:
Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya airmata.

Jikalau belum mampu untuk menangis, belajarlah untuk mula menangis atau bermulalah dengan berpura-pura menangis..




# Berapa kali kita pernah menangis teringat Allah dan dosa kita..?#


WORDOFTHEDAY:MENANGIS.DEMI.DIRI

diluar terlakarnya gerimis kasih-Nya..
disini masih mengharap pelangi redha-Nya..

Monday 6 August 2012

07- 08- 2012 12.29pm TERLEPAS melepas

ASSALAMUALAIKUM..

apa khabar wahai bakal penghuni kubur sekalian. Sebab kalau dah jadi penghuni kubur xlehlah baca blog aku..
*Ok.xlawak.*
kenapa? gentar?
kalau gentar sampai tercabut lutut sekali pun. mati itu tetap PASTI.
macam mana kekuatan iman anda hari ini? lagi2 dalam bulan Ramadhan Kareem nih..
bukan stkt lapar dan dahaga je kene puasa, tapi mulut, mata, telinga, hati..sume nye kene puasa sekali..

bukan sebulan ni je pakai tudung
bukan sebulan ni je jauh daripada detim..
bukan sebulan ni je tengok rancangan islamik.
bukan sebulan ni je pergi masjid.
bukan sebulan ni je baca al-Quran.

*tibe2 ade tazkirah free plak kan*..

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Keluarga kita tak dikecualikan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Menutup aurat satu syariat
Kalau wanita menutup aurat,
Kepada agama kita taat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Hidup berkat pahala berlipat-lipat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Didunia selamat,,di akhirat insyaAllah hebat .

Orang memandang boleh bertaubat

Boleh berfesyen menutup aurat,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Syaitan sangat suka lah hati-hati.




woha!~ pantun x berapa pantun..tapi yg penting faham kan isi kandungannya?? 


AURAT!!AURAT!!AURAT!! HEBOH BETOL!!! tak ada benda lain ke nak post kat FB? Aku puasa ni tak kira sebagai Islam ke? Nanti dah kahwin takpun tua sikit aku pakai lah tudung..aku tak nak lah jadi hipokrit~ 

=)
amboi, marahnya kak long.. tak apalah kak, kenapa nak pakai tunggu kahwin?? tunggu saja masa lepas mandi jenazah..ramai-ramai akan tutupkan aurat akak tu. Tak susah dah waktu tu. lagi satu kak, cubalah cakap apa yang anda cakapkan tu kat akhirat nanti..nak tengok gak.. ^^

-Islam itu mudah, jangan pula cuba memudahkan Islam-



WORDOFTHEDAY:JAGA.AURAT.SEBAIKNYA


diluar terlakarnya pelangi kasihNya

disini masih mengharap gerimis redhaNya..