Sunday, 3 June 2012

03-06-2012 11.59pm Viva Voce

assalamualaikum warga soleh dan solehah sekalian..
lama tidak ketemu..
amboi bib..semenjak dua tiga menjak ada blog  kedua..
blog pertama di anak tirikan...ini tidak adil!





bukanlah..
blog baru itu kan baru lahir..
so...
kenalah bagi kasih sayang jugak..al fi kulli maqlum..
baru lagi kan..macam bayi lah...
kena ajar macam-macam..
*yeay.leh kahwin dah*..


=========================================

(mostannoyingcartoonever)



sekarang sahabat-sahabat termasuk aku bergelumang dengan latihan ilmiah..
VIVA VOCE bakal tiba..
yang akan menyaksikan pelbagai ragam...
kemudian..tiba pula latihan industri..
kemudian..??
hanya Allah sahaja yang tahu..
saat sedih mula terasa dalam benak ini..
sesungguhnya bertapaknya diri aku di bumi barakah UKM ini mebawa pelbagai perubahan dalam diri..
andai aku tak ditaqdirkan kesini..allah..


1002 (asyik 1001 je) pengalaman..
tapi yang paling seronok dan aku tak pernah putus bersyukur...SAHABAT-SAHABAT AKU..
aku adalah seorang yang sangat disayangi Allah...kerana aku tak pernah dikurniakan sahabat yang mengambil kesempatan ataupun negatif...semuanya baik-baik..
nampak sangat Allah sayangkan aku..
aku rasa kalau aku tak mention  pun ramai yang tahu ...
Izzat, Ezuan (awan), Atiqah..Sholehah...Wana...ramai lagi!!!
tak ke bertuahnya aku!!!
kalau mereka tak ada..mungkin aku masih seorang gadis yang ...well..yang dulu...




rasa sayang nak tinggalkan mereka..
tak nak grad boleh...tapi dengan syarat...tak nak extend...
*melampau*


untuk pengetahuan anda...
aku ini KAYA tau??
betul...tak percaya??
celah mana kaya..kereta tak ada..bayar yuran pun guna PTPTN, barang kemas tak ada..





*tepukdahi*
dei...cuba luruskan dahulu pengertian kaya tu..tulah, menyampuk lagi masa orang tengah bercakap *monolog..


aku kaya..kau pun kaya..kau pun sama..dia pun kaya...(sambil tuding jari kat sorang2)
tapi kita bukanlah orang yang memiliki banyak perkara , tetapi orang yang dapat meni'mati segala perkara dengan redha dan bersyukur...


pernah tengok keadaan sekeliling...??
pernah rasa keadaan sekeliling?
pernah hayati keadaan sekeliling..??


ada seorang datuk yang duduk mengeluh sebab selipar putus dan tak ada duit untuk beli yang baru..ditakdirkan Allah ada seorang tempang..aku ulang..TEMPANG.. lalu depannya...tersentak dari lamunan..datuk itu bersyukur sebab sekurang-kurangnya dia ada kaki walaupun tak ada selipar..= ='


aku tahu..normallah sebagai manusia kita nak semuanya selesa...
sedap..
cantik..bla bla bla...


tapi...
syukur itu lebih baik faedahnya..
kadang-kadang kita rasa benda itu kecil sahaja..
tapi faedahnya??Allahu Rabbi...
contoh: SENYUM??....haa..kan? nampak tak...
mesti tertanya..macam mana senyum boleh menjadi faedah besar...?
dengan cara: bayangkan anda sedang stresses..selepas itu ada sahabat datang sambil senyum pegang bahu anda dan bertanya...
" napew niew, adew masalah kew"?
*ok.abaikan 'w' words tuh.*
hailaa hailaaa...senangnya hati ku...rasa tenang dan masalah beransur ok.. =)


skop bersyukur ini sangat lah luas muas...
jangan lah bandingkan diri anda dengan orang lain..
ini adalah sahabat aku selalu cakap pada aku..especially awan, ijat dengan tqah..


kita selalu rasa orang lain lebih beruntung. Kemanapun kita pergi selalu ada orang yang lebih pandai, tampan, lebih cantik *trasa*, 
lebih kaya..dan banyak lagi lebih...


rumput tetangga memang sering kelihatan lebih hijau dari rumput kat rumah sendiri..
*yeay.boleh jadi lecturer dah*

pada pendapatan aku...
hidup ini akan jadi super duper  bahagia kalau kita dapat bersyukur dengan apa yang kita ada,,,sebab syukur itu merupakan satu KUALITI hati yang paling tinggi...


sebenarnya syukur ini sendiri perkara yang kecil..
tapi kalau tak buat..
tergolonglah kita..eh..bukan kita..manusia itu dalam golongan paling RUGI!!! woha!



(amalkan)


suatu cerita sebagai penutup:


seorang ibu sedang terapung di laut kerana kapalnya karam, namun tetap berasa bahagia. Ketika ditanya kenapa demikian, dia menjawab,


" Saya mempunyai dua anak lelaki. Yang pertama sudah meninggal, yang kedua hidup di tanah seberang. Kala berhasil selamat, saya sangat bahagia kerana dapat jumpa dengan anak kedua saya. Tetapi kalau pun saya mati tenggelam, saya pasti berbahagia kerana akan jumpa dengan anak pertama saya di syurga..


KAU MAMPU FIKIR SAMPAI TAHAP INI?? =))


"dan Ingatlah juga , tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu."
(Surah Ibrahim :7)




WORDOFTHEDAY:SYUKUR.TAK.SUSAH.

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..


p/s: sahabat, aku sayangkan kamu kerana Allah..aku ingin bersama kamu sehingga ke Jannah..sudikah kamu?? 



2 comments:

fariQfitri said...

moga berjaya hendaknya !

TINTA GERIMIS said...

Syukran fariq..smoga kami berjaya melangkah ombak VIVA.. dan dipermudahkan semuanya..! =))