Total Pageviews

Sunday, 13 December 2020

Cara Argument tak berasas

Assalamualaikum!


Sementara tengah taip-taip buat kerja ni.

Saja lah nak menulis kat sini buat puas hati sendiri.

 Kelmarin aku ada 'argument' dengan suami. boleh kata argument yang tak ada manfaat pun. haha

biasalah perempuan kan. 

kalau tak cari pasal..tak sahlah.

Disebabkan suami aku bukan jenis yang romantik aku tnya die. perlu ke lelaki belajar jadi romantik kalau isterinya menginginkan sebegitu.

Dengan kepantasan kelakian dia, dalam 0.01 saat die terus jawab. ' Buat apa?' -.-

Dan alasan die dikukuhkan oleh ' perempuan sekarang terpengaruh dengan cerita Korea oppa dia, lepastu nak mintak laki sendiri jadi romantik'.

Sebenarnya perempuan tak mintak sampai tahap itu cume die perlukan perhatian lebih lagi2 spesis PJJ macam aku. haha

Dan wanita, jangan harapkan lelaki je untuk menjadi romantik..kamu pun memainkan peranan.

macam aku..setelah puas argument yang mana xmemberikan apa-apa jawapan, aku rasa aku perlu start dulu. hahaha, jadi, di bawah adalah cara aku start dan ape respon yang aku dapat.


** Setiap kali birthday dia, aku akan buat surprise, sampai dia rasa dia kena buat benda sama untuk aku.

- JADI BROOOO! End up this year birthday, die belikan aku hadiah diam2, yang mana kasut yang aku da lama aim sejak awal tahun! Subhanallah!haha


** Kalau die balik, aku cuba sediakan macam2 menu untuk masakkan. Bia dia rasa aku amik effort lebih sebab nak bahagiakan perut die.

- Skang siap rajin tolong kat dapur setiap kali balik. 😆😏😏😏


** Walaupun bukan hari istimewa, jadikan setiap hari adalah istimewa. kadang kadang aku saja belikan dia barang macam dompet ke, coklat ke ( faveret dia), stokin, ape2 jelah yang mampu bulan tu. At least dia akan rasa nak buat benda sama which is aku selalu dapat satay/ baju sebagai habuan! haahhaha


konklusinya,jangan harapkan sesuatu yang sempurna kalau diri sendiri tak sempurna. 

Melengkapi adalah aset paling penting dalam kebahagiaan.


Solat berjemaah kalau ad kesempatan , tolong bentangkan sejadah masing-masing, buat pillow talk.

borak, kurangkan gadget.


aku ni pun baru je kahwin 2 tahun lebih jadi cabaran akan datang akan jadi lebih besar, cume mampu atau tak je harungi,

Moga Allah berkati usaha dan kasih sayang kalian dan juga aku sendiri.

banyak lagi sebenarnya effort simple yang boleh dibuat cume bergantung pada diri sendiri dan keadaan semasa.


tapi kadang-kadang argument tak berasas selalu je muncul dalam kepala aku. so, bersedia untuk next one.hahahah


bye!

 

Friday, 25 September 2020

Soul of the Wind

 Soul of the Wind.

 

Baru baru ini kejadian yang aku sering lihat dalam cerita, kisah, terjadi padaku sendiiri.

setiap kali aku pejam celik, aku cuba cakap dengan diri aku sendiri bahawa semua ini adalah mimpi

tapi realiti menampar aku setiap kali aku pejam dan celik

cuba lari dari ilusi

aku ingat, semuanya tak mungkin

hakikatnya aku sedang menghadapi

bukan mudah untuk hadapi sehingga aku betul-betul terima

minda mahupun jiwa

aku berkata ' aku okay' ' aku okay', sambil mengurut dada

memegang bahu sendiri

seminit yang pertama, aku rasa ya, aku okay.

namun sesaat selepas seminit itu, airmata aku berteraburan

seumpama debunga yang dibawa angin

aku berseorangan tatkala itu, masih terkenangkan banjiran darah yang kulihat sebentar tadi.

wajah yang dibaluti darah.

gigilnya sebuah kehidupan.

 gagalnya sebuah hati.

 hujan turun dengan lebat seolah memujukku bahawa ' aku ada bersamamu'.

airmata bagai dilap dengan tenang bersama sang hujan

duduk aku di penjuru, hanya nampak kegelapan di sekitar

tertanya-tanya...mengapa..mengapa

kakiku masih kaku.

menunggu jawapan yang belum tentu.

 

-lakaran gerimis-

 

Monday, 22 July 2019

22 July 2019

Semua orang boleh bercakap tentang kekuatan

dalaman atau luaran

tapi berapa orang yang boleh jadi betul-betul kuat bila ada dugaan menimpa?

---

aku sendiri tak kuat.

ye. perkataan adalah doa.

tapi sejujurnya aku kadang rasa nak rebah.

terlalu banyak tanggung jawab sehingga tulang temulang rasa retak.

berat rasa seberat dosa.

kadang hati nak menangis ..tapi macam dah tak keluar apa-apa.

sabarlah. ni semua dugaan.

ye. aku faham. pasal tu aku masih bertahan.

memang indikasi kehidupan adalah untuk diuji.

jadi siapalah aku untuk menolak itu.

cume kadang aku rasa taknak fikir apa-apa untuk sehari.

sebab aku rasa minda aku da terlalu letih.

tak tahulah.

mungkin ini bahagian aku.

terimalah.

orang lain, lain bahagian nya. mungkin bahagian yang sepuluh kali lagi teruk.

biiznillah.

AKU adalah orang lain.

Thursday, 13 June 2019

2019 - Dunia Baru

Akhirnya tinta gerimis mula beraksi kembali.

 hati aku sentiasa menulis walaupun jemari aku tidak

tiada hentakan yang boleh memberhentikan aku dari terus menari dia atas wadah ini

tak pernah sekali aku merasa aman tanpa meluahkan rasa yang terpalit

jujur

wadah ini adalah jiwa yang terbaik

wadah ini adalah perjalanan yang membalik

wadah ini jugalah peneman yang setia

*-*-*-*-

penulisan akan bermula kembali 

nantikan tarian dari jemari tinta 

:)

 

Saturday, 2 December 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

baru aku perasan bahawa last post aku 18 sep 2016?
Seriusly? haha, sarang tarantula dah ni..

setelah sekian banyak yang terjadi dalam hidup
Aku rasa hanya menulis mampu membuat aku rasa selega-leganya.

memandangkan aku kerja malam dan hari ini hanya menunggu 'task' dari CSR aku.

aku memutuskan bahawa aku ingin menulis kembali.
bukan untuk tatapan manusia atau menjaja cerita.
namun sekadar untuk kepuasan sendiri.

Tersenyum panjang tatkala aku menaip setakat ini.
Terima kasih ya Allah.

---------------------------------
Tajuk: Ironi Sebuah Hidup



Pada 28 tahun dahulu, 

Berpandukan izin Allah, lahirnya  seorang bayi perempuan lahir kedunia.
Bergembiralah sang ibu dan ayahnya atas kelahiran anak perempuan ketiga walau kehidupan pada tahun 1989 tersebut sangat berat dan susah.
Anak perempuan itu hanya terkebil-kebil memandang sekeliling tanpa mengetahui apa yang bakal dihadapi dan terjadi dalam sepanjang hidupnya.
tangisan pertamanya menerbitkan airmata ibu kerana lahir dalam keadaan serba sebi kekurangan.
azan pertama ayahnya menyejukkan telinga sang bayi dan mengukir senyuman pada wajah ibunya.

"Abang, anak kita abang"..sambil memandang sayu tapi gembira.

Disitulah bermulanya tulisan yang dipahat oleh Allah.
Tiada siapa yang menduga apa yang bakal terjadi.


Pada suatu petang, 
Ibu yang masih berada di hospital didekati sebuah keluarga berbangsa Sikh.
Si ayah pulang ke rumah sebentar untuk membawa makanan dan pakaian kepada si ibu.

" Selamat pagi puan, maaf kerana menganggu. Anak ini anak sulung kamu kah?". sambil menunjukkan bayi yang nyenyak tidur sambil tersenyum.

'Eh, selamat encik. Ini anak ketiga saya. Saya ada lagi dua orang anak perempuan berusia 7 tahun dan 4 tahun. Mengapa ye encik?" sambil berkerut dahi diaju pelbagai soalan dalam benaknya.

" Oh, yeke. Begini sebenarnya...sebenarnya isteri saya mengandung namun keguguran seminggu lepas. Jadi kami berdua mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat. Tadi kami lalu, bayi ini terlalu comel dan menyentuh hati kami. Kalau diizinkan tuan dan puan, bolehkah kami mengambil bayi ini sebagai bayi kami? jangan risau, kami akan bayar RM20000 sebagai gantirugi."

Ibu terpana dengan permintaan itu dan tidak menjawab.

" Maaf kan kami tapi kami sudah berkahwin selama 12 tahun namun tidak dikurniakan anak. memandangkan kamu ada dua lagi anak mungkin boleh benarkan kami jaga bayi ini. Kami janji akan jaga dia sebaiknya"

Ibu masih lagi terpana.

" Saya bincang dahulu dengan suami saya boleh?"

" Baiklah, kami akan kembali esok. Harap berita gembira menanti kami" kata keluarga Sikh itu lalu beransur pulang.

Pertanyaan yang singkat itu membuatkan die terkedu lama.

Ibu yang masih dalam pembaringan buntu memikirkan keadaan ini.
dalam keadaan yang serba serbi kekurangan, kais pagi makan pagi..kais petang makan petang, dia terfikir untuk memberikan bayi itu jadi bolehlah dia membesarkan anak yang lain dengan persekolahan dan kelengkapan yang cukup. Mungkin beban si suami dapat dikurangkan kerana dia hanya bekerja di kedai makan. Pendapatan harian apalah sangat. Kadang kala langsung tak mencukupi untuk makan sekeluarga.

Sebelah hati lagi, anak yang dilahirkan dari rahim sendiri dijual kepada orang lain?
Mana mungkin..

Si ayah tiba sambil membawa pakaian bayi dan ibu. Tanpa membuang masa si ibu menjelaskan apa yang berlaku.

Beg baju yang si ayah pegang terlepas dari genggaman. 

" Kita keluar dari sini sekarang juga, jangan berani siapa-siapa sentuh atau ambil anak aku", sambil mendukung erat bayi itu dengan segera..

"Ini anak aku..anak kita. Walau susah mana pun kita yang akan bela dia."sambung si ayah

"Tapi abang..." ibu cuba mencelah sambil bergenang airmata.

"Tiada tapi-tapi, cepat siap..potong nama sekarang juga"..sambil berlalu pergi untuk berjumpa doktor.

air mata ibu mengalir laju...

'Maafkan ibu anakku.."

***bersambung




Sunday, 18 September 2016

18 Sept 2016

Segenap ruang minda mula menyelar..
Selar kiri kanan
Mengemis secebis kekuatan
Yang semakin menipis..

Perasaan berkecamuk..
Siapa yang salah ..
Apa yang aku patut buat ...
Kenapa aku...kenapa ...

Berpecah belah nyawa aku..
6 nyawa di dalam..
Menjadi calar balar...
Aku sayangkan setiap nyawa aku...sebab saling melengkapi..

Kejadian hari itu buat aku hilang keseimbangan..
Aku dah saksikannya selama mungkin..
Kali ini aku terguris sedalam mungkin..

Kasihan semua...
Kalaulah aku boleh betulkan keadaan dari mula...
Kalaulah aku bisa satukan semuanya..
Aku sanggup korbankan diri aku..

Habibah..
Nabi Muhammad diuji jauh lagi berat..
Kesakitannya jauh terpancar berat..
Kesedihannya mengangkat darjat.

Percayalah..ujian ini semuanya mengangkat darjatmu disisi penduduk langit...sambil menunjuk..
'lihat..ada hamba Allah yg sangat bersabar dengan ujian Allah..'...

Allahu..meremang jiwaku..
Aku hanya mahukan keluarga yang aman dan saling memerlukan..
Engkau percikkanlah elosi kasih sayangmu Allah...
Temukan kami dalam pelukan kasih sayangMu kemudian hari.

Tenangkan hati kami..
Tabahkan hati kami...
Berikan kami pintu solusi ..bagi setiap kesakitan.

Diluar mengharap gerimis kasihnya
Disini masih mengharap belaian redhaNya.


Friday, 19 August 2016

20 Aug 16

Sakit betul rasa bila kau dah berapa tahun tak buka hati pada sesiapa.. Disebabkan kesilapan lalu..
Bila kau cuba buka..lagi sakit. Sebab mungkin kau da salah buka hati.
Maafkan aku hati.

Kali ini aku tak menangis..
Cuma rasa tercalar sikit.
Sedikit yang dalam...
Redha itu kena ada..

Aku perasan..semenjak beberapa kebelakangan ini..
Aku bersikap terlalu defensif..

Memang kita tak minta..
Dalam hati aku masih ada sedikit takut..
Makin orang dekat..aku ada satu perasaan 'tak percaya'..

Normal kan..

Tak ke?

Ok..

Bila laut menjadi kawan..
Rasa gelap menjadi teman...
Bila cahaya menjadi lawan..
Sapa engkau untuk menidakkan??

That is for you habibah.

Berharap yang terbaik..
Fokus aku bukan pada jodoh..
Ada lagi tanggungjawab yg Allah beri pada aku...
Ibu..adik..putri..

Allah sahaja yang tahu apa yang aku lalui sekarang..
Kalaulah ada jalan untuk semuanya..
Tapi ..itu hanya 'kalau'...
Aku hanya mampu minta maaf berkali tak berhenti pada ibu dalam hati..kerana aku anak yang gagal tunaikan kehendak dia.
Kalau hati diam kecewa. Aku seribu kali kecewa. Maafkan sekali lagi hati. Engkau tahan semuanya.

Ya Allah...kau palitkanlah segala kesakitan..kesedihan dia pada aku..
Gembirakan..sayangi dan jaga hatinya sebagaimana Kau bantu pada orang terdahulu yang Engkau kehendaki

I Know You Will.

Diluar terlakarnya gerimis kasihnya..
Disini masih berharap pada pelangi redhaNya.





Friday, 29 July 2016

29 Julai 2016

Seluas langit di angkasa ..
Akan berarak jua tiba anginnya. ..
Setenang tenang air di kali...
Akan berkocak juga bila kena gerakannya

Jiwa tenggelam dalam hipnosis sendiri
Prejudis dengan hati sendiri
Ego dengan emosi sendiri

Sampai satu tahap kau akan hilang perasaan
Kau sakit tapi kau tak mampu menangis
Kerana tak tahu adakah ianya sakit diluar..atau sakit didalam..

Kalau diluar ada ubatnya..
Kalau di dalam Allah penawarnya

Biarkan puisi menyanyi sendiri
Pastikan liriknya melalui sanubari
Apatah rentaknya melalui takdir Ilahi.


diluar terlakarnya pelangi kasihNya
Disini masih mengharap gerimis redhaNya

Tuesday, 12 July 2016

13 Julai 2016

Tgh baring...
'bila kau nak kawin b'

Tanya ibuku sekaligus memecahkan lamunan kecamukku..
Diam..
Hanya kedengaran bunyi unggas dan cengkerik saling bersahutan.
Kelu lidahku sebab aku memang tiada jawapan.
Soalan yang senang dan perlu dijawabnya
Namun keadaan aku nyata berbeza.

Memang tiada calon.
Kalaulah ibu tahu apa yang aku fikir sekarang ni..

'tolongla..sampai bila kau nak cmni..mak pn nak timang cucu lain sebelum mak tutup mata'

Rasa bagai ditoreh sepintas lalu..berombak dada..emm..aku pernah minta jasa baik mak untuk tidak bertanyakan hal ni..tapi dia bertambah sedih..jadi aaku ambil jalan selamat berdiam diri.

Bagaimana aku nak fikir.  Kalau dalam kepala aku hanya fokus pada puteri..mak dan adik. Siapa tak nak bahagia..siapa tak mahu berkeluarga..aku rasa seperti tanggang..derhaka sebab tak dapat menurut dan membuatnya gembira.

Selagi isu putri tidak ada jalan penyelesaian..
Aku tak tenang..
Aku sedang cuba sehabis kudrat untuk dia..
Mana ada jalan aku terobos..
Cukupla si kecil kain putih itu menanggung ketiadaan bapa sejak kecil..
=,( setiap kali aku sebut tentang ni..pasti air bergenang..

Emm..

Ibu...
Andai kau tahu hasrat hati ini..
Andai kau mengerti rasa jiwa ini..
Andai kau dengar pemberontakan hati ini..

Maafkan aku ibu..
Menjadi tanggang moden..
Yang tak mampu membahagiakan kau..
Aku tiada kudrat meninggalkanmu sendiri..
Apatah lagi trauma dengan kejadian sebelum ini..
Takut hati ini Allah yang mengerti..
Betapa robeknya dan tercalarnya perasaan ini..

Setiap kejadian masih segar dalam benakku..
Inci demi inci..
Hasta demi hasta .
Abad demi abad.

Ibu...
Aku mohon maaf
Banyak rasa ini aku sembunyikan darimu..
Cukuplah bebananmu
Biarlah sakit ini habis bersamaku..
Doakan aku ibu..
Aku tidak bimbang tentang jodoh hati .
Aku lebih bimbangkan jodoh mati.


Diluar terlakarnya gerimis kasih
Disini masih mengharap hamparan redhaNya.


Saturday, 9 July 2016

9 Julai 2016

Salam...
Syawal menjelma..
Tamat sudah bulan tarbiah..
Kembali merentas dunia..
Yang tak sudah membutakan mata..
Yang tak sudah menggelapkan jiwa..
Yang tak sudah berhenti menjentik dosa..

Tak semua yang kita bisa elak..
Ada permulaan pasti ada pengakhirannya..
Ada penghujung pasti ada pangkalnya..

Bila ada yang hidup pasti ada yang mati.
Biarkan hati hidup walau jasadmu mati.

Diluar terlakarnya gerimis kasih
Disini masih mengharap secebis redhaNya

Sunday, 7 February 2016

07 FEB 16 1809HRS

Aku masih rasa hendak menulis dan menulis..

Aku rasa tenang bekerja..tapi aku rasa sunyi.
Mungkin aku dah terjauh dari Nya..

Aku masih sedang fikir apa kesalahan yang aku dah lakukan.
Aku tak tahu mana silap. Semua mula berdiam diri tatkala aku memerlukan.

Mungkin aku terlalu rindukan manusia berbanding diriNya..
Itulah sebab Allah turunkan rasa sunyi.

Kadang aku tiada niat lain pun..
Tapi manusia masih bersalah sangka dengan aku.
kecewa dan kecewa.
Aku menyayangi seperti diri aku sendiri. Tapi ditinggalkan umpama bayang-bayang.

T__T

Mungkin ini takdir aku...
Banyak benda aku hanya boleh tengok dan bermimpi.
Aku dah cuba berusaha untuk dapatkan..tapi tak mampu.
Akhirnya aku hanya mampu melihat orang lain mengambil/menyambarnya.
Macam biasa akhirnya aku kene REDHA! Sebab aku tak mampu nak melawan untuk dapatkan apa yang aku nak!

Patah hati?
ah! sudah biasa untuk kutip dan tampal sendiri.

Aku salah...
salah jangkakan akan ada orang faham aku.
Tapi sebaliknya. Aku dihimpit.

Ayah, alangkah indahnya ayah ada dengan abi. Hanya ayah selalu faham abi.
Abi hari-hari rindukan ayah. Maafkan abi ayah. Abi tak marah sesiapa. Abi tak marah mak.
Abi marah pada diri sendiri. Mungkin semua tak nampak usaha abi sebab semua nak hasilnya kan?


Allah, aku yakin dengan apa yang Engkau dah tuliskan untuk aku.


Diluar terlakar pelangi redhaNya,
Disini masih mengharap gerimis kasihNya.


Friday, 29 January 2016

29 JAN 2016 2031HRS

Tintaku mula berbunyi, 
Penaku mula melakar,
Hatiku mula bergetar.


Kita menginginkan semua insan di sekeliling kita tidak berubah..
Kasih sayang yang sama, 
Cinta yang sama, 
Perhatian yang sama.

Kadang rasa aku yang terhegeh lebih..
memberi perhatian yang lebih..
mengingati manusia secara lebih..
walhal aku sedikit pun tak bermakna pada sesiapa..
benarlah..
mengharap kasih sayang manusia..
hanya hampa kau dapat.
sebab kau dah lebihkan kasih sayang manusia berbanding Yang Agung.

Hati kau sendiri sakit.
Jiwa kau sendiri merana.
Engkau sendiri tertanya-tanya.

Walhal mereka sibuk dengan penasaran masing-masing.

Bodohlah kau. =)

Ingat,
Manusia juga satu bentuk ujian.
Hati juga satu bentuk perisai.

Jangan bazirkan airmata.
Rindu? sampaikanlah dalam doa.
Sayang? Simpanlah dalam senyuman.
Ukhuwah? Jadikan ia sebagai ikatan.

Allah selalu berikan manusia yang terbaik dalam hidup kau. Bersyukurlah.

Habibah. Seindah namamu. Yang disayangi, jangan terlebih menyayangi,

Diluar terlakar pelangi redhaNya, 
Disini masih mengharap gerimis kasihNya.


Saturday, 23 January 2016

24 JAN 2015 1015

Bismillah..

Berapa kali aku tukar password pun aku tak tahu,
Sebelum ini aku terkekang dengan masa dan waktu kerja.
Tak menyempat nak menulis dan menulis..
Benak rasa sempit
Hati rasa padat.

Semenjak aku tukar kerja ni, 
Aku pada mulanya rasa depresi.
Mungkin sebab adaptasi aku belum meresap dalam diri.
Aku rindukan sahabat aku. Memanglah kadang aku terasa tetapi aku pun bukan sempurna..
Terasa pun mereka yang selalu ada di waktu aku susah..

Mungkin selepas aku beransur dari sana, 
Keadaan akan bertambah baik.
Perjalanan ini Allah cipta, aku hanya pengembara.
Jadi aku kena pilih jalan yang mana yang aku hendak, 
Sebab nanti aku akan menentukan destinasi aku.

BILA KU CAKAP AKU RINDU.. AKU SEMEMANGNYA SANGAT MERINDUI.

- harap lepas ni blog ini akan hidup-

Diluar terlakar pelangi RedhaNya
Disini masih mengharap 

Sunday, 3 May 2015

04 May 15

Assalamualaikum..
banyak benda nak cerita
tapi malangnya terlupa password.
sudah dibaiki.

jangan risau
habibah akan kembali beraksi di alam maya ini.



:)

Friday, 7 November 2014

PENGECUT 08/11/2014

Assalamualaikum dan what a pleasant Saturday.

Tangan, Otak dah berkarat sebab lama tak menulis. 

Hari ini nak buat post luahan hati si pengecut.

Aku tak tahu nak fahamkan macam mana lagi pada meraka.
Bila aku cakap FAHAM. Mereka kata aku tak faham.
Takkan nak tunjuk apa yang aku buat, tidak boleh tidur malam memikirkan nasib mereka,
baru mereka cakap dan faham yang aku faham??

Semua yang aku buat nampak salah di mata mereka.
Aku gigit bibir dan berdiam diri sahaja.
Aku tak suka berkelahi dengan sesiapa. 
Aku tak tahu aku benar atau tidak. 
Tapi, kalau aku cakap Kamu semua yang tak faham aku ? apa perasaan kamu?

sepanjang perjalanan semalam. Tiada sepatah yang aku tuturkan.
Tak apalah, aku hanya mendengar apa yang kamu semua katakan.
Sebab aku rasa aku faham kekalutan dan keresahan kamu.
Kamu semua ingat aku dah hidup senang dengan adanya benda yang pasti.
Tapi adakah kamu faham bahawa benda yang pasti itu lah membuatkan aku resah???


Tidak.

Setiap malam aku buntu.
Buntu apa yang aku harus lakukan.
Bukan berlagak HERO. Tapi itu tanggungjawab aku.

Berapa malam aku tak mampu lelapkan mata,
Berapa malam bantal dibasahi airmata,
Berapa malam mengira kesakitan yang tak terjangka,
Berapa malam aku berdiam seribu bahasa,
Berapa malam aku menahan sakit kepala.

Tak mengapa.
Aku memang seorang yang tak faham.

Kata-kata semalam dah cukup membuatkan aku terluka.
Menangis?
Tak mampu dah.
Aku rasa mereka perasan aku diam sepanjang perjalanan.

Bila diimbas kembali apa yang berlaku sepanjang 7 tahun kebelakangan ini.
Mana mungkin aku lupa.
Setiap satu detik aku ingat.
Manis mahupun pahit.

Sedih mahupun duka.
Gelap mahupun terang.

Kalau itu yang ayah tinggalkan untuk aku.
Aku terima kerana dia tahu aku mampu.
Aku pun tak tahu bagaimana aku mampu berdiri sehingga kini.
Dengan izin Allah sudah tentunya.

Pengecut ini masih sebak.
Pengecut ini masih mahu beraksi kanak-kanak.
Pengecut ini masih mahu keadaan manja dan selesa.
Pengecut ini masih pengecut.

Dulu,
sahabat terdekat selalu menjadi tempat aku meluah.

Sekarang,
Aku tak sanggup menyusahkan sesiapa lagi.
Biarkan aku dan diri aku.

Riak wajah tak menggambarkan segalanya.

Dalam perjalanan semalam, ketika aku tertanya dalam hati , "Ya Allah, adakah jalan bagiku?"
dengan izin Allah...
terdengar terjemahan surah Adz Dzariyat ayat 56 

"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui".

Aku terpaku dan waktu itu aku kesat airmata dengan senyuman.

HEBAT ALLAH! :')






Diluar terlakarnya pelangi redhaNya
Disini masih mengharap gerimis KasihNya.


WORDOFTHEDAY:SENYUM.DAN.SENYUM


Thursday, 17 July 2014

17 Julai 2014 Catitan

Assalamualaikum dan salam palestine!

Masya Allah, dah lama rupanya aku tak mencatit dalam ruangan ini. Rasa terlalu rindu nak mencoret kat sini.
mana tak nya, hari-hari kerja mengadap komputer, melayan penumpang, melayan keletihan.

Ramadhan hujung-hujung dah ni, apa beza Ramadhan aku dengan hari-hari biasa aku?
Soalan utama aku : ADA tak perbezaannya?

kalau tiada, maka tiada orang yang serugi aku. Tapi aku gagal capai target aku untuk Ramadhan kali ini. -.-

Mungkin Ujian terhadap aku dari ALLAH membuatkan aku rasa lagi kuat dan mampu tersenyum. Berbeza dengan Ramadhan 5 tahun lepas, Ye. 5 Tahun lepas. Aku masih ingat.

Cakap pasal Ramadhan ni teringat pasal terawih, bila teringat pasal terawih mestilah pasal solat. Alhamdulillah wa syukurillah, tahun ini aku sepanjang Ramadhan kerja pagi, jadi ada masa untuk tunaikan terawih. Cantik perancangan Allah.

Bila solat berjemaah, macam-macam 'pe'el' kita dapat tengok. Bila aku minta rapatkan saf, makcik ni tak mahu, katanya panas.. Bila nak salam, macam nak taknak sambil kate 'takyah beria sangat bersalaman ni'. #facepalm

Tapi nk kongsi pasal perkara makruh dalam solat. Kadang kita tak sengaja. Kadang kita malas nak amik tahu sebab alasannya ASALKAN SOLAT.

Contoh perkara makruh dalam solat:

1- Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam solat dengan sengaja. 

2- Menghamparkan kedua belah tangan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa/anjing. 

3- Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya (Bajet macho, hello, biar Iman macho dari badan)

4- Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia (terganggu fokus)

5- Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika solat tanpa sebab (takut handbag kat sebelah kene curik).

6- Mengerjakan solat di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan kandng binatang.

 sebenarnya banyak lagi, tapi aku ambik yang VIRAL je. ecehhh, makin VIRAL perkataan VIRAL nih. asalnya aku tak tahu sampai kene google carik maksud VIRAL nih. #failed




sedara sekalian, kita solat ni janganlah ASALKAN SOLAT, yang patut dijaga kena jaga..barulah timbul khusyu'...
Jangan meng'kapirkan' orang hanya sebab dia solat dengan cara lain. Tegur secara berhikmah, lemah lembut. Ini tak, asal lain sikit..meng'kapirkan' orang. Walhal pernah cermin diri tak sambil solat tu awk tu betul ke tidak??

Semakin berumur tak semestinya  dia betul. Mungkin yang muda lebih tahu. Begitu juga sebaliknya, yng muda bukan tahu semuanya, Mungkin yang tua boleh membetulkan. raikan pendapat. ^_^
Yang penting penghujungnya, mendapat keredhaan Allah.




WORDOFTHEDAY:SOLAT.TIANG.AGAMA



 Diluar terlakar pelangi redhaNya,

Disini masih mengharap gerimis kasihNya.











Saturday, 29 March 2014

29 Mar 14 Semua orang

Assalamualaikum wbt and very awesome day to all of u..

Semua duk bercerita pasal MH370.
Semua.
Tak terkecuali seorang pun.
Termasuk hati sendiri.

Apa agaknya terjadi ye?
Ada jin nyorokkan?
Konspirasi?
Ke gimik?

pening.gundah.Serabut.

Semua rasa begitu.
Semua.
Tak terkecuali seorang pun.

Apa agaknya perlu dilakukan?
 Biar?
Cari sampai jumpa?
Guna bomoh?

sedih.kelakar.teori.

Semua rasa begitu.
Semua.
Tak terkecuali seorang pun.

************************************************************************

Sehari sebelum berlakunya peristiwa MH370 ni..(aku takkan panggil ianya tragedi), aku bermimpi. Aku berada di lapangan terbang yang terlalu ramai orangnya. Mata aku melilau kiri kanan, melihat terlalu ramai orang menangis, resah dan kelam kabut. Mereka menantikan sebuah kapal terbang yang tak kunjung tiba. Sepatutnya ia sudah sampai sekian lama. Aku hanya mampu pandang.

Terjaga dari tidur. Allahu Rabbi. Sapu muka.

Jam 8.30am, handphone berbunyi dengan mesej "kapal terbang membawa penumpang KULPEK hilang dari radar."

Aku..beristighfar panjang. Hilang arah seketika.

Ya Allah..semestinya perancangan Engkau itu sungguh indah dan bermakna. 
Apa yang Engkau rencanakan tentunya hebat dan terbaik.
Ya Latiff, hilangkanlah resah hati ini...
Selamatkan mereka ...Kuatkan mereka..sesungguhnya Engkaulah pemilik hati-hati ini.




#LuahanhatikusebagaikeluargaMalaysiaAirlines.

WORDOFTHEDAY:PRAY.FOR.MH370

diluar terlakar pelangi redha-Nya...

Disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..