Total Pageviews

Thursday 2 January 2014

03-01-2014 DIAM ADALAH UBAT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

*p/s: Mabruk kepada semua sahabat yang membina baitul muslim :)


2013 dah melabuhkan tirai...
2014 dah membuka tirai..

bila fikir semula...
bukan senang menghadapi 365 hari pada tahun 2013...
tapi berkat kekuatan yang Allah beri..Alhamdulillah wa syukurillah...
masih bernafas hingga ke hari ini..


ada orang 2013 penuh dengan kesakitan...
ada orang 2013 penuh dengan kebahagiaan dan bunga-bunga...
ada orang 2013 ni kalau boleh di taknak kenang balik...
ada orang 2013 tu dia nak putar balik..

aku??

tahun bertambah,umur bertambah, tanggungjawab bertambah..
bagaimana dengan iman? bertambah juga atau sebaliknya??

Apa azam tahun 2014 aku?
menjadi lebih baik, kuat, tabah, solehah daripada 2013...
(InsyaAllah)


jangan fikir bahawa 2013 sudah berakhir dan adalah pengakhiran..
untuk menjadi lebih baik, jadikan 2013 sebagai satu sumber permulaan...
Kerana bila ada permulaan, pasti ada pengakhiran...yakni MATI..


WORDOTHEDAY:2013.2014.ESOK?


diluar terlakar pelangi redhaNya...
disini masih mengharap gerimis kasihNya..