Total Pageviews

Monday, 6 August 2012

07- 08- 2012 12.29pm TERLEPAS melepas

ASSALAMUALAIKUM..

apa khabar wahai bakal penghuni kubur sekalian. Sebab kalau dah jadi penghuni kubur xlehlah baca blog aku..
*Ok.xlawak.*
kenapa? gentar?
kalau gentar sampai tercabut lutut sekali pun. mati itu tetap PASTI.
macam mana kekuatan iman anda hari ini? lagi2 dalam bulan Ramadhan Kareem nih..
bukan stkt lapar dan dahaga je kene puasa, tapi mulut, mata, telinga, hati..sume nye kene puasa sekali..

bukan sebulan ni je pakai tudung
bukan sebulan ni je jauh daripada detim..
bukan sebulan ni je tengok rancangan islamik.
bukan sebulan ni je pergi masjid.
bukan sebulan ni je baca al-Quran.

*tibe2 ade tazkirah free plak kan*..

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Keluarga kita tak dikecualikan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Menutup aurat satu syariat
Kalau wanita menutup aurat,
Kepada agama kita taat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Hidup berkat pahala berlipat-lipat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Didunia selamat,,di akhirat insyaAllah hebat .

Orang memandang boleh bertaubat

Boleh berfesyen menutup aurat,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Syaitan sangat suka lah hati-hati.




woha!~ pantun x berapa pantun..tapi yg penting faham kan isi kandungannya?? 


AURAT!!AURAT!!AURAT!! HEBOH BETOL!!! tak ada benda lain ke nak post kat FB? Aku puasa ni tak kira sebagai Islam ke? Nanti dah kahwin takpun tua sikit aku pakai lah tudung..aku tak nak lah jadi hipokrit~ 

=)
amboi, marahnya kak long.. tak apalah kak, kenapa nak pakai tunggu kahwin?? tunggu saja masa lepas mandi jenazah..ramai-ramai akan tutupkan aurat akak tu. Tak susah dah waktu tu. lagi satu kak, cubalah cakap apa yang anda cakapkan tu kat akhirat nanti..nak tengok gak.. ^^

-Islam itu mudah, jangan pula cuba memudahkan Islam-



WORDOFTHEDAY:JAGA.AURAT.SEBAIKNYA


diluar terlakarnya pelangi kasihNya

disini masih mengharap gerimis redhaNya..




Monday, 2 July 2012

02-07-2012 1.58pm Nescafe O'

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM..
Assalamualaikum..


para soleh dan solehahwati sekalian..
mesti dah tenang lepas hantar tesis kan?haha..keserabutan hilang alhamdulillah..
sekarang boleh buat praktikal dengan aman dan tenang..
sekarang waktu makan..aku tak lapar nasi..lapar kat blog je..
jadi aku ambil kesempatan waktu ni nak isi perut blog ni..lapa kan??
serius...baru berapa hari..hati ni dah start merindukan ukhuwah izzat, awan dan tiqah..tiqah ade je dengan aku..jadi perasaan tu diubat..
solehah..shidah...sume dah jauh..rindunya ya Allah..hebat kuasa ukhuwah Mu ini..




walaupun dibuli kat tempat praktikal ni..ahaha..(mati aku lau en isa bace nih)...
tak adalah buli saje gurau..
sekadar gurauan mereka..
aku pula, sibuk dengan surat-surat, pelepasan kuliah, faks kementerian..jadi operator telefon..ehhe..menarik2..
program ke Sabah dah dekat..jadi aku kene optimis dan gerak laju dan tepat..supaya tak tertangguh..


aku mulakan hariku dengan BISMILLAH..aku yakin..diri aku akan diberkati Allah dan segala yang aku lakukan hari ni berjaya!!
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA MENGASIHANI...
mudahnya kita sebut kan?
tapi..jarang kita hayati..
simple je ayat tu..
semua orang boleh sebut..
tapi..kelebihan BISMILLAH ni..bukan semua orang tahu..apatah lagi nak ingat??





KELEBIHAN BISMILLAH:


1- yang pertama ditulis dalam al-Quran ialah BISMILLAH. Maka apabila kita nak menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH  pada awal sebab BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang ALLAH turunkan kepada Jibrail.


2- Bismillah untuk kamu dan rumah kamu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada ADAM. (Hadith Qudsi).


3- Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


4- Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah Bismillah itu dibacakan pada orang sakit melainkan menajdi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.


5- Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


6- Jumlah huruf dalam Bismillah ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibn Mas;ud berkata: Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.


7- Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata. "siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya.


8- Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


9- Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


10- Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.


11- Barang siapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim, serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.




pssst..amacam?? perghh..banyaknya!!
mungkin ada banyak-banyak-banyak lagi kelebihan yang Subhanallah~


mulut tu senang je nak menyebutnya..tak perlu bayar pun untuk menyebut BISMILLAH ..
Allah yang bayar tau..lebih hebat dari manusia bayar!!


err..nak tanya..boleh tak yang no 11 tu nak buat PieM terchenta kite..err..bukan..korang??hahahaha.. *gelak penuh niat*
ada pulak yang kepanasan kang.. =D
-jangan nak AUKU sangat dgn aku ok-


ok..selamat ber LI sahabat2..lakukan kerja dengan ikhlas..
bukan sekadar nak habiskan graduasi..
semua yang kita buat tajdidkan niat kita..
tajdidkan setiap hari..ada orang kata..pelbagaikan niat kita.. (niat yang baik)....
contoh: sahaja aku hidup hari ini untuk menghancurkan *N..errr...kezaliman.. =))


ok..masa rehat dah tamat..back to work..
selamat menjadi soleh/ah dan musleh!!


WORDOFTHEDAY:PRAKTIKAL.IN.UKM


diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharapkan gerimis kasih-Nya

Monday, 18 June 2012

18 Jun 2012 9.18pm Jam Pecah Lima

18 Jun 2012 satu detik  yang menggerunkan sepanjang pembelajaran aku selama 3 tahun di UKM...perkataan VIVA amat digeruni semua pelajar ANSOS..semua kerumitan, kepayahan, dan kebizian aku menyediakan bahan untuk tesis berakhir dengan viva ni..
alhamdulillah..
walaupun aku  orang terawal untuk viva dan ianya serba sedikit buat aku gemuruh..
aku dapat hadapi dengan yakin..
penyelia aku minta aku edit sedikit dan terus jilid...alhamdulillah...=))
selamat maju jaya untuk sahabat-sahabat ansos terutamanya izzat, ezuan dan atiqah.. =))


1 jam 15minit yang takkan aku lupakan sampai bila-bila..
dan sekarang..sakit kepala menyerang...
penangan viva ni..
Allahu Allah..
sudahlah hati ni merindukan ayah..
hari ini sangat memenatkan otak..=(


18 Jun 2012..

dah lima tahun rupanya..
tapi rasa macam baru sahaja berlaku..
kalau ayah aku masih ada..
mesti aku masih macam dulu..
sampai mesin ATM pun tak tahu nak guna..


kelmarin mak ungkit semula pasal rentetan kisah aku di JPN...
sukar juga ye..
tapi bila fikir semula selepas selesai..
Allah...leganya..dan rasa terharu sebab Allah beri peluang kepadaku..


'kenapa selalu sangat sebut pasal arwah ni??" tanya jiran aku..
ekk..
mungkin semenjak tiga menjak ni aku sering sangat sebut arwah suka macam ini..arwah suka buat ini..arwah tak suka macam tu...
aku xsedar pun sebenarnya..
bila orang tegur baru terperasan...


rindu tak rindu..
ayah dah pergi..
kenangan tak kenangan..
hanya doa mampu di utus..
aku nak sangat ayah ada masa aku konvo nanti...
sebab dia yang paksa aku masuk form6..
kalau tak...mesti aku xsmpai tahap ni..


90% aku masuk U not for myself..
tetapi untuk mereka..untuk Allah..
dalam fikiran hanya ada dua ...


dulu..kalau aku nak pergi jungle trekking...
mesti ayah galakkan...
mak pulak..konpem xbagi..sebab takut anaknya hilang dalam hutan.. :P
tapi ayah lain..dia suka aku buat perkara riadah...join pengakap..
masuk hutan..
pergi kem luar..
aktiviti lsak..
tapi kalau aku nak pergi rombongan biasa...dia tak galakkan pulak..
ayah nak ajar aku hidup dengan cabaran kot..dan sekarang aku sangat merindukan nak buat semua tu...
bersilat, berkawad, naik gunung, macam2 lagi!


dulu aku tak sedar langsung..


haih..nak cerita banyak..
tapi...
tulah...
rindu ni kadang tak tertanggung..
tapi Allah ada sentiasa dengan aku..
Yang Maha Hidup..
=))
aku cukup bersyukur..
walaupun perasaan nak peluk ayah sangat membuak-buak dalam diri ni..
tapi apa boleh buat??
hati ni selalu cemburu bila tengok anak-anak dengan ayah..
tapi..
sekali lagi Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat..
senyum sahajalah..


kawan-kawan..selagi ada ayah dan ibu...hargai mereka..
kalau tak..nanti jadi macam aku..=((


ucapan fathers day yang pertama dan terakhir aku...ayah dah tiada...
sungguh hati ini sakit bila dengar ucapan hari ayah..;(


selamat hari ayah...abi sayang ayah...
semoga ayah tenang disana...jangan lupa doakan abi...abi tahu ayah mesti ada kat dewan DECTAR nanti tengok anak ayah ni konvo...
abi dapat rasakan...=_)
jangan nyorok tau nanti...


cayang ayah sehingga kesyurga...i love you papa, walid, ayah, abah...
mak pun rindu sangat kat ayah.. :_P







entri no overdose emo..
maaf...
mungkin perasaan xstabil..
=)


senyuman diluar tidak menggambarkan perasaan dalaman seseorang~


WORDOFTHEDAY:SELAMAT.HARI.AYAH

diluar terlakarnya pelangi kasih-Nya..
disini masih mengharapkan gerimis redha-Nya..







Thursday, 7 June 2012

08-06-2012 1.12am Semua Nak Perfect

assalamualaikum bloggers tegar, separuh tegar dan ada blog tapi taknak update...


yup..masih lagi bergelumang dengan tesis..alhamdulillah..semuanya dilancarkan oleh-Nya..
sahabat-sahabat lain..chaiyyok!!
walaupun dua hari ini aku jadi translator mereka...tapi tak mengapa..Allah juga akan mudahkan urusan aku..
selepas ini viva...Allah...berdebar hati ini...seram..tapi aku yakin..kalau aku yakin + berusaha+ tawakkal insyaALLAH dipermudahkan ...aku cuba yang termampu untuk menolong..kot2 itu membantu aku kat akhirat kelak..





(gambar cliche, i know)


=======================================


(seriau den tengok, tengok waktu malam2, leh jerit sorang diri)



stress je tengok FB ramai member kahwin...
bukan stress mereka kahwin..stress bila soalan
 'KAU BILA LAGI??"..arghh...
Alhamdulillah jodoh dah sampai...bina masjid dan imarahkan lah masjid itu ya sahabat-sahabat...
gambar-gambar perkahwinan memang sweet sokmo..


baju Glam..ada yang sederhana...make up tebal, nipis..kasut tinggi, rendah..semualah...tapi yang paling menarik perhatian aku untuk menulis dikala malam kebisingan di library ini ialah....BERINAI,,,


amboi..kalau nak lukis inai tu..bukan main lagi..
kalau boleh sampai betis, sampai bahu nak lukis..
kaya pakcik jual inai itu..


-no offense-



(arghh..faveret nih)


mungkin satu isu lapuk,,
tapi...tak boleh pandang enteng...
aku tak kata haram atau halal..cuma aku nak cerita apa yang aku tahu...sebab aku tahu.. (apa aku cakap nih)
ramai anggap pakai inai menunjukkan satu kemeriahan dalam perkahwinan khususnya.


tadi aku godek-godek bookmark aku nak tambah-tambah maklumat...
adalah pasal cerita berinai..
aku cerita ni tau..jap lagi aku masukkan rujukan..so anda semua boleh cek dalam e-book..


menurut penulis buku ini iaitu  Maya Tiwari (2007)
(perghh..blog pn dah gaya UKM)
Dewa-Dewi Hindu sering digambarkan dengan lukisan ukiran/tatoo inai di tangan dan kaki mereka..dipercayai juga bahawa berinai ini wujud dan digunakan dari Mesir dimana mereka menggunakan inai ni untuk mencantikkan kuku dan rambut MUMIA..


MUMIA?!!!



(aiyoo)


pada zaman pemerintaha Mughal pula, ianya digunakan dalam bidang raja-raja Rajastan. Tapi yang membezakannya adalah mereka menggunakan emas dan perak untuk melukisnya. mereka melukisnya ditengah-tengah tapak tangan. 
kaya gilleee...


err....
seram je aku dengar..
kalau penjelasan dari sudut Islam lak?


Penjelasan 1:
imam An-Nawawi dalam fatwa al-Majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki meeka. 


Penjelasan ke-2:
mazahab Hanafi  dan Maliki pula menyatakan lelaki dan wanita diharamkan ke atas mana-mana anggota tubuh badan sebab seolah-olah sama dengan pakai wangian.


Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada Baginda dan Baginda bersabda: "Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau wanita". Perempuan itu menjawab: 'Aku adalah seorang wanita." Baginda bersabda, "Sekiranya kamu seorang wanita, berbezalah dengan memakai inai dijarimu". 
HR Abu Dawud


dalam hadis ini ianya mengharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka. tapi harap dapat faham tujuan memakainya..kalau pakai sebab nak untuk TABARRUJ atau tunjuk-tunjuk, baik tak payah kot..


dan cuba fahami ayat  Baginda iaitu pakailah inai dihujung jarimu..bukannya LUKISLAH inai diseluruh tanganmu...


jangan silap faham ye..=)


taapi galakan Rasulullah SAW ini adalah untuk membezakan kaum wanita dengan lelaki..ada hadis nabi menyatakan bahawa Allah melaknat lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya. 


Penjelasan ke-3: 


1- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah yang ada, Muzakarah berpendapat, dlm Islam para fuqaha' sepakat mengatakan bahwa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada telah kawin atau tidak selagi tak timbulkan fitnah.


2- Tapi, kadar pakai inai ada had sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang dipakai tak kekal seperti tatu. Pasal ukirannya pula, corak atau ukiran yang digunakan, ukiran daun, dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan manakala corak haiwan, dewa atau ajaran agama lain dilarang sama sekali.


3- pemakaian inai pada kedua tangan n kaki laki tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin masa majlis atau untuk tujuan perubatan.


Allah..panjangnya..anda semua baca tak ini??
kalau baca angguk ajelah..
aku assume korang baca..


Jangan salah faham dengan pemakaian inai..
tak adalah haram sepenuhnya..
ada syarat-syaratnya..
seeee...


Islam itu mudah kan..
tapi jangan pulak permudahkan Islam..



(pun boleh..haha!~)




p/s: kalau nak lukis jugak..lukis besar-besar bahu ke, belakang badan ke..tapi dengan syarat..pakai baju..jangan bagi orang lain nampak.. (ketega' sungguh)


Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk ikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak ikut syariat dan hukum yang telah ditetapkan.?? garu kepala sampai tahu..


okbai.
jumpa lagi..
assalamualaikum..




Sumber Rujukan :


Maya Tiwari. 2007. Women's Power To Heal. New York: Public Relations
:E-fatwa






WORDOFTHEDAY:INAI.IKUT.SYARAT

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..