Total Pageviews

Tuesday 31 January 2012

01-02-2012 1.19am ANTARA DUA

salam..







bila atas bahu ada tanggungjawab baru terasa satu keberatan yg teramat kan?
walhal sebelum ini kita alpa dengan diri maing-masing...


mulut lak terkunci sbb kdg2 buntu  dgn jalan penyelesaian yg "belum" ada..
sengaja aku mengatakan BELUM ada menggantikan TIDAK ada..


aku yakin dengan kata-kata aku tu..


Allah menjanjikan kita semua dengan jalan yg terbaik buat hamba-Nya..
kenapa perlu menjadikan masalah sebagai satu alasan untuk menjadi alpa dan lemah??


bukankah masalah/ kekangan/ halangan/ujian/dugaan wujud untuk menguatkan diri hamba??


Ujian adalah EKSPRESI cinta ALLAH kepada kita??
wauu..hebatnya Allah..:)


kita ni bukan tuan mahupun tuhan..
kita tak berhak mempersoalkan apa yg terjadi..


cth: ada 5 ekor lembu dalam satu kandang...tapi hanya 3 ekor yg diambil tuannya utk disembelih..
so ape kene mngena??
apa yg cuba dimaksdkan ialah, 3 ekor lembu yg disembelih tu xde hak utk persoalkan "kenapa" die yg disembelih dan bukannya baki 2 ekor trsebut...sebab tuannya berhak untuk membuat keputusan.


kadang2 kita asyik menyebut "husnuzon skitlah dengan kwn"
example: sahabat kita terlambat datang ke temujanji..tapi kita masih mampu bersangka baik yang mungkin dia terlewat kerana ketinggalan bas atau sebagainya...


kenapa tidak kita tanamkan sifat husnuzzon tersebut pd sang PENCIPTA??
susah sangatkah..
tak luak apa pun..


DIA sebaik-baik perancang..







kadang-kadang kita rasa kitalah paling hebat diuji..
belum habis satu ujian, datang lagi ujian yang lain..
waktu tu rasa mengalah. dunia hampir nak runtuh ...semua perasaan ada..
sedangkan saudara Islam yg lain ada yang hampir teruk lagi diuji..
namun lidah mereka masih mengucapkan butir-butir zikir..


KENAPA kita memikirkan kaki kita yang tidak berkasut SEDANGKAN ramai lagi yang tak berkaki?
masya Allah!!
fikirlah balik dosa yang pernah dilakukan disebalik ujian yang datang tu..


kalau diri diuji dengan kesusahan hidup, tetapkanlah hati sebab itulah tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicara kita sebagai hamba-Nya..


bukan itu sahaja, 
Allah juga nak memelihara kita dari sejta keburukan...
lapangkanlah dada...jadikan redha dan sabar penghuni tetap dalam hati..





"Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram."
(Surah Ar-Rad 28)


" Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan  dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya"
(Surah At-Taghabun:11)


Ilmu dan iman adalah pertahanan hati..
kalaulah pertahanan ni lemah, maka mudah gila musuh-musuh nak masuk dengan sekali rempuhan..
bila musuh-musuh ni mula masuk..
kekayaan mula buat dia tamak..
kekuasaan akan buatkan dia hilang pedoman..
ilmu membuatnya ia ego..
apa yang dimiliki semua serba tak kena..
jiwanya sentiasa resah..


jangan leburkan diri..
jangan memakan diri..
janganlah tersungkur..
yang penting..jangan lupa diri!


allah akan titiskan hujan kepada keadaan yang kemarau panjang,..
itu janji Allah..


rasa-rasanya, ujian kita ni sehebat ujian terhadap rasul dan nabi ke???
 tepuk dada sampai dapat jawapan..





WORDOFTHEDAY:UJIAN.ALLAH.INDAH


diluar terlakar pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..


No comments: