Total Pageviews

Monday 13 August 2012

14-08-2012 11.38pm Kahwin Cepat

ASSALAMUALAIKUM 
wahai manusia-manusia yang bakal menaiki kereta jenazah..

Ramadhan makin meninggalkan kita nampaknya kan..
stop kejap tengok Running man hari ni..
buat kerja berpekdah skit..

nampaknya aku akan berangkat ke rumah pada hari Jumaat..
dan berita GEMBIRA nya, aku punya praktikal dilanjutkan sehingga september..=='
hal ini demikian kerana mereka memerlukan kaki dan tangan untuk uruskan MMP dan pinjaman PTPTN..
tahniah bib..



bila fikirkan nak balik dengan KTM ni..
rasa malas je..ahha..
sebab selalu ORANGTAKBERADAB ada dalam tren tu...
macam mana orang tak beradab tu?
kadang kita rasa tak kisah je kan..
pakai headphone pastu xhirau ape jadi..
main I-Phone, I-Tab, I-love you bagai dan tak kisah kan orang lain...
tak bermasyarakat betul..
dei..nanti kita mati tak adanya nak mandikan diri sendiri, kapankan diri sendiri atau kebumikan diri sendiri....
jangan dek kerana benda canggih muncul orang sekeliling dilupakan....

ADAB 1#



** Bercakap dengan orang sebelah macam nak bercakap dengan 6 gerabak..ahhaa..seteress..nak kate tren tu bising ke ape memang taklah..kan sume orang ade i phone sekarang..mereka khusyuk dan tawadu'.. *akujetakde*..orang sebelah rasa tak selesa lah ..tolong peka dengen sensitiviti orang.. kot-kot orang tu penat balik kerja...stress..dengar pula hingar bingar macam pasar malam ikan basah..pergh..aku faham perasaan tu..

ADAB 2#



** LELAKI MASUK LADIES COACH. walaupun aku jarang sekali masuk koc wanita..tapi pernahlah jugak..aku tak faham, sebesar-besar alam die tulis KOC WANITA SAHAJA SEPANJANG MASA..siap ada pengumuman, warna berbeza..tapi suke hati die je duduk kat situ..kalau setakat duduk tak apa..kalau waktu ramai sempat lak bergesel-gesel dengan kaum wanita ini..haduhhh...kesabaran tercabar betul....pernah sekali aku repot kat pegawai KTM tu..

ADAB 3#



** PASANGAN COUPLE yang merasakan diri mereka adalah pasangan paling romantika didunia... aduhai...yang ni lagi kes parah..kalau ade tempat duduk gitulah perangainya..kalau ramai orang berasak-asak makin menjadilah..pegang pinggang macam nak sangat orang curik awek die tu..dei..tak ade sape nak pun..:P
kat tren tu terang-terang tulis dilarang bercumbuan..memanglah korang bayar harga tiket yang sama dengan orang lain..tapi tak ade pulak bagi pahala kat orang yang memandang tu..
korang ada hukuman yang sesuai utk  dorang ni? ^^

ADAB 4#


(gmbr xde kaitan)

**  MEMANG KERUSI DALAM TREN TU UNTUK LETAK BARANG. DILARANG DUDUK. kalau tak ramai atau tren tu lengang tak apalah..nak letak kaki pun boleh, kalau dah tahu ramai tu faham-fahamlah nak bertimbang rasa alihkan beg atau barangan tu untuk bagi tempat duduk kepada yang memerlukan.. kalau orang lain buat macam tu kat kau, kau marah ke kau biar??

ADAB 5#



** SATU KERUSI SEORANG SAHAJA. haaa..yang ni selalu berlaku..ustaz aku kata dulu jangan duduk terkangkang macam biawak pasir..kalau yang perempuan jangan duduk mengiring..menganggu orang sebelah terlanggar-langgar die..yang lelaki duduk kurang sopan..habis dua tempat duduk dia ambil..sekali lagi klau xde orang xpe..

ADAB 6#


(makkkkkk..abang tu xnak bagi tempat duduk, abang tu xde kemahiran sivik laaa)

** BAGI TEMPAT PADA YANG MEMERLUKAN...yang ni mana-mana pun leh tengok..bukan tren sahaja..bila ada seorang makcik, wanita mengandung, bawak baby, seorang ayah bawak anaknya..apalah salahnya tawarkan tempat duduk..ini tidak..dengan earphone, headphone, i phone nye..sekadar pandang sebelah mata pastu wat xtahu..mungkin dia fikir.. "Tak ape, mesti ade orang lain yang akan bagi tmpt duduk"..
pastu..orang lain pun akan pikir benda yang sama, sampai kesudah lah jawabnya...andai kata itu mak/atau ahli keluarga anda??
take ur first step dearies..

ADAB 7#


(haishhh...tepilaa)

** KELUAR/MASUK. main langgar aje, macamlah dalam train tu ade emas, AS-SABR MINAL IMAN..kalau terlanggar, ringankan mulut minta maaf..atleast sebut EXCUSE ME..ini dah langgar siap maki orang lain..pergh..gitu pulak die punya manners..reject buat laki/bini..*xdekaitan*
tunggu orang keluar dulu barulah masuk..


banyak lagi adab kalau nak diceritakan. aku sendiri sebagai pengguna yang agak kerap dapat perhati semua ni..yang pergi kerja hari-hari naik bendalah tu mestilah lagi faham kan? kita kena ingat..adab ni bukan sekadar di rumah, dengan cikgu mahupun dengan orang tua..tapi dengan masyarakat sekeliling pun ada adab-adabnya..kalau nak buat sesuatu yang pelik pikir dulu baik buruk atau akibatnya..jangan main hentam je..

Habluminallah penting, tapi HABLUMMINANNAS jangan lupa..sebab Imam Ghazali ada menggariskan beberapa garis panduan dalam kitab Bimbingan Mukmin iaitu: 


  • Tidak menyakiti dan menyusahkan jiran/orang             sekeliling
  • Sentiasa membantu orang yang memerlukan
  • Memulakan sesuatu dengan memberi salam kepada jirannya.


dan banyak lagi..

dalam surah An-Nisa ayat 36 ada menyatakan:

" ...dan berbuat baiklah kepada dua orang tuamu, karib kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga dekat dan jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan berbangga diri".

AL-QURAN dah jawab semua perbuatan kita. apa lagi yang kamu dustakan?

WORDOFTHEDAY:ADAB.DALAM.MASYARAKAT

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..


3 comments:

Ezuan Saad said...

Kenapa Ultraman?? ahaks!

TINTA GERIMIS said...

ahahhaa..knpa awan? terasa ek? :P

Anonymous said...

alhamdulillah...
stakat ni masih jage adab dlm ktm...
*dlm ktm je la*
wakakkakaka...
-peace-
=..=