Monday, 6 August 2012

07- 08- 2012 12.29pm TERLEPAS melepas

ASSALAMUALAIKUM..

apa khabar wahai bakal penghuni kubur sekalian. Sebab kalau dah jadi penghuni kubur xlehlah baca blog aku..
*Ok.xlawak.*
kenapa? gentar?
kalau gentar sampai tercabut lutut sekali pun. mati itu tetap PASTI.
macam mana kekuatan iman anda hari ini? lagi2 dalam bulan Ramadhan Kareem nih..
bukan stkt lapar dan dahaga je kene puasa, tapi mulut, mata, telinga, hati..sume nye kene puasa sekali..

bukan sebulan ni je pakai tudung
bukan sebulan ni je jauh daripada detim..
bukan sebulan ni je tengok rancangan islamik.
bukan sebulan ni je pergi masjid.
bukan sebulan ni je baca al-Quran.

*tibe2 ade tazkirah free plak kan*..

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Keluarga kita tak dikecualikan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Menutup aurat satu syariat
Kalau wanita menutup aurat,
Kepada agama kita taat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Hidup berkat pahala berlipat-lipat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Didunia selamat,,di akhirat insyaAllah hebat .

Orang memandang boleh bertaubat

Boleh berfesyen menutup aurat,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Syaitan sangat suka lah hati-hati.




woha!~ pantun x berapa pantun..tapi yg penting faham kan isi kandungannya?? 


AURAT!!AURAT!!AURAT!! HEBOH BETOL!!! tak ada benda lain ke nak post kat FB? Aku puasa ni tak kira sebagai Islam ke? Nanti dah kahwin takpun tua sikit aku pakai lah tudung..aku tak nak lah jadi hipokrit~ 

=)
amboi, marahnya kak long.. tak apalah kak, kenapa nak pakai tunggu kahwin?? tunggu saja masa lepas mandi jenazah..ramai-ramai akan tutupkan aurat akak tu. Tak susah dah waktu tu. lagi satu kak, cubalah cakap apa yang anda cakapkan tu kat akhirat nanti..nak tengok gak.. ^^

-Islam itu mudah, jangan pula cuba memudahkan Islam-



WORDOFTHEDAY:JAGA.AURAT.SEBAIKNYA


diluar terlakarnya pelangi kasihNya

disini masih mengharap gerimis redhaNya..




No comments: