Total Pageviews

Monday 21 May 2012

22-05-2012 4.51am Pustaka bahasa

assalamualaikum...
sementara tunggu sahabat aku ni siapkan tesis dia..
aku pun gatal nak berblog..


-------------------------------------------------



aku ada kawan..
ramai kawan..
yang comel..
yang cantik..
yang gojes..
yang gojeses...
dan yang gojeseses...


tapi...
aku ada sahabat?
what the hal? 
bukan sama je ke?


tak..
tak sama..
bagi aku..
kawan ramai..
tapi sahabat?
berapa orang?


untunglah pada yang banyak kawan gojeseses... ok.takde kaitan.


======================================



teringat zaman dulu..
kalau cikgu minta menulis pasal 'my best frend'..
mesti rasa nak tulis pasal orang yang duduk sebelah aku..
sebab aku tak tahu siapa sahabat aku sebenarnya..
ahaha..


dalam pemahaman aku..
ada 5 sebab utama kenapa sahabat tu penting..


1- Teman
~ bukan teman tapi mesra..tapi teman yang betul-betul bersama mengharungi apa yang aku rasa...andai kata satu hari aku pergi ke tempat yang sangat asing dan tak kenal siapa pun..aku kena juga cari seorang yang boleh dipercayai untuk dijadikan teman dalam perjalanan... kalau aku terlalu asing tanpa teman, mampukah aku terus bertahan? =)


2- Pendengar dan Pengkritik
~ ni bukan Akademi fantasia ye..lainlah aku seorang yang bisu, aku takkan boleh menceritakan kenanga, masalah, dongengan, kemerepekan apabila masuk pukul 2am kepada sahabat. Tapi sebagai manusia yang normal, aku memerlukan sahabat sehingga bila-bila. Sahabat adalah seorang pendengar kepada bahan cerita aku...mereka ada hak dan ruang dalam hidup aku..=)


3- Pencerita
~ This is the best part...aku pun sahabat pada mereka, jadi secara langsung aku pun adalah pendengar. =)


4- Mengembangkan Hubungan
~ Bakal sahabat? apekah?
macam media sosial gak, sahabat aku mungkin sahabat anda, atau bakal sahabat orang lain. dan mungkin sahabat orang lain akan menjadi bakal sahabat aku yang akan menjadi sahabat aku..
err...forget it..


5- Pembimbing
~ sedangkan pemimpin pun perlukan bimbingan..inikan pula aku yang hanya seorang yang kerdil..sebagai manusia biasa, aku takkan lari daripada masalah dan takkan berhenti untuk menjadi lebih baik...sahabat akan membimbing sebab mereka ada latar belakang dan perjalanan hidup yang berbeza.


konklusinya;
sahabat yang baik takkan sanggup untuk melihat sahabat mereka terjatuh sekali pun..
aku sendiri tak sanggup melihat mereka terjatuh..
bayangkan kalau aku kat UKM ni tak ada sahabat??
= ='
shukran jazilan sahabat2 yang tak pernah jemu membantu aku..
meskipun aku degil..


di jalan Allah,
persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu...
persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang lebih mengetahui..
kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA juga yang menetapkan ukhuwah itu..
semuanya kerana Allah..


dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
'Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubunga dan janganlah sebahagian kamu menipu transaksi sebahagian yang lain. jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannya, mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.


mari perbetulkan pandangan tentang sahabat kita ye..^^




p/s: kenapa skema sgt entry ni??




WORDOFTHEDAY:SAHABAT.HINGGA.SYURGA

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya...
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..


Sunday 20 May 2012

20-05-2012 6.11pm gedik Santai

assalamualaikum...


what?
eh..takkanlah?
haih, bukanlah..
kan aku kata bukan..
apsal degil sangat nih...
kan aku dah kata..
hish..bukan tu bukanlah...~
|
|
|
|
|
|
Aku bukan Fasha sandha lahh..dia yang macam aku...
haih... = ='



(hik3) (n.n)
--------------------------------------------------------
ok..tu muqaddimah je..haha..
tengah duk tahun 3 ni mcm ramai lak yang kahwin kat UKM ni..
menarik..
selepas tu terfikir lak, siapa yang melamar siapa ye?
kalau lelaki pinang wanita, well, itu lumrah..
kalau wanita yang pinang lelaki?? euwwww....malunyew,,
*sape yang buat gaya tu memang nak kene ikat kat tiang*..


kenapa?
pelik sangat ke?
daripada korang duk pegang2 tangan, melakukan sesuatu yang jauh sekali dpd ajaran Islam, 
lebih baik buat satu langkah yang baik yakni kahwin...
pegang tangan waktu tu pun kira ibadah ...nice...



(WOULD U MARRRY MEMIAWW)


ya, perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita...
tapi kalau kita rajin, cubalah selak sikit sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW...
hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala..


mungkin kita terlupa kisah cinta Murabbi Cinta Rasulullah dgn wanita syurga (Siti Khadijah)...


'ishhh..seganlah!!~takkan perigi nak carik timba lak???"


ya, segan..
kerana tak dibuat dek orang kita...padahal syariat tu luas dlm hidup umat Islam..


yang wajib, tidak dibuat.
yang sunat, dilihat wajib.
yang haram, itu dipertahan!


kalau kite tengok betul2..
KEBENARAN zmn ni dilihat sangat asing..
bagi mereka, baik jadi CICAK YANG PEKAk walaupun dicop sebagai tak tahu malu...
*lau xtau mksd cicak yg pekak leh tanya DBP*




kalau dulu orang kata, BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT...


tapi sekarang rasa nak cakap, BIAR MATI AGAMA, JANGAN MATI ADAT!~ (nauzubillah)



(dr krn mataaaaa)


sebab adat ni sudah melekat dalam fakulti minda masyarakat sekarang..bahawasanya budaya meminang dan merisik hanya boleh dilakukan oleh kaum lelaki je..
memang budaya patut dikekalkan..
tapi kalau yang berlanggaran dengan agama Islam, masih nak pertahan?
kat akhirat nanti, adat xkan bantu kau masuk ke syurga...
tapi agama Islam yang sebenar!~
*emo nih*


mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? AH...malu~!


malu tak bertempat...


jika melamar lelaki tu dibenarkan syariat??kenapa tak??


nak kahwin ni mudah, cuma kita ni je haa yang suka memberat-beratkan dengan alasan..
bila kita suka seseorang, adakah kita hanya perlu duduk dan berdoa sambil mengharapkan jodoh kita jatuh daripada langit??
Allah kate ; USAHA + DOA + TAWAKKAL
bukannya  ; DOA + TAWAKKAL+ HARAPAN REZEKI DATANG BERGOLEK SNDIRI..
allahu rabbi..jangan suka-suka hati tukar formula mudah ni..


masih xpercaya dengan apa yang aku cakap?





telah datang seorang wanita baginda Rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:


'Wahai Rasulullah, apakah engkau berhajat kepada aku?' lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas r.a dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas r.a " Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri lebih baik dan mulia darimu kerana dia mencintai nabi saw dan menawar dirinya demi kebaikan."


( riwayat Bukhari no 5120, Nasaie dan Ibn Majah)


ha..aku cakap xnak percaya..mesti ayat korang : Alaaaa, itu nabi ini aku...
habis ko tak mahu ke jadi baik?
nak kekal dalam pekung 'selesa' ko?


setelah aku bukak buku hadis masih xpercayakan hadis??


mungkin dalam risikonye adelah...
DITERIMA atau DITOLAK..
kalau diterima alhamdulillah..
kalau x sepatutnya gembira sebab ALLAH nak bagi yang terbaik buat anda..
=)


lelaki baik untuk wanita baik, wanita baik untuk laki baik...
itu sifir Ilahi!!
itu firman tertinggi!





Surah An-Nur: 26
"wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untk wanita yang keji da wanita baik diperuntukkan bagi laki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik'..


biar memilih asal jangan salah pilih! hahaha..


good luck!~


WORDOFTHEDAY:KAHWIN.ITU.IBADAH.

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..









Wednesday 2 May 2012

03-05-012 Bersih 3.0 diri

assalamualaikum
kepada semua yang sangat merindukan saya..
oh nooo..ramainye hantar private message ..
oh peleesss,, ai rimas lah nak baca semuanya...
*moodprasanwalhaltakadasatumesejpun*


==========================


eh, eh...
hari ini aku nampak Cik Senteng pakai skirt...kali ni labuh gak lah berbanding yang lepas-lepas...
tapi..aku ternampak satu benda yang tak patut di nampak oleh orang lain..
kain Cik Senteng tu ada lubang...betul-betul kat betis...
terkoyak gamaknya..
al fi kulli maklum..tak biasa pakai labuh kot..tapi tak apalah..
aku pun pergila secara dekat nak bagitahu..dengan niat takut orang lain nampak aurat die..nanti ada yang gelakkan pulak..


"Cik Senteng, kain cik senteng cantiklah tapikan..ada yang xkene dengan kain cik".


"eh, eh, ape jadah ko amik tau psal kain aku, aku pakai kain ke, tak pakai kain ke, ko jaga kain ko sendiri ..jangan sibuk nak jaga kain orang.."


"tapi cik Senteng...."


"arghhh...dah2..malas aku nak dengar..dasar busy body"..


cik Senteng pun berjalan terkedek-kedek dengan penuh  bangga beserta dgn "lopak" skirtnye...





----------------------------------------------------

Situasi 2


Kak Anonymous (Jiran Cik Senteng selama 3.4 tahun ),
 " Senteng, lewat balik semalam? =)"


Cik Senteng memberikan jelingan manja kepada jirannya tu..


haishh..busy body betullah kak Anonymous ni..suka kaki akulah nak balik lewat ke, cepat ke, tak balik langsung ke, ape kesebuknya die ni..jeles lettew..!





-------------------------------------------------------


amboi, kemainnya cik Senteng ni..
entah-entah kak Anonymous tu saje nak carik tajuk perbualan..
kepekaan kak Anonymous ni sangat membantu tau sebenarnya, yelah, kot2 Cik senteng binti Tok Singkat ni jadi ape2..
Kak nilah yg first suspek akan disoal polis..kirenye kak Anony ni mcm security guard yang tahu ape yang terjadi...


bila ditanya soalan macam tu, sepatutnya bukan naik hangin, tapi...
" ya kak anony, banyak sangat kerja tadi....tu yg terpaksa balik lewat tu"..
dengan senyuman..
perghh..meruntun qalbu wa cakap sama lu...


lainlah kalau Kak Anony tu tanye cenggini..


" ewah, Jantan mana hantar ko balik tadi Senteng???"
*ok.tu.melampau.*


hahaha..tu sekadar situasi je, mungkin ada banyak lagi contoh,
nama pun aku terpaksa amik camtu supaya tak ada yang terasa,,,
kalau ada padan muka kot..


ya aku akui..mungkin ada sesetengah jiran/ sahabat yang suka memburukkan orang lain..
tapi kan..apaaaaalah salahnya kita pertimbangkan dahulu sebelum buat keputusan...
Allah dah bagi akal tu proses dulu la...
husnuzon...


belajar lah untuk membezakan antara CARE dengan BUSYBODY..lain tu..
kurangkan prasangka, think positive..
sebab anda pun akan berada dalam situasi ni satu hr nanti...
mungkin dalam keadaan dan masa yang berlainan..
tapi tak mustahil kan??


=)



(rumah pun bertegur)


Firman Allah: 
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat 
(Surah al-Hujuurat :10)


Sabda Nabi Muhammad SAW: 
Seorang Mukmin bagi mukmin yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan yang lainnya. Kemudian Rasulullah mengenggam jari-jemarinya
(hadis riwayat Bukhari & Muslim)


dah jelas terang benderang bak spotlite dah tu..
Al-Quran dan As-Sunnah sendiri sangat menggalakkan persaudaraan dan silaturaahim..
jangan cakap aku tak ingatkan kat akhirat t..
ehhehe..







WORDOFTHEDAY:BERBAIK.SANGKA.SENTENG

diluar terlakarnya pelangi redhaNya..
disini masih mengharap gerimis kasihNya..