Total Pageviews

Saturday 14 January 2012

14-01-2012 3.33pm lanGkah perjuangan

: . Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya : . -Imam Ghazali-


Allah..
selepas terbaca ayat ni hati aku rs mcm hancur..
mengenangkan dosa yg aku pernah wat dahulu..
dimana aku sgt berdoa kini supaya tidak jatuh dlm jurang dalam yang sama..
:'(


cinta..
perasaan itu mmg indah..bagi yg meni'matinya..
namun disebalik keindahan itu tersemat beribu sakit, perit dan pedih..


ALLAH..
pada mulanya..aku nampak semuanya indah..
rasa mcm terlalu indah..seolah-olah dunia  milik aku..
tiada siapa yang berhak mengacau keindahan ini...
betul..cinta telah membutakan mataku..
sampai tidak nampak apa yg sedang aku hadapi..:'(


Namun..
hanya dengan selangkah yg silap, aku tergelincir daripada puncak sehingga jatuh ke tempat paling hina, bawah..
namun tatkala aku berada aku sedar aku telah membuat kesilapan!!
disitulah kebodohan aku terserlah..
aku tahu ianya berdosa, namun aku tetap melakukannya...
bukankah bodoh namanya!!


wah..tidak hairanlah aku jatuh sampai begitu sekali..
ye..sangat sakit yang bukan kepalang..
tinta hati sering kali menjadi rapuh dalam langkah..
orang kata, kita perlukan pengalaman utk mengetahui spy mana yg benar dan salah..
bagi aku..kadang-kadang hati perlu diketuk supaya tidak terselesa dengan satu keadaan..
memang ada hikmah apa yang Allah berikan padaku..
kerana aku sedang bangkit semula..sebagai insan yg baru..
ALHAMDULILLAH.. :')


hatta demikian, 
hati ini masih berparut walaupun luka itu disembuhkan dek masa dan kekuatan yg Allah beri..
aku tidak mahu hati berparut ini kembali bernanah dan seterusnya berdarah kembali!
 ada yang tidak ada dihati ini..namun dijiwa hampa..
ku bertemu sang adam di simpang hidup..
namun rupanya2 ia telah 'menghilangkan" aku..


aku lebih rela berada dalam sepiMu..
Tuhan. berikan aku cinta..namun aku lebih mendambakan cinta-Mu..brbanding cinta manusiawi..:'(


aku tidak merindukannya!!!Demi Allah tidak!
aku hanya masih menyesali kesilapan aku!!aku ingatkan cintaku yang dahulu hanya utk nya..
namun terjangka sangkaan aku meleset..:'(
Alhamdulillah..:))


aku berhak bahagia ya Allah..
aku tahu..Kau merancang yg lebih baik pada aku..
namun hati ini masih sesal dan segan terhadap-Mu..


betul..kenangan sememangnya membunuh..
namun biarlah ianya membunuh kenangan tersebut..bukannya imanku, kepercayaanku, kekuatanku terhada-Mu!
ingin sekali aku memadamkan memori pahit dan beracun tersebut dari hidupku..
tapi..biarlah ianya menjadi sumber ingatanku, dan ketabahanku yang perlu aku pupuk dalam diri..


Allah..Allahu Rabbi..
aku masih tersentap setiap kali melihat ayat tersebut..::::
masih wujud kesakitan dan kesesalan~


sekiranya kita cinta pada manusia,
tidak semestinya cinta itu berbalas,
namun jika kita cinta pada yg Esa, 
nescaya ianya tidak ada penghujungnya!!


aku bersenandung dalam doanya..
aku berlindung dalam kekuatan-Nya..
badai mula menghempas lenaku..
aku bertafakur sejenak dalam mindaku..
angin lembah menghiris airmata..
erotik ketenangan mula menawan puncak diri..
lakaran pelangi menyejukkan pipi..
sambil tergeletek dalam khilaf..


walau garisan sudut masih merobek balutan hati,
walaupun tumbang dek lembayung ribut,
walaupun tempang dek salju kabut,
hatiku masih milik Allah..
jiwaku masih tertambat kasih-Nya..
naluriku masih berunsurkan wahyu-Nya..


Allahu Rabbi..
berat hati utk menerima..
berat lagi utk memikulnya..
namun semakin berat ujian-Mu..
semakin sayang Kau pada hamba-Mu yg hina ini..


nukilan:habibah 14/01/2012


Allah..
terimalah aku ya Allah..
terimalah..:'(


berikan aku setitik KEKUATAN utk berjuang pada jalan-MU ..utk bangkit semula daripada sangkar impian, daripada sangkar hati yg tak pernah melintang dan sejajar ...


ALLAHU AKBAR!!





*maaf entry over-emo dan...emo*
*maaf klu ade yg xfhm puisi tu*


WORDOFTHEDAY:DIRI.GELUMANG.DOSA

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya...
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..
(=_=,,)||

No comments: