Saturday, 2 December 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

baru aku perasan bahawa last post aku 18 sep 2016?
Seriusly? haha, sarang tarantula dah ni..

setelah sekian banyak yang terjadi dalam hidup
Aku rasa hanya menulis mampu membuat aku rasa selega-leganya.

memandangkan aku kerja malam dan hari ini hanya menunggu 'task' dari CSR aku.

aku memutuskan bahawa aku ingin menulis kembali.
bukan untuk tatapan manusia atau menjaja cerita.
namun sekadar untuk kepuasan sendiri.

Tersenyum panjang tatkala aku menaip setakat ini.
Terima kasih ya Allah.

---------------------------------
Tajuk: Ironi Sebuah Hidup



Pada 28 tahun dahulu, 

Berpandukan izin Allah, lahirnya  seorang bayi perempuan lahir kedunia.
Bergembiralah sang ibu dan ayahnya atas kelahiran anak perempuan ketiga walau kehidupan pada tahun 1989 tersebut sangat berat dan susah.
Anak perempuan itu hanya terkebil-kebil memandang sekeliling tanpa mengetahui apa yang bakal dihadapi dan terjadi dalam sepanjang hidupnya.
tangisan pertamanya menerbitkan airmata ibu kerana lahir dalam keadaan serba sebi kekurangan.
azan pertama ayahnya menyejukkan telinga sang bayi dan mengukir senyuman pada wajah ibunya.

"Abang, anak kita abang"..sambil memandang sayu tapi gembira.

Disitulah bermulanya tulisan yang dipahat oleh Allah.
Tiada siapa yang menduga apa yang bakal terjadi.


Pada suatu petang, 
Ibu yang masih berada di hospital didekati sebuah keluarga berbangsa Sikh.
Si ayah pulang ke rumah sebentar untuk membawa makanan dan pakaian kepada si ibu.

" Selamat pagi puan, maaf kerana menganggu. Anak ini anak sulung kamu kah?". sambil menunjukkan bayi yang nyenyak tidur sambil tersenyum.

'Eh, selamat encik. Ini anak ketiga saya. Saya ada lagi dua orang anak perempuan berusia 7 tahun dan 4 tahun. Mengapa ye encik?" sambil berkerut dahi diaju pelbagai soalan dalam benaknya.

" Oh, yeke. Begini sebenarnya...sebenarnya isteri saya mengandung namun keguguran seminggu lepas. Jadi kami berdua mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat. Tadi kami lalu, bayi ini terlalu comel dan menyentuh hati kami. Kalau diizinkan tuan dan puan, bolehkah kami mengambil bayi ini sebagai bayi kami? jangan risau, kami akan bayar RM20000 sebagai gantirugi."

Ibu terpana dengan permintaan itu dan tidak menjawab.

" Maaf kan kami tapi kami sudah berkahwin selama 12 tahun namun tidak dikurniakan anak. memandangkan kamu ada dua lagi anak mungkin boleh benarkan kami jaga bayi ini. Kami janji akan jaga dia sebaiknya"

Ibu masih lagi terpana.

" Saya bincang dahulu dengan suami saya boleh?"

" Baiklah, kami akan kembali esok. Harap berita gembira menanti kami" kata keluarga Sikh itu lalu beransur pulang.

Pertanyaan yang singkat itu membuatkan die terkedu lama.

Ibu yang masih dalam pembaringan buntu memikirkan keadaan ini.
dalam keadaan yang serba serbi kekurangan, kais pagi makan pagi..kais petang makan petang, dia terfikir untuk memberikan bayi itu jadi bolehlah dia membesarkan anak yang lain dengan persekolahan dan kelengkapan yang cukup. Mungkin beban si suami dapat dikurangkan kerana dia hanya bekerja di kedai makan. Pendapatan harian apalah sangat. Kadang kala langsung tak mencukupi untuk makan sekeluarga.

Sebelah hati lagi, anak yang dilahirkan dari rahim sendiri dijual kepada orang lain?
Mana mungkin..

Si ayah tiba sambil membawa pakaian bayi dan ibu. Tanpa membuang masa si ibu menjelaskan apa yang berlaku.

Beg baju yang si ayah pegang terlepas dari genggaman. 

" Kita keluar dari sini sekarang juga, jangan berani siapa-siapa sentuh atau ambil anak aku", sambil mendukung erat bayi itu dengan segera..

"Ini anak aku..anak kita. Walau susah mana pun kita yang akan bela dia."sambung si ayah

"Tapi abang..." ibu cuba mencelah sambil bergenang airmata.

"Tiada tapi-tapi, cepat siap..potong nama sekarang juga"..sambil berlalu pergi untuk berjumpa doktor.

air mata ibu mengalir laju...

'Maafkan ibu anakku.."

***bersambung