Total Pageviews

Monday 18 June 2012

18 Jun 2012 9.18pm Jam Pecah Lima

18 Jun 2012 satu detik  yang menggerunkan sepanjang pembelajaran aku selama 3 tahun di UKM...perkataan VIVA amat digeruni semua pelajar ANSOS..semua kerumitan, kepayahan, dan kebizian aku menyediakan bahan untuk tesis berakhir dengan viva ni..
alhamdulillah..
walaupun aku  orang terawal untuk viva dan ianya serba sedikit buat aku gemuruh..
aku dapat hadapi dengan yakin..
penyelia aku minta aku edit sedikit dan terus jilid...alhamdulillah...=))
selamat maju jaya untuk sahabat-sahabat ansos terutamanya izzat, ezuan dan atiqah.. =))


1 jam 15minit yang takkan aku lupakan sampai bila-bila..
dan sekarang..sakit kepala menyerang...
penangan viva ni..
Allahu Allah..
sudahlah hati ni merindukan ayah..
hari ini sangat memenatkan otak..=(


18 Jun 2012..

dah lima tahun rupanya..
tapi rasa macam baru sahaja berlaku..
kalau ayah aku masih ada..
mesti aku masih macam dulu..
sampai mesin ATM pun tak tahu nak guna..


kelmarin mak ungkit semula pasal rentetan kisah aku di JPN...
sukar juga ye..
tapi bila fikir semula selepas selesai..
Allah...leganya..dan rasa terharu sebab Allah beri peluang kepadaku..


'kenapa selalu sangat sebut pasal arwah ni??" tanya jiran aku..
ekk..
mungkin semenjak tiga menjak ni aku sering sangat sebut arwah suka macam ini..arwah suka buat ini..arwah tak suka macam tu...
aku xsedar pun sebenarnya..
bila orang tegur baru terperasan...


rindu tak rindu..
ayah dah pergi..
kenangan tak kenangan..
hanya doa mampu di utus..
aku nak sangat ayah ada masa aku konvo nanti...
sebab dia yang paksa aku masuk form6..
kalau tak...mesti aku xsmpai tahap ni..


90% aku masuk U not for myself..
tetapi untuk mereka..untuk Allah..
dalam fikiran hanya ada dua ...


dulu..kalau aku nak pergi jungle trekking...
mesti ayah galakkan...
mak pulak..konpem xbagi..sebab takut anaknya hilang dalam hutan.. :P
tapi ayah lain..dia suka aku buat perkara riadah...join pengakap..
masuk hutan..
pergi kem luar..
aktiviti lsak..
tapi kalau aku nak pergi rombongan biasa...dia tak galakkan pulak..
ayah nak ajar aku hidup dengan cabaran kot..dan sekarang aku sangat merindukan nak buat semua tu...
bersilat, berkawad, naik gunung, macam2 lagi!


dulu aku tak sedar langsung..


haih..nak cerita banyak..
tapi...
tulah...
rindu ni kadang tak tertanggung..
tapi Allah ada sentiasa dengan aku..
Yang Maha Hidup..
=))
aku cukup bersyukur..
walaupun perasaan nak peluk ayah sangat membuak-buak dalam diri ni..
tapi apa boleh buat??
hati ni selalu cemburu bila tengok anak-anak dengan ayah..
tapi..
sekali lagi Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat..
senyum sahajalah..


kawan-kawan..selagi ada ayah dan ibu...hargai mereka..
kalau tak..nanti jadi macam aku..=((


ucapan fathers day yang pertama dan terakhir aku...ayah dah tiada...
sungguh hati ini sakit bila dengar ucapan hari ayah..;(


selamat hari ayah...abi sayang ayah...
semoga ayah tenang disana...jangan lupa doakan abi...abi tahu ayah mesti ada kat dewan DECTAR nanti tengok anak ayah ni konvo...
abi dapat rasakan...=_)
jangan nyorok tau nanti...


cayang ayah sehingga kesyurga...i love you papa, walid, ayah, abah...
mak pun rindu sangat kat ayah.. :_P







entri no overdose emo..
maaf...
mungkin perasaan xstabil..
=)


senyuman diluar tidak menggambarkan perasaan dalaman seseorang~


WORDOFTHEDAY:SELAMAT.HARI.AYAH

diluar terlakarnya pelangi kasih-Nya..
disini masih mengharapkan gerimis redha-Nya..







Thursday 7 June 2012

08-06-2012 1.12am Semua Nak Perfect

assalamualaikum bloggers tegar, separuh tegar dan ada blog tapi taknak update...


yup..masih lagi bergelumang dengan tesis..alhamdulillah..semuanya dilancarkan oleh-Nya..
sahabat-sahabat lain..chaiyyok!!
walaupun dua hari ini aku jadi translator mereka...tapi tak mengapa..Allah juga akan mudahkan urusan aku..
selepas ini viva...Allah...berdebar hati ini...seram..tapi aku yakin..kalau aku yakin + berusaha+ tawakkal insyaALLAH dipermudahkan ...aku cuba yang termampu untuk menolong..kot2 itu membantu aku kat akhirat kelak..





(gambar cliche, i know)


=======================================


(seriau den tengok, tengok waktu malam2, leh jerit sorang diri)



stress je tengok FB ramai member kahwin...
bukan stress mereka kahwin..stress bila soalan
 'KAU BILA LAGI??"..arghh...
Alhamdulillah jodoh dah sampai...bina masjid dan imarahkan lah masjid itu ya sahabat-sahabat...
gambar-gambar perkahwinan memang sweet sokmo..


baju Glam..ada yang sederhana...make up tebal, nipis..kasut tinggi, rendah..semualah...tapi yang paling menarik perhatian aku untuk menulis dikala malam kebisingan di library ini ialah....BERINAI,,,


amboi..kalau nak lukis inai tu..bukan main lagi..
kalau boleh sampai betis, sampai bahu nak lukis..
kaya pakcik jual inai itu..


-no offense-



(arghh..faveret nih)


mungkin satu isu lapuk,,
tapi...tak boleh pandang enteng...
aku tak kata haram atau halal..cuma aku nak cerita apa yang aku tahu...sebab aku tahu.. (apa aku cakap nih)
ramai anggap pakai inai menunjukkan satu kemeriahan dalam perkahwinan khususnya.


tadi aku godek-godek bookmark aku nak tambah-tambah maklumat...
adalah pasal cerita berinai..
aku cerita ni tau..jap lagi aku masukkan rujukan..so anda semua boleh cek dalam e-book..


menurut penulis buku ini iaitu  Maya Tiwari (2007)
(perghh..blog pn dah gaya UKM)
Dewa-Dewi Hindu sering digambarkan dengan lukisan ukiran/tatoo inai di tangan dan kaki mereka..dipercayai juga bahawa berinai ini wujud dan digunakan dari Mesir dimana mereka menggunakan inai ni untuk mencantikkan kuku dan rambut MUMIA..


MUMIA?!!!



(aiyoo)


pada zaman pemerintaha Mughal pula, ianya digunakan dalam bidang raja-raja Rajastan. Tapi yang membezakannya adalah mereka menggunakan emas dan perak untuk melukisnya. mereka melukisnya ditengah-tengah tapak tangan. 
kaya gilleee...


err....
seram je aku dengar..
kalau penjelasan dari sudut Islam lak?


Penjelasan 1:
imam An-Nawawi dalam fatwa al-Majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki meeka. 


Penjelasan ke-2:
mazahab Hanafi  dan Maliki pula menyatakan lelaki dan wanita diharamkan ke atas mana-mana anggota tubuh badan sebab seolah-olah sama dengan pakai wangian.


Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada Baginda dan Baginda bersabda: "Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau wanita". Perempuan itu menjawab: 'Aku adalah seorang wanita." Baginda bersabda, "Sekiranya kamu seorang wanita, berbezalah dengan memakai inai dijarimu"
HR Abu Dawud


dalam hadis ini ianya mengharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka. tapi harap dapat faham tujuan memakainya..kalau pakai sebab nak untuk TABARRUJ atau tunjuk-tunjuk, baik tak payah kot..


dan cuba fahami ayat  Baginda iaitu pakailah inai dihujung jarimu..bukannya LUKISLAH inai diseluruh tanganmu...


jangan silap faham ye..=)


taapi galakan Rasulullah SAW ini adalah untuk membezakan kaum wanita dengan lelaki..ada hadis nabi menyatakan bahawa Allah melaknat lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya. 


Penjelasan ke-3: 


1- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah yang ada, Muzakarah berpendapat, dlm Islam para fuqaha' sepakat mengatakan bahwa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada telah kawin atau tidak selagi tak timbulkan fitnah.


2- Tapi, kadar pakai inai ada had sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang dipakai tak kekal seperti tatu. Pasal ukirannya pula, corak atau ukiran yang digunakan, ukiran daun, dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan manakala corak haiwan, dewa atau ajaran agama lain dilarang sama sekali.


3- pemakaian inai pada kedua tangan n kaki laki tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin masa majlis atau untuk tujuan perubatan.


Allah..panjangnya..anda semua baca tak ini??
kalau baca angguk ajelah..
aku assume korang baca..


Jangan salah faham dengan pemakaian inai..
tak adalah haram sepenuhnya..
ada syarat-syaratnya..
seeee...


Islam itu mudah kan..
tapi jangan pulak permudahkan Islam..



(pun boleh..haha!~)




p/s: kalau nak lukis jugak..lukis besar-besar bahu ke, belakang badan ke..tapi dengan syarat..pakai baju..jangan bagi orang lain nampak.. (ketega' sungguh)


Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk ikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak ikut syariat dan hukum yang telah ditetapkan.?? garu kepala sampai tahu..


okbai.
jumpa lagi..
assalamualaikum..




Sumber Rujukan :


Maya Tiwari. 2007. Women's Power To Heal. New York: Public Relations
:E-fatwa






WORDOFTHEDAY:INAI.IKUT.SYARAT

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..

Sunday 3 June 2012

03-06-2012 11.59pm Viva Voce

assalamualaikum warga soleh dan solehah sekalian..
lama tidak ketemu..
amboi bib..semenjak dua tiga menjak ada blog  kedua..
blog pertama di anak tirikan...ini tidak adil!





bukanlah..
blog baru itu kan baru lahir..
so...
kenalah bagi kasih sayang jugak..al fi kulli maqlum..
baru lagi kan..macam bayi lah...
kena ajar macam-macam..
*yeay.leh kahwin dah*..


=========================================

(mostannoyingcartoonever)



sekarang sahabat-sahabat termasuk aku bergelumang dengan latihan ilmiah..
VIVA VOCE bakal tiba..
yang akan menyaksikan pelbagai ragam...
kemudian..tiba pula latihan industri..
kemudian..??
hanya Allah sahaja yang tahu..
saat sedih mula terasa dalam benak ini..
sesungguhnya bertapaknya diri aku di bumi barakah UKM ini mebawa pelbagai perubahan dalam diri..
andai aku tak ditaqdirkan kesini..allah..


1002 (asyik 1001 je) pengalaman..
tapi yang paling seronok dan aku tak pernah putus bersyukur...SAHABAT-SAHABAT AKU..
aku adalah seorang yang sangat disayangi Allah...kerana aku tak pernah dikurniakan sahabat yang mengambil kesempatan ataupun negatif...semuanya baik-baik..
nampak sangat Allah sayangkan aku..
aku rasa kalau aku tak mention  pun ramai yang tahu ...
Izzat, Ezuan (awan), Atiqah..Sholehah...Wana...ramai lagi!!!
tak ke bertuahnya aku!!!
kalau mereka tak ada..mungkin aku masih seorang gadis yang ...well..yang dulu...




rasa sayang nak tinggalkan mereka..
tak nak grad boleh...tapi dengan syarat...tak nak extend...
*melampau*


untuk pengetahuan anda...
aku ini KAYA tau??
betul...tak percaya??
celah mana kaya..kereta tak ada..bayar yuran pun guna PTPTN, barang kemas tak ada..





*tepukdahi*
dei...cuba luruskan dahulu pengertian kaya tu..tulah, menyampuk lagi masa orang tengah bercakap *monolog..


aku kaya..kau pun kaya..kau pun sama..dia pun kaya...(sambil tuding jari kat sorang2)
tapi kita bukanlah orang yang memiliki banyak perkara , tetapi orang yang dapat meni'mati segala perkara dengan redha dan bersyukur...


pernah tengok keadaan sekeliling...??
pernah rasa keadaan sekeliling?
pernah hayati keadaan sekeliling..??


ada seorang datuk yang duduk mengeluh sebab selipar putus dan tak ada duit untuk beli yang baru..ditakdirkan Allah ada seorang tempang..aku ulang..TEMPANG.. lalu depannya...tersentak dari lamunan..datuk itu bersyukur sebab sekurang-kurangnya dia ada kaki walaupun tak ada selipar..= ='


aku tahu..normallah sebagai manusia kita nak semuanya selesa...
sedap..
cantik..bla bla bla...


tapi...
syukur itu lebih baik faedahnya..
kadang-kadang kita rasa benda itu kecil sahaja..
tapi faedahnya??Allahu Rabbi...
contoh: SENYUM??....haa..kan? nampak tak...
mesti tertanya..macam mana senyum boleh menjadi faedah besar...?
dengan cara: bayangkan anda sedang stresses..selepas itu ada sahabat datang sambil senyum pegang bahu anda dan bertanya...
" napew niew, adew masalah kew"?
*ok.abaikan 'w' words tuh.*
hailaa hailaaa...senangnya hati ku...rasa tenang dan masalah beransur ok.. =)


skop bersyukur ini sangat lah luas muas...
jangan lah bandingkan diri anda dengan orang lain..
ini adalah sahabat aku selalu cakap pada aku..especially awan, ijat dengan tqah..


kita selalu rasa orang lain lebih beruntung. Kemanapun kita pergi selalu ada orang yang lebih pandai, tampan, lebih cantik *trasa*, 
lebih kaya..dan banyak lagi lebih...


rumput tetangga memang sering kelihatan lebih hijau dari rumput kat rumah sendiri..
*yeay.boleh jadi lecturer dah*

pada pendapatan aku...
hidup ini akan jadi super duper  bahagia kalau kita dapat bersyukur dengan apa yang kita ada,,,sebab syukur itu merupakan satu KUALITI hati yang paling tinggi...


sebenarnya syukur ini sendiri perkara yang kecil..
tapi kalau tak buat..
tergolonglah kita..eh..bukan kita..manusia itu dalam golongan paling RUGI!!! woha!



(amalkan)


suatu cerita sebagai penutup:


seorang ibu sedang terapung di laut kerana kapalnya karam, namun tetap berasa bahagia. Ketika ditanya kenapa demikian, dia menjawab,


" Saya mempunyai dua anak lelaki. Yang pertama sudah meninggal, yang kedua hidup di tanah seberang. Kala berhasil selamat, saya sangat bahagia kerana dapat jumpa dengan anak kedua saya. Tetapi kalau pun saya mati tenggelam, saya pasti berbahagia kerana akan jumpa dengan anak pertama saya di syurga..


KAU MAMPU FIKIR SAMPAI TAHAP INI?? =))


"dan Ingatlah juga , tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu."
(Surah Ibrahim :7)




WORDOFTHEDAY:SYUKUR.TAK.SUSAH.

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..


p/s: sahabat, aku sayangkan kamu kerana Allah..aku ingin bersama kamu sehingga ke Jannah..sudikah kamu??