Total Pageviews

Monday, 24 December 2012

24-12-2012 Kolej Emosi

assalamualaikum..

pergh3..nampak x..nampak x..nampak x ai punye blog dah macam pusat pelupusan ,,hik3...penuh dengan 'bahan' pelupusan..:P

alhamdulillah..Allah beri aku kesempatan untuk berkongsi 1 2 3 perkara..

grad sudah..ambil skrol sudah..
skang satu perkara yang menyakitkan kepala..cari kerja..huk3..
beberapa perkara buat aku jadi macam ni..
yeah yeah..aku tak patut salahkan keadaan..
memang sume ni salah aku.. (=..

pejam celik aku dah kerja kat sini hampir 2 bulan..
emm..apa yang aku belajar bolehlah dipraktikkan kat sini.tapi ada beberapa bernda yang aku tak pernah buat dalam hidup @ tak tahu aku buat..
masyaAllah..aku bersyukur..
ada sebab kenapa Allah berikan ku keadaan cmni...

leh aku kongsi? kalau xleh pun nak jugak..hik2..

1- DIP

dalam dua shift aku bekerja..kadang malam..kadang pagi..dah selalu sangat buat DIPPING..yakni menyukat minyak..sukat minyak bukan senang2 je..lupa..aku keje kat Universiti Petronas Ijok..hahaha..stesen petronas daaa...kat sana ada 4 tangki...3 petrol 1 diesel..sukat pakai besi panjang yang ad bacaan..memang tangan selalu bergelumang dgn diesel/ petrol..udah bese,,mata kene tajam utk baca meternye..

2- METER

meter minyak ni kene amik kat setiap pam..kat sini ada 16 pam..so ape lagi, g pusing2 sana baca meter bacaan setiap pam..setiap kali close shift kene buat,..

3- RECEIVING

banyak jenis receiving nih..barang, minyak, air dan lain2..aku pernah buat terima minyak...lori minyak besar sampai..sorang kene naik lori tuh utk buka penutup minyak tuh..kene cek..aku pernah naik 3 kali..mula tu orang kata gayat sebab tinggi...aku naik alhamdulillah xde apa..allah mudahkan urusanku..
pas minyak habis diisi dlm tangki, kene masukkan data dalam komputer..kuantiti minyak, harga minyak..

4- KESABARAN

woha..ni memang..bukan kesabaran dengan CSTOMER ALWAYS RIGHT je..tapi dengan staf sendiri..
masyaAllah..Alhamdulillah..sume baik kat sana,aku sygkan mereka kerana Allah..sorang xde sorang akan backup yang lain..


*****

solat asar:

Budak 1: akak, kite jemaah nak arini..
aku: eh..leh..best2..jum surau..

di surau..

Budak: akak imam ek..kite kat blakang akak..
aku: okeh..qamat tau..
 errr...

tibe2 budak tu takbiratul ihram sblm aku..ekk....aku pun pandang pelik..terdetik dalam hati nak tegur die..tapi macam xpatut..
ok..aku pn terus solat..

habis salam..

AKU: err..dik..kate jemaah..kenapa solat tbe2..huhuh..
budak: eh..kite jemaah lah tadi..solat same2 tu kan jemaah..
AKU: alamak dik..bukan syg..jemaah tu ade imamnye ade makmumnya......

selepas habis terang aku tahu aku beritahu dia..kami pun bersalam..
 BUDAK: maaf kak...kite xtau.,kite selalu buat cmtu dgn kwn2 kite kat asrama..



mungkin tiada yang beritahu...maka tak tahu,,,silap aku juga..aku tak tanya dulu..

betullah orang cakap..kita tak patut mengandaikan sume orang tahu pasal sesuatu..sedangkan aku sendiri banyk yang tak tahunya..

banyak kenangan menarik kat sana..
berdakwah memang susah ..tapi aku kene cuba..
kerana dakwah bukan hanya utk yang belum mengetahui, tp juga buat yang dah tahu tapi alpa..

insyaAllah..aku akan cuba sumbangkan sesuatu kepada Islam kat sini..walaupun hati aku meronta utk ke 'sana' bersama-sama sahabat2 aku..





tqah nak kawen dah!!! yeay!!!!!


WORDOFTHEDAY: DAKWAH.RINDU.SAHABAT

diluar terlakarnya pelangi redhaNya..
disini masih mengharap gerimis kasihMu..

Monday, 24 September 2012

24-09-2012 10.50pm Musim PRK

assalamualaikum..

alhamdulillah..dua hari lepas cukuplah 23 tahun aku hidup..
dengan ni'mat Allah yang tak pernah putus..
ni'mat rezqi.. hidup...kesihatan..iman dan Islam sendiri..
walaupun dalam 23 tahun ni aku selalu melakukan dosa,,,sama ada sengaja mahupun tak sengaja..
semoga Allah ampunkan dosa-dosaku ..;(
terima kasih kpd yang mendoakan aku..

sekarang musim pilihanraya..

sang pejuang tak takut mati..
sang pejuang tak takut ugutan..
sang pejuang tak takut fitnahan..
sang pejuang tak takut kekalahan..

tapi aku...



abaikan..tu hal lain..emmm

baiklah..
tapi aku nak sangat kongsi suatu perkara dengan pembaca..
sebab aku baca hari-hari..
ada kala sampai menitis air mata... =(

Muslimah sejati tidak dilihat dari JILBABnya yang anggun...tetapi dilihat dari kedewasaannya dalam bersikap..

Muslimah sejati tidak akan dilihat dari tangannya yang selalu membawa al-Quran tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al-Quran tersebut...

Muslimah sejati tidak dilihat dari komitmennya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja..

Muslimah sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama..tetapi dilihat dari kedekatannya pada Rabb di luar aktiviti solatnya..

Muslimah sejati tidak dilihat dari rutin dhuha dan tahajjudnya..tetapi sebanyak apa titisan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud..  =(

Muslimah sejati tidak dilihat dari kasih sayangnya pada orang tua dan teman-temannya...tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar-Rahman dan Ar-Rahiim..

Muslimah sejati tidak dilihat dari paras rupanya yang cantik..tapi dilihat dari kecantikan hati yang ada disebaliknya..

Muslimah sejati tidak dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya..

Muslimah sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan tetapi dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu..

Muslimah sejati bukan dilihat dari kefasihan berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya dia berbicara..

Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian, tapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya..

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalan..tetapi dilihat dari kekhuatiran dirinya yang mengundang orang lain tergoda..

Muslimah sejati bukan dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tapi dilihat dari sejauhmana dia menghadapi ujian tersebut dengan penuh rasa SYUKUR...



Hendak jadi..
Muslimah sejati itu susah,
mukminah tambah susah,
Mujahidah juga payah,
Istiqamah lagilah payah..

namun susah payah itu takkan ku endah,
 akan ku gagah..
akan ku tabah..
demi Allah..demi Solehah..
kerana akhir pasti indah..
yakni menang atau Jannah!!
 


WORDOFTHEDAY:MUSLIMAH.TAK.MENGALAH

diluar terlakarnya pelangi redhaMu..
disini masih mengharap gerimis kasihMu..

Monday, 13 August 2012

14-08-2012 11.38pm Kahwin Cepat

ASSALAMUALAIKUM 
wahai manusia-manusia yang bakal menaiki kereta jenazah..

Ramadhan makin meninggalkan kita nampaknya kan..
stop kejap tengok Running man hari ni..
buat kerja berpekdah skit..

nampaknya aku akan berangkat ke rumah pada hari Jumaat..
dan berita GEMBIRA nya, aku punya praktikal dilanjutkan sehingga september..=='
hal ini demikian kerana mereka memerlukan kaki dan tangan untuk uruskan MMP dan pinjaman PTPTN..
tahniah bib..



bila fikirkan nak balik dengan KTM ni..
rasa malas je..ahha..
sebab selalu ORANGTAKBERADAB ada dalam tren tu...
macam mana orang tak beradab tu?
kadang kita rasa tak kisah je kan..
pakai headphone pastu xhirau ape jadi..
main I-Phone, I-Tab, I-love you bagai dan tak kisah kan orang lain...
tak bermasyarakat betul..
dei..nanti kita mati tak adanya nak mandikan diri sendiri, kapankan diri sendiri atau kebumikan diri sendiri....
jangan dek kerana benda canggih muncul orang sekeliling dilupakan....

ADAB 1#



** Bercakap dengan orang sebelah macam nak bercakap dengan 6 gerabak..ahhaa..seteress..nak kate tren tu bising ke ape memang taklah..kan sume orang ade i phone sekarang..mereka khusyuk dan tawadu'.. *akujetakde*..orang sebelah rasa tak selesa lah ..tolong peka dengen sensitiviti orang.. kot-kot orang tu penat balik kerja...stress..dengar pula hingar bingar macam pasar malam ikan basah..pergh..aku faham perasaan tu..

ADAB 2#



** LELAKI MASUK LADIES COACH. walaupun aku jarang sekali masuk koc wanita..tapi pernahlah jugak..aku tak faham, sebesar-besar alam die tulis KOC WANITA SAHAJA SEPANJANG MASA..siap ada pengumuman, warna berbeza..tapi suke hati die je duduk kat situ..kalau setakat duduk tak apa..kalau waktu ramai sempat lak bergesel-gesel dengan kaum wanita ini..haduhhh...kesabaran tercabar betul....pernah sekali aku repot kat pegawai KTM tu..

ADAB 3#



** PASANGAN COUPLE yang merasakan diri mereka adalah pasangan paling romantika didunia... aduhai...yang ni lagi kes parah..kalau ade tempat duduk gitulah perangainya..kalau ramai orang berasak-asak makin menjadilah..pegang pinggang macam nak sangat orang curik awek die tu..dei..tak ade sape nak pun..:P
kat tren tu terang-terang tulis dilarang bercumbuan..memanglah korang bayar harga tiket yang sama dengan orang lain..tapi tak ade pulak bagi pahala kat orang yang memandang tu..
korang ada hukuman yang sesuai utk  dorang ni? ^^

ADAB 4#


(gmbr xde kaitan)

**  MEMANG KERUSI DALAM TREN TU UNTUK LETAK BARANG. DILARANG DUDUK. kalau tak ramai atau tren tu lengang tak apalah..nak letak kaki pun boleh, kalau dah tahu ramai tu faham-fahamlah nak bertimbang rasa alihkan beg atau barangan tu untuk bagi tempat duduk kepada yang memerlukan.. kalau orang lain buat macam tu kat kau, kau marah ke kau biar??

ADAB 5#



** SATU KERUSI SEORANG SAHAJA. haaa..yang ni selalu berlaku..ustaz aku kata dulu jangan duduk terkangkang macam biawak pasir..kalau yang perempuan jangan duduk mengiring..menganggu orang sebelah terlanggar-langgar die..yang lelaki duduk kurang sopan..habis dua tempat duduk dia ambil..sekali lagi klau xde orang xpe..

ADAB 6#


(makkkkkk..abang tu xnak bagi tempat duduk, abang tu xde kemahiran sivik laaa)

** BAGI TEMPAT PADA YANG MEMERLUKAN...yang ni mana-mana pun leh tengok..bukan tren sahaja..bila ada seorang makcik, wanita mengandung, bawak baby, seorang ayah bawak anaknya..apalah salahnya tawarkan tempat duduk..ini tidak..dengan earphone, headphone, i phone nye..sekadar pandang sebelah mata pastu wat xtahu..mungkin dia fikir.. "Tak ape, mesti ade orang lain yang akan bagi tmpt duduk"..
pastu..orang lain pun akan pikir benda yang sama, sampai kesudah lah jawabnya...andai kata itu mak/atau ahli keluarga anda??
take ur first step dearies..

ADAB 7#


(haishhh...tepilaa)

** KELUAR/MASUK. main langgar aje, macamlah dalam train tu ade emas, AS-SABR MINAL IMAN..kalau terlanggar, ringankan mulut minta maaf..atleast sebut EXCUSE ME..ini dah langgar siap maki orang lain..pergh..gitu pulak die punya manners..reject buat laki/bini..*xdekaitan*
tunggu orang keluar dulu barulah masuk..


banyak lagi adab kalau nak diceritakan. aku sendiri sebagai pengguna yang agak kerap dapat perhati semua ni..yang pergi kerja hari-hari naik bendalah tu mestilah lagi faham kan? kita kena ingat..adab ni bukan sekadar di rumah, dengan cikgu mahupun dengan orang tua..tapi dengan masyarakat sekeliling pun ada adab-adabnya..kalau nak buat sesuatu yang pelik pikir dulu baik buruk atau akibatnya..jangan main hentam je..

Habluminallah penting, tapi HABLUMMINANNAS jangan lupa..sebab Imam Ghazali ada menggariskan beberapa garis panduan dalam kitab Bimbingan Mukmin iaitu: 


  • Tidak menyakiti dan menyusahkan jiran/orang             sekeliling
  • Sentiasa membantu orang yang memerlukan
  • Memulakan sesuatu dengan memberi salam kepada jirannya.


dan banyak lagi..

dalam surah An-Nisa ayat 36 ada menyatakan:

" ...dan berbuat baiklah kepada dua orang tuamu, karib kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga dekat dan jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan berbangga diri".

AL-QURAN dah jawab semua perbuatan kita. apa lagi yang kamu dustakan?

WORDOFTHEDAY:ADAB.DALAM.MASYARAKAT

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..