Total Pageviews

Sunday 18 December 2011

19-12-2011 4.47am TANPA kata

salam deary cadburies sekalian (yummy..trngn nk hentam cklat lak)..ahha

rasa korang dh bce ape yang berlaku smlm kan??hmmm...
kite tggu ape bakal berlaku mnggu depan..
harap allah terus berikan aku kkuatan..

entry ni khas aku buatkan sorg shabat aku yang kusayangi...walau br ku kenal..insyaallah ukhuwah fillah..



setiap manusia yang Allah cpta ni sntiasa diberi musibah kan?penyakit terutamanya..tipulah kalau seseorang itu berkata yang die tak pernah ditimpa musibah..

setiap orang ada masalahnya tersendiri kan..Allah uji dengan mcm2 ujian tapi sebabnya adalah SAMA..
Allah uji seseorang itu sebab Allah ade rahsia trsendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau nak uji sejauh mana keimanan kita..
dan kerana suatu ujian itulah yang MEMBUKA MATA hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam hidup yang bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri, ujian ni adalah matangkan kita..

kadang2 sllu sgt kita tertanya..pada Allah khususnya, KENAPALAH KITA SERING DIBERI UJIAN YANG BERAT SEBEGITU sampai kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu  segala masalah kita...
pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita..

astaghfirullah..lemahnya dan rendahnya iman kita, 
tak redha dalam ujian Allah..

bukan ke Allah dah katakan dengan jelas dalam Al-Quran yang Allah xkan sekali2 uji hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya ..
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujian-Nya..
jadi Allah berikan ujian itu pada kita..
Allah sgt kasihkan kita kan??sebenarnya untung insan yang mendapat ujian (=_=))..sebab mereka dapat peluang untuk mendekati Allah..Allah sygkan mereka...hmm..
pasti Allah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya..



Alihkanlah pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan..
tapi Allah sahaja yang tahu rahsia didalamnya..
macam tu juga kehidupan mnusia, riang dan ketawa tapi hanya Allah yang mengetahui RAHSIA kehidupannya..
Jika rasa kecewa, alihkanlah pandanganmu kearah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun ada berjuta batu yang tajam menghalangnya..
dan jika SEDIH, alihkan pandanganmu ke arah LANGIT...sedarlah bahawa Allah ada bersamamu!!
masyaAllah!!!!

tetapkanlah hatimu dan bersangka baiklah (husnudzon) dengan Allah~
itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu sahabat...
Allah amat suka mndengar bisikan hati yang rindu kasih sayang-Nya..

sedang dirimu diuji Allah. Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan!!


 " Tiadalah terjadi suatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipmpin Allah hatinya
(Surah At-Taghabun: 11)

dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah bersabda " Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya"

Sabda Baginda lagi.." Tidaklah seseorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu darjat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya."
(H. Riwayat Muslim)

sedangkan nabi Ayub diuji dengan penyakit misteri yang amat hebat selama 18 tahun..ini kan pula hanya secebis manusia...ya Allah~

sahabat ku..
sesungguhnya hanya doa, solat dan tawakkal menjadi pembersih dirimu..
ingin sekali aku membantumu..
tapi..
aku tidak tahu caranya.
aku hanya mampu mendoakanmu dan menjadi pemberi semangatmu..
hidup ini singkat ...
jadikanlah hidup didunia sebagai hamparan sejadah bagi laluan ke akhirat..

kamu,
maafkan aku kerana hanya mampu membuat ini padamu..
jangan takut pada hari esok kerana esok masih dalam angan-angan..
penuhkanlah hari ini kerana inilah yang realiti!!

kamu,
jagalah hatimu..
jangan biarkan ianya hanyut dalam musibahmu..
sesungguhnya Allah menyayangi kamu sangat...
mungkin ada banyak perkara yang kamu angankan dalam hidupku..
andai kata kamu tidak sempat untuk menikmatinya didunia yang haru ini..
percayalah...ALLAH MENYEDIAKANNYA UNTUK KAMU DI SYURGA!!DENGAN LEBIH BAIK LAGI!! YANG TAK DAPAT DIBAYANG!

bersyukurlah Allah masih menghidupkan hatimu untuk mengingati-Nya..

be strong my dear friend because ur iman also will be strong too!!!
LA TAHZAN!
HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL



WORDOFTHEDAY:JUST.FOR.YOU.

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..

(n_n)//
<3


1 comment:

Anonymous said...

thanx sahabat :)