Total Pageviews

Thursday 8 March 2012

09-03-2012 3.38am khatimah berkat

assalamualaikum wbt..ehhe..
full salam aku hr ni kaaan...
who miss me today??you? you? or you?
oh pelisss...stop saying that "i miss u"..penat nak dengar dan balas..
ahha..jangan geleng...xpe2..ku faham psl ego org nih..





haa..talking about ego..susah juga kalau kita ade kawan yg ego die hebat tinggi..
mahunya tak..sume yang org ckap xmhu dengar..
rasanya tak perlu aku cerita panjang kan..tu kalau kawan yang dekat..
kalau terdapat kat Fb/Twitter?blog??
haaa..tu yang paling susah nak admit tuh..


ego dalam FB/Twitter/Blog??
apakah??


xtahu ek?
emm...maksud aku orang yang suke maki hamun/marah2 dan emo kat dalam alam maya ni..
kadang-kadang muke lawa sangat..ayu sleeping..tapi bahasa..nauzubillah..
kadang-kadang mcm xcaye je..
laki pun same gak..muke macam jambatan hampir siap..bahasanya masyaAllah..


sekali lagi..bukan nak menghentam k..


jangan ingat org yang maki hamun, buat sound adalah OHSEMM ek..so false..ahaha..





tapi kalau kita lihat..gejala sosial ni semakin melarat..segaja aku sebut gejala sosial..sebab makin ramai yang terjebak..
aku tak faham jugak manusia macam ni..bila check balik,bukanlah budak-budak pun..dah tua bangka semua dah..
tua bangka ni manusia yang dah boleh fikir baik buruk..ni ape de hal bajet cumil lak maki hamun gitu...
marah kat orang sikit, mulalah maki hamun, mencarut sana sini..menyemak kat TIME LINE orang..
tak bertapis langsung..
ingat orang yang tengok tu suke ke tgk bahasa INDAH korang??
*just super duper annoying*


haih..kalau dekat dengan aku...memang aku PANG sekor-sekor..tangan kanan aku dah gatai dah ni..


puas ke macam tu?sebenarnya lagi menaikkan nafsu amarah dan seterusnya mencetuskan lagi satu tindakan baru ..bukan tu je, maruah anda pun jatuh..degil!


mungkin ada sesetengah orang rasa HOT kalau keluarkan kata amarah sekali dalam dua hari...dah jadi habit kot..


susah nak buang dah..itulah, sapa suruh dok maki hamun orang sangat..entah berapa ramai tengah maki hamun korang yang tengah maki orang lain tu..



(motif angry bird??)


tanyalah kat siapapun, tak ada yang suka punya bila orang yang kaki mencarut , maki hamun segala bagai ini.
apabila anda terlalu superduper  annoying berbanding biasa..manusia secara refleksnya akan UNFREN /UNFOLLOW laman sosial anda..


lepas tu dengan penuh riak, takbur dan ujubnya akan ade yang cakap mcm ni..:


~ "kalau tak suka aku maki hamun kat blog aku ni, jangan gatal nak masuk dan kome, aku xrugi ape lah weh..sakai.."


~"unfollow lah Twitter aku ni..ade aku suruh korang folow??uweekk!!~"


~" huk eleh, setakat ko sorg unfren aku xluak r..member aku ade 4999 lagi tau tak!!piirahh mabukk"


untunglah ade 4999 mmber...*ok, xde kaitan*..


indahnya jawapan mekk..
kalau dengan jawapan itu merasaka anda adalah sorg yang sangat matang dan hebat..itu adalah SALAH!!
terlalu menampakkan ketidakmatangan dalam melahirkan buah fikiran. 


KITA MANUSIA YANG DIJADIKAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN OLEH ALLAH SWT. JANGANLAH RENDAHKAN MARTABAT KITA SEBAGAI INSAN..


tak perlulah nak mengutuk, melahirkan umpatan, kata nista berunsur lucah sebab anda sendiri dah tahu apa jawapannya..


kadang-kadang diam itu pun satu suara!!


Ghadhab (pemarah)
~ bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau mencegah dari kejahatan.


Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW:
Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda: Jangan marah. (riwayat Bukhari)


ada dalam hadis at-Tabrani: jangan marah ,nescaya kau akan dapat masuk syurga..


woha!! korang xnak ke masuk syurga..kenapa hilang pertimbangan dan menjatuhkan martabat sendiri..kenapa bagi syaitan peluang bertepuk tangan??


ada 5 jenis marah dalam sepanjang pembacaan aku..kalau ade leh tambah..:)


1- cepat marah..~asal tersilap je terus tarik muke patbelas kaki..mulut terkumat kamit macam mantera sebab marah sangat..


2-marah pertengahan~..ni bulehlah nak pertimbangkan lagi..kalau mntak maaf leh jadi ubatnya kot..kotlahh..


3- marah sederhana~ hihi..harapnya ramai yang dalam kateori ni..sebab marah mcm ni akan terkawal dan bertempat..


4- tida tahu marah~ macam  aku kot..ahhaa..yang ni pun bahaya juga..sebab org mcm ni kalau tbe2 sekali die jadi marah..wooooo..meletupp..tapi baguslahh..


5- marah sokmo..~ni yg jad kes caci maki tuh..hampeh tul..


kita sebagai manusia kenalah pandai mengendalikan nafsu termasuk lah nafsu amarah ni..sebab api kemarahan akan membawa kesan tindakan yang berlainan daripada kebiasaanya..


percakapannya menjadi tak teratur, bahasa kasar habis, suara menajdi kuat, dan banyak lagilah..


ye, memang sabar ade tahapnya..tapi kalau tak cuba bersabar mana nak datangnya sabar tu??daripada langit ke cik akak ??


cuba baca kisah Saidina Ali yang hampir memenggal leher musuhnya tapi xjadi sebab takut pada Allah..hebat sungguh beliau..masyaAllah...!~


bersabarlah sebab bekalan sabar tidak pernah akan habis...:))

tepuk dada tanya rasa..


WORDOFTHEDAY:STOP.CACI.HAMUN

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..

No comments: