Total Pageviews

Thursday 7 June 2012

08-06-2012 1.12am Semua Nak Perfect

assalamualaikum bloggers tegar, separuh tegar dan ada blog tapi taknak update...


yup..masih lagi bergelumang dengan tesis..alhamdulillah..semuanya dilancarkan oleh-Nya..
sahabat-sahabat lain..chaiyyok!!
walaupun dua hari ini aku jadi translator mereka...tapi tak mengapa..Allah juga akan mudahkan urusan aku..
selepas ini viva...Allah...berdebar hati ini...seram..tapi aku yakin..kalau aku yakin + berusaha+ tawakkal insyaALLAH dipermudahkan ...aku cuba yang termampu untuk menolong..kot2 itu membantu aku kat akhirat kelak..





(gambar cliche, i know)


=======================================


(seriau den tengok, tengok waktu malam2, leh jerit sorang diri)



stress je tengok FB ramai member kahwin...
bukan stress mereka kahwin..stress bila soalan
 'KAU BILA LAGI??"..arghh...
Alhamdulillah jodoh dah sampai...bina masjid dan imarahkan lah masjid itu ya sahabat-sahabat...
gambar-gambar perkahwinan memang sweet sokmo..


baju Glam..ada yang sederhana...make up tebal, nipis..kasut tinggi, rendah..semualah...tapi yang paling menarik perhatian aku untuk menulis dikala malam kebisingan di library ini ialah....BERINAI,,,


amboi..kalau nak lukis inai tu..bukan main lagi..
kalau boleh sampai betis, sampai bahu nak lukis..
kaya pakcik jual inai itu..


-no offense-



(arghh..faveret nih)


mungkin satu isu lapuk,,
tapi...tak boleh pandang enteng...
aku tak kata haram atau halal..cuma aku nak cerita apa yang aku tahu...sebab aku tahu.. (apa aku cakap nih)
ramai anggap pakai inai menunjukkan satu kemeriahan dalam perkahwinan khususnya.


tadi aku godek-godek bookmark aku nak tambah-tambah maklumat...
adalah pasal cerita berinai..
aku cerita ni tau..jap lagi aku masukkan rujukan..so anda semua boleh cek dalam e-book..


menurut penulis buku ini iaitu  Maya Tiwari (2007)
(perghh..blog pn dah gaya UKM)
Dewa-Dewi Hindu sering digambarkan dengan lukisan ukiran/tatoo inai di tangan dan kaki mereka..dipercayai juga bahawa berinai ini wujud dan digunakan dari Mesir dimana mereka menggunakan inai ni untuk mencantikkan kuku dan rambut MUMIA..


MUMIA?!!!



(aiyoo)


pada zaman pemerintaha Mughal pula, ianya digunakan dalam bidang raja-raja Rajastan. Tapi yang membezakannya adalah mereka menggunakan emas dan perak untuk melukisnya. mereka melukisnya ditengah-tengah tapak tangan. 
kaya gilleee...


err....
seram je aku dengar..
kalau penjelasan dari sudut Islam lak?


Penjelasan 1:
imam An-Nawawi dalam fatwa al-Majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki meeka. 


Penjelasan ke-2:
mazahab Hanafi  dan Maliki pula menyatakan lelaki dan wanita diharamkan ke atas mana-mana anggota tubuh badan sebab seolah-olah sama dengan pakai wangian.


Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada Baginda dan Baginda bersabda: "Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau wanita". Perempuan itu menjawab: 'Aku adalah seorang wanita." Baginda bersabda, "Sekiranya kamu seorang wanita, berbezalah dengan memakai inai dijarimu"
HR Abu Dawud


dalam hadis ini ianya mengharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka. tapi harap dapat faham tujuan memakainya..kalau pakai sebab nak untuk TABARRUJ atau tunjuk-tunjuk, baik tak payah kot..


dan cuba fahami ayat  Baginda iaitu pakailah inai dihujung jarimu..bukannya LUKISLAH inai diseluruh tanganmu...


jangan silap faham ye..=)


taapi galakan Rasulullah SAW ini adalah untuk membezakan kaum wanita dengan lelaki..ada hadis nabi menyatakan bahawa Allah melaknat lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya. 


Penjelasan ke-3: 


1- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah yang ada, Muzakarah berpendapat, dlm Islam para fuqaha' sepakat mengatakan bahwa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada telah kawin atau tidak selagi tak timbulkan fitnah.


2- Tapi, kadar pakai inai ada had sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang dipakai tak kekal seperti tatu. Pasal ukirannya pula, corak atau ukiran yang digunakan, ukiran daun, dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan manakala corak haiwan, dewa atau ajaran agama lain dilarang sama sekali.


3- pemakaian inai pada kedua tangan n kaki laki tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin masa majlis atau untuk tujuan perubatan.


Allah..panjangnya..anda semua baca tak ini??
kalau baca angguk ajelah..
aku assume korang baca..


Jangan salah faham dengan pemakaian inai..
tak adalah haram sepenuhnya..
ada syarat-syaratnya..
seeee...


Islam itu mudah kan..
tapi jangan pulak permudahkan Islam..



(pun boleh..haha!~)




p/s: kalau nak lukis jugak..lukis besar-besar bahu ke, belakang badan ke..tapi dengan syarat..pakai baju..jangan bagi orang lain nampak.. (ketega' sungguh)


Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk ikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak ikut syariat dan hukum yang telah ditetapkan.?? garu kepala sampai tahu..


okbai.
jumpa lagi..
assalamualaikum..




Sumber Rujukan :


Maya Tiwari. 2007. Women's Power To Heal. New York: Public Relations
:E-fatwa






WORDOFTHEDAY:INAI.IKUT.SYARAT

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..

7 comments:

Anonymous said...

kebetulan kite terpikir benda same...
dari smlm pun duk pk psl inai...

laki xleh kan pakai inai...

TINTA GERIMIS said...

boleh.hanya disbhgian jari utk tjuan pkwhinan / perubatan.

Anonymous said...

lau tuk perubatan mmg blh...
tp yg perkahwinan tu xpasti la...
blh ke?

TINTA GERIMIS said...

dlm hadis yg diberi ada mngatakan yg inai semasa prkhwinan hnye dbnrkan utk bbrpa jari.

Anonymous said...

oh...
ok2..
t.kaseh

Hans Ismail said...

ckp syarat je... jgn laki pn pkai jgk.

pas ni dh grad leh la blanje aku... hahaha

TINTA GERIMIS said...

Hans~..hahaha..btul..kalau leh xdigalakkan..
maaf xdpt dtg tgk paan kat hospital rtu..aku belanja doa je leh x??ehhe..gurau3.. =))