Total Pageviews

Wednesday 2 November 2011

03-11-2011 3.06 am.. ROCK CARPARK..

hahaha..salamun alaik..semueeee...
*rasa mcm nak tukar profil pic Fb lak*..ahaha
(tbe2..xde kaitan)..


apa habaq wehh...perghh...
sume semakin cantik nampaknye..tahniahh...
hehhe

aku br je balik dpd blik shbt aku..tolong beliau mngemas ..beliau bakal ke New Zealand ari jumaat selama 10 hari...
dgn sorg ag shbt baik aku Afiq..tp xdpt r nak tolong kemaskan (xkanlah aku nak ek asrama die lak..ahha)..ahaha..:P

*terima kasih gantikan aku soleh*..


oit Sholehah dan Afiq..jgn lupe belikan ole2 tau..insyaallah lau ade rezki aku akan teman korang smpai lapangan terbang..:)..
aku sygkan korang berdua..


*bawak balik sekor lembu leh?ehhe
xyah beli susu dah..ahha*




-----------------------------------------------------

sedang semalam aku berperit hati..aku trgerak ht nak wat entry nihh...

KENAPA AKU DIUJI??


surah Al-Ankabut ayat 2-3



apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi?
dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.



KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Surah Al-Baqarah ayat 216.


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ianya amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

  • Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.




RASA FRUST?

  • Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

  • Surah Al-Imran ayat 200
Hai orang2 yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalh kepada Allah supaya kamu beruntung.

  • Surah Al-Baqarah ayat 45
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang2 yang khusyu'.




APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI??
  • Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli orang2 mu'min, diri  dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.




KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
  • surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku, tiada ada yang lain selain Dia. Hanya pada-Nya aku bertawakal.


AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!

  • Surah Yusuf ayat 87
Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir..



---------------------------------

wau..hebat..!
semua persoklan yang dijawab direct beb..
aku terpana sekejap..

masa menaip ni pun aku rasa terkena sebab aku pernah pertikaikan benda2 ni tatkala "benda2" tu berlaku dlm hidup aku..

serius rasa down gile2 ..macam katak hitam jalan terbalik dibalut plastik hitam dicampak dalam gua kelam..
aku tak tipu..
tapi jawapan ni dah jelas terang benderang menunjukkan walaupun kite brseorangan padahal tak punn..
sape kate??

allah dekat dengan kite sbnrnye...
kenapa kita tak pernah perasan sebenarnya???
sebab emosi kalahkan kewarasan..
sebab emosi kalahkan keimanan..
sebab emosi kalahkan kekuatan..

kenapa sibuk persoalkan apa yang berlaku..?

kenapa tidak cari jawapan terhadap apa yang berlaku??

hey guys..Allah Always With Us..

maaf..entry skema sagt..hati celaru skang ni*..


WORDOFTHEDAY:NZ.SURAH.CELARU

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..

-bib slave of Allah-





No comments: