Thursday, 17 July 2014

17 Julai 2014 Catitan

Assalamualaikum dan salam palestine!

Masya Allah, dah lama rupanya aku tak mencatit dalam ruangan ini. Rasa terlalu rindu nak mencoret kat sini.
mana tak nya, hari-hari kerja mengadap komputer, melayan penumpang, melayan keletihan.

Ramadhan hujung-hujung dah ni, apa beza Ramadhan aku dengan hari-hari biasa aku?
Soalan utama aku : ADA tak perbezaannya?

kalau tiada, maka tiada orang yang serugi aku. Tapi aku gagal capai target aku untuk Ramadhan kali ini. -.-

Mungkin Ujian terhadap aku dari ALLAH membuatkan aku rasa lagi kuat dan mampu tersenyum. Berbeza dengan Ramadhan 5 tahun lepas, Ye. 5 Tahun lepas. Aku masih ingat.

Cakap pasal Ramadhan ni teringat pasal terawih, bila teringat pasal terawih mestilah pasal solat. Alhamdulillah wa syukurillah, tahun ini aku sepanjang Ramadhan kerja pagi, jadi ada masa untuk tunaikan terawih. Cantik perancangan Allah.

Bila solat berjemaah, macam-macam 'pe'el' kita dapat tengok. Bila aku minta rapatkan saf, makcik ni tak mahu, katanya panas.. Bila nak salam, macam nak taknak sambil kate 'takyah beria sangat bersalaman ni'. #facepalm

Tapi nk kongsi pasal perkara makruh dalam solat. Kadang kita tak sengaja. Kadang kita malas nak amik tahu sebab alasannya ASALKAN SOLAT.

Contoh perkara makruh dalam solat:

1- Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam solat dengan sengaja. 

2- Menghamparkan kedua belah tangan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa/anjing. 

3- Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya (Bajet macho, hello, biar Iman macho dari badan)

4- Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia (terganggu fokus)

5- Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika solat tanpa sebab (takut handbag kat sebelah kene curik).

6- Mengerjakan solat di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan kandng binatang.

 sebenarnya banyak lagi, tapi aku ambik yang VIRAL je. ecehhh, makin VIRAL perkataan VIRAL nih. asalnya aku tak tahu sampai kene google carik maksud VIRAL nih. #failed




sedara sekalian, kita solat ni janganlah ASALKAN SOLAT, yang patut dijaga kena jaga..barulah timbul khusyu'...
Jangan meng'kapirkan' orang hanya sebab dia solat dengan cara lain. Tegur secara berhikmah, lemah lembut. Ini tak, asal lain sikit..meng'kapirkan' orang. Walhal pernah cermin diri tak sambil solat tu awk tu betul ke tidak??

Semakin berumur tak semestinya  dia betul. Mungkin yang muda lebih tahu. Begitu juga sebaliknya, yng muda bukan tahu semuanya, Mungkin yang tua boleh membetulkan. raikan pendapat. ^_^
Yang penting penghujungnya, mendapat keredhaan Allah.




WORDOFTHEDAY:SOLAT.TIANG.AGAMA



 Diluar terlakar pelangi redhaNya,

Disini masih mengharap gerimis kasihNya.











No comments: