Total Pageviews

Sunday, 18 March 2012

18-03-2012 8.53pm nada Cinta

salam..
hai..dah habis tengok cite korea selama 3 hari ni?
yang laki dah habiskan minyak motor sambil jalan-jalan??
ikut koranglah ye..yang penting jangan sampai melanggar batas..:)


sebelum apa-apa, aku nak minta para pembaca sedeqahkan al fatihah kepada arwah Zara Eleena yg ditemui mati dengan bapanya di Puchong..dahulu kami pernah berprogram di UKM ..sebelum die grad..arwah seorang yang kental dan frenly walaupun die sorang OKU..tapi, tibe2 dapat berita nya sangat menyayat hati..


 


baiklah..semalam aku ada ke satu tmpt utk urusan medical..
kemudian ada terserempak dengan seorang mat omputih ni..
aku tengok beliau terfinga finga sambil tengok kertas di tangannya..
dia mendekati aku dan bertanya.."do u know how i can reach row-eng??"..
ok..aku agak ternganga ja sebab aku tak pernah dengar sekali pun nma macam tu..
"pardon me sir"..
and die sebut balik nama tu..aku mintak kertas dia sebab aku xfaham sebutan tu..
pastu baca tu anak mata aku hampir tersembul ..nak tergelak besa pun ada..tapi aku tahan..
"oh..sir.its RAWANG..not row-eng..btw u r in rawang actually.."..
"OMG, thats y nobody know where it is because of my pronounciation..am really sorry miss"..


sambil ucap BYE die pun blah.aduuhh...siannya dia..
*ok..sekadar selingan*


entri kali ini aku nak berkongsi tentang realiti segelintir masyarakat..yes..segelintir.mungkin ramai dah tahu..
tapi kalau tahu tapi buat-buat tak tahu tak guna jugak kan..=)
mari saksikan adegan yang hebat ni..


ANNOYING 1#
~ waktu di kedai makan dua minggu yang lalu, (tempat dirahsiakan). depan ni ada 2 orang hamba Allah. Lelaki dan wanita. Tengah beratur nak pesan makanan. Entah macam mana entah duit rm10 yang digenggam waita itu terjatuh ke lantai mozek kedai tersebut. MAKA nak dijadikan cerita, wanita tersebut membongkok nak ambil duit tersebut, ternampaklah susur belakang (sebab pakai baju adik die kot) ..Yang lelaki ni pun nampak dan lihat tanpa berkedip. Wanita ini pulak dengan pantas nya cuba menutup "aurat" wanitanya. takut  takut dipandang insan lain.


 


ANNOYING 2#
~ TAK payah lah pergi jauh-jauh. tengok sahaja kat tepi jalan untuk lihat adegan ni..cuba lihat pasangan "couple" yang menunggang motosikal. MAIN FOCUS kat awek cun yang pakai baju adik..(tak sempat tukar kot, emergency kot). OH NOO..tangan itu cuba beberapa kali menutup aurat belakang yang terdedah itu..kot2 ade orang lain nampak selain pakwe nye..kahkahkah


ME:
nak gelak dulu leh x??hahaha..Kak cik/ kak long ku sayang, dah terang lagi torchlight anda pakai baju adik..habis tu nak kaver macam mana lagi??memang tak boleh pun..tarik sini terdedah sana..tarik sana terdedah sini..apakah??tahu pulak malu nye?? apa kata abang long tu belikan baju "kakak" menggantikan baju "adik tersebut??amacam??deal or deal? (xde pilihan)


ANNOYING 3#
~ pada suatu hari, bertempat di satu pusat perumahan yang banyak rumah. ada seorang si lelaki dan si wanita yang sama-sama menuggang motor dengan penuh romantika. mungkin nak hantar si wanita ni balik agaknya. berbual sekejap...alololo..siap main tampar-tampar lagi..Sebelum beredar , si wanita BERSALAM dan mencium tangan lelaki itu...dan dibalas oleh laki tersebut..tuuutt..


 


ANNOYING 4#
~ oh my ..yang ni rasa da berlambak sangat..tak perlu nak terang panjang bin lebar. pegi sajalah ke mana-mana pasar malam kat Bangi ke atau mana shopping complexx..ke-happening-an manusia kat sane bikin hot  kan?..ada sahaja pemuda pemudi yang buat 'adegan' yg menyakitkan mata.


ME:
aku cuba lah berfikiran positif. Mungkin mereka suami isteri kot.okeh okeh. Tapi kenapa wanita tu sahaja yang naik ke rumah..oo..laki tu ada outstation kot..tapi nampak mcm lain?..ahaha.xpelah..aku dah dapat jawapan.


mungkin mereka tengah try dan praktis sebelum kahwin..biasalah..practice makes perfect..toe's up!! (mata depa)..ala..kan adegan camni dah jadi rutin dan cliche..mungkin dah xsakit mata dah bagi sesetengah pihak..jangan kata pasar..aku naik KTM pun lagi sakit mata..aduhaii..


tapi perasan tak iman kita tersangat lah lemah kerana hati sahaja mampu menegurnya..bukan mulut ataupun fizikal secara umumnya..
Allah..
kadang-kadang kita terfikir.."ha, lantaklah mereka yang akan masuk kubur dan menjawab depan Allah nanti ..bukan aku.."


ye..tapi kita tetap akan ditanya, apa yang kita buat semasa ada maksiat berlaku secara terang-terangan di hadaan kita??tak sempat kita beri alasan, hati akan menjawab dahulu..


begitu juga pada yang membuat maksiat.."biarlah, aku yang akan jawab kat akhirat nanti, jangan risau, aku takkan minta tolong kau"..
memanglah, tapi kalau kubur kau ditaqdirkan Allah sebelah aku, kau menjerit-jerit sebelah aku, tak ke menganggu aku??
"hidup susah mati pun susah"..bak kate apek dalam filem P Ramlee..


faham tak??faham tak? teguran ini untuk diri aku juga..


 


ingat..'ringan-ringan' pun akan menjalar ke arah kelahiran zuriat tak sah..
bukan itu sahaja, penzina juga telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari syurga kelak..ish..korang tak nak ke?? (--!)


FI QULUBIHIM MARADHUN FAZAADAHUMULLAHU MARADHA
mksd: Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya
(surah AL-BAQARAH ;10)


jadinya, sesiapa yang membenarkan era mudanya dicemri dengan aksi ringan-ringan dan zina ia mampu membenihkan penyakit serius dalam hati. betul tak?


tepuk dada tanya selera..nak zina ke atau nak bidadari syurga? =))


*akak dh nk btunang..pasni mule lah mak bsing kt aku..=_=,


WORDOFTHEDAY:ZINA.PEROSAK.HATI

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..


Thursday, 8 March 2012

09-03-2012 3.38am khatimah berkat

assalamualaikum wbt..ehhe..
full salam aku hr ni kaaan...
who miss me today??you? you? or you?
oh pelisss...stop saying that "i miss u"..penat nak dengar dan balas..
ahha..jangan geleng...xpe2..ku faham psl ego org nih..





haa..talking about ego..susah juga kalau kita ade kawan yg ego die hebat tinggi..
mahunya tak..sume yang org ckap xmhu dengar..
rasanya tak perlu aku cerita panjang kan..tu kalau kawan yang dekat..
kalau terdapat kat Fb/Twitter?blog??
haaa..tu yang paling susah nak admit tuh..


ego dalam FB/Twitter/Blog??
apakah??


xtahu ek?
emm...maksud aku orang yang suke maki hamun/marah2 dan emo kat dalam alam maya ni..
kadang-kadang muke lawa sangat..ayu sleeping..tapi bahasa..nauzubillah..
kadang-kadang mcm xcaye je..
laki pun same gak..muke macam jambatan hampir siap..bahasanya masyaAllah..


sekali lagi..bukan nak menghentam k..


jangan ingat org yang maki hamun, buat sound adalah OHSEMM ek..so false..ahaha..





tapi kalau kita lihat..gejala sosial ni semakin melarat..segaja aku sebut gejala sosial..sebab makin ramai yang terjebak..
aku tak faham jugak manusia macam ni..bila check balik,bukanlah budak-budak pun..dah tua bangka semua dah..
tua bangka ni manusia yang dah boleh fikir baik buruk..ni ape de hal bajet cumil lak maki hamun gitu...
marah kat orang sikit, mulalah maki hamun, mencarut sana sini..menyemak kat TIME LINE orang..
tak bertapis langsung..
ingat orang yang tengok tu suke ke tgk bahasa INDAH korang??
*just super duper annoying*


haih..kalau dekat dengan aku...memang aku PANG sekor-sekor..tangan kanan aku dah gatai dah ni..


puas ke macam tu?sebenarnya lagi menaikkan nafsu amarah dan seterusnya mencetuskan lagi satu tindakan baru ..bukan tu je, maruah anda pun jatuh..degil!


mungkin ada sesetengah orang rasa HOT kalau keluarkan kata amarah sekali dalam dua hari...dah jadi habit kot..


susah nak buang dah..itulah, sapa suruh dok maki hamun orang sangat..entah berapa ramai tengah maki hamun korang yang tengah maki orang lain tu..



(motif angry bird??)


tanyalah kat siapapun, tak ada yang suka punya bila orang yang kaki mencarut , maki hamun segala bagai ini.
apabila anda terlalu superduper  annoying berbanding biasa..manusia secara refleksnya akan UNFREN /UNFOLLOW laman sosial anda..


lepas tu dengan penuh riak, takbur dan ujubnya akan ade yang cakap mcm ni..:


~ "kalau tak suka aku maki hamun kat blog aku ni, jangan gatal nak masuk dan kome, aku xrugi ape lah weh..sakai.."


~"unfollow lah Twitter aku ni..ade aku suruh korang folow??uweekk!!~"


~" huk eleh, setakat ko sorg unfren aku xluak r..member aku ade 4999 lagi tau tak!!piirahh mabukk"


untunglah ade 4999 mmber...*ok, xde kaitan*..


indahnya jawapan mekk..
kalau dengan jawapan itu merasaka anda adalah sorg yang sangat matang dan hebat..itu adalah SALAH!!
terlalu menampakkan ketidakmatangan dalam melahirkan buah fikiran. 


KITA MANUSIA YANG DIJADIKAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN OLEH ALLAH SWT. JANGANLAH RENDAHKAN MARTABAT KITA SEBAGAI INSAN..


tak perlulah nak mengutuk, melahirkan umpatan, kata nista berunsur lucah sebab anda sendiri dah tahu apa jawapannya..


kadang-kadang diam itu pun satu suara!!


Ghadhab (pemarah)
~ bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau mencegah dari kejahatan.


Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW:
Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda: Jangan marah. (riwayat Bukhari)


ada dalam hadis at-Tabrani: jangan marah ,nescaya kau akan dapat masuk syurga..


woha!! korang xnak ke masuk syurga..kenapa hilang pertimbangan dan menjatuhkan martabat sendiri..kenapa bagi syaitan peluang bertepuk tangan??


ada 5 jenis marah dalam sepanjang pembacaan aku..kalau ade leh tambah..:)


1- cepat marah..~asal tersilap je terus tarik muke patbelas kaki..mulut terkumat kamit macam mantera sebab marah sangat..


2-marah pertengahan~..ni bulehlah nak pertimbangkan lagi..kalau mntak maaf leh jadi ubatnya kot..kotlahh..


3- marah sederhana~ hihi..harapnya ramai yang dalam kateori ni..sebab marah mcm ni akan terkawal dan bertempat..


4- tida tahu marah~ macam  aku kot..ahhaa..yang ni pun bahaya juga..sebab org mcm ni kalau tbe2 sekali die jadi marah..wooooo..meletupp..tapi baguslahh..


5- marah sokmo..~ni yg jad kes caci maki tuh..hampeh tul..


kita sebagai manusia kenalah pandai mengendalikan nafsu termasuk lah nafsu amarah ni..sebab api kemarahan akan membawa kesan tindakan yang berlainan daripada kebiasaanya..


percakapannya menjadi tak teratur, bahasa kasar habis, suara menajdi kuat, dan banyak lagilah..


ye, memang sabar ade tahapnya..tapi kalau tak cuba bersabar mana nak datangnya sabar tu??daripada langit ke cik akak ??


cuba baca kisah Saidina Ali yang hampir memenggal leher musuhnya tapi xjadi sebab takut pada Allah..hebat sungguh beliau..masyaAllah...!~


bersabarlah sebab bekalan sabar tidak pernah akan habis...:))

tepuk dada tanya rasa..


WORDOFTHEDAY:STOP.CACI.HAMUN

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..

Tuesday, 6 March 2012

06-03-2012 4.22pm kuah dan nasi

salamun alaik ya habibi sekalian..
amacam hari ni? semakin baik atau semakin xbaik..?
insyaallah..semoga semuanya berjalan dengan lancar..
*dh mcm wish org lak*


ape pun aku tringin nak kongsi fatt choyy satu benda..
mungkin termasuk aku jugak..mungkin kau..kau dan kau juga *smbil tunjuk korang*
sama ada secara sedar ataupun tidak..
kadang2 kite tahu benda tu xleh dibuat..tapi nak jugak buat..
kenapa ya??
mesti jawapan lumrah manusia "ala..standard lah mnusia..cpt lupe"

ye..mmg xdinafikan...tapi boleh jugak dikatakan sebab perasaan INGIN TAHU manusia yang terlalu tinggi..
curiosity kills u actually..
memang naluri manusia yang inginkan pengertian terhadap sesuatu..
tak salah..tapi apa keperluannya sehingga melaksanakan apa yang di LARANG??

sebagai contoh:

1- ada signboard: SILA JANGAN PIJAK RUMPUT DI TAMAN INI
~TAPI kita buat " Pijaklah rumput ini sesuka hati tanpa rasa bersalah"

2- "SILA JANGAN BISING. INI ADALAH PERPUSTAKAAN YANG BUKAN MAKCIK KORANG BUAT"
~TAPI kita buat "Silalah berborak sesuka hati disini.,memang tempat mengumpat.. pot pet..pot pet..gosip..gosip!!"

3- INI JALAN SEHALA OKEY!
~TAPI kita buat.. "jom kite ber-hala- kan die..due tiga hala ke...sharing is caring"

4- DILARANG PARKING DISINI WALAUPUN KERETA AUDI TURBO
~TAPI kita buat.. " alamakkk..rileks sudeyy, parking je pun, paling dasat pun saman.."

haa...nampak kan?? rasa banyak lagi..nak tulis semua payah kat aku lak..
itu baru contoh larangan dunia yang kita tak leh buat...maksud aku larangan dunia ni larangan yang dicipta oleh manusia..
even kadang-kadag orang yang cipta benda ni pun xpernah ikut .....kan??..jangan geleng..
bole je nak langgar arahan tu..tapi agak2 lah kan...

tu kalau larangan dunia..mai kite tengok larangan syariat lak??

1- KITA DIWAJIBKAN MENDIRIKAN SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM.
~TAPI...kejap lagilah..aku tgh tgk drama vanilla strawberry nih..kan semalam aku dah semayang..

2- KITA DIWAJIBKAN BERPUASA SEBULAN DI BULAN RAMADHAN
~TAPI ...eh..kan aku dah pose taun lepas.nak kene pose ag ke?..ala..nnti2 leh ganti..

3-KITA DIWAJIBKAN MENUTUP AURAT TAK KIRA LELAKI MAUPUN WANITA
~TAPI... (L) alamakkk..wak luuu..pakai suar pendeklah stylooo..
             (W) u ni kannn..pakai legging le beshh..mcm2 kale tawww..panash lah pakai baju labuh2..

4- KITA DIHARAMKAN MENYENTUH PASANGAN YANG TIDAK HALAL BAGI KITA.
~TAPI ..."eh, baby, tangan baby ni pakai sabun cap kapak ke ape?keras je.."..sambil berpegangan tangan..

haishh..ramai tahu pasal aurat, couple and lain-lain isu..tapi kenapa yang dah tahu tu tak mahu ikut??
aku pernah baca, dosa yang paling teruk adalah kita dah tahu dosa tapi tetap buat dosa tu..
emm..bukan nak menghentam orang..tapi dengan penulisan aku ini aku dapat ingatkan aku dan orang lain juge..

kita selalu terpekik terlolong kata ini salah itu  salah..semua salah...tapi jarang sekali ada orang yang membetulkannya..kan??

tapi aku suke tengok video nih..dah kate jangan pun still nak buat lagi..hamiiikk..ahhaa...


"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya) tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini ---sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya ' 
(Riwayat Abu Daud)

terjumpa dengan sahabat yng medapat hidayah untuk memakai tudung..alhamdulillah..

"susahnya nak describe perasaan memakai tudung ni kak..rasa macam terpelihara dan indah..saya pakai bukan utk suka-suka tapi Allah anugerahkan pada saya aqal utk berfikir"..

WORDOFTHEDAY:TAPI.PERLU.TAHU

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya...
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..

Friday, 24 February 2012

25-02-2012 3.07am DOWNLOAD IMAN


SALLY: beb...ko pernah tak terfikir satu bndalah x??

MIA: mendenye ko ni?

SALLY: Hmmm...aku ni dahlah tak sempurna tutup aurat..

MIA: ko jnganle ckp cmtu..aku ni pun same juge..kire ko ade geng lah..ahahaha

SALLY: aku serius ni weh, aku ni kadang-kadang..pakai baju tangan pendek..tudung pakai camtu-camtu aje..tak pakai anak tudung, tak pakai stokin, ..aku risau lah .. bukan kadang-kadang..macam selalu pun ade..

MIA: hmmm..kirenye kau nak ckp yg ko dah xselesa lah ni..ke nak pakai lagi seksi.. *senyum sinis*

SALLY: ko ni..bukanlah..hmm..aku teringin nak berubah sebenarnya..tapi..aku risau sangat orang tak boleh terima aku punya perubahan nanti..ala..ko kan tahu perangai geng kita..FASHIONABLE..

MIA: ok2..back to serius..kalau ko betul-betul nak berubah, go ahead..aku faham sebenarnya apa yang ko cakap tu..memang tanggungjawab kita tutup aurat..lagi2 kite ni pompuan..tapi..ape kate kau dulu berubah. aku tak dapat HIDAYAH lagi lah..orang kate tak smpai seru..hehe

SALLY: ala ..beb..aku bukan nak bagi ceramah kat ko..tapi aku pernah terpikir camni tau..konon-kononnya lah kan kita pegi jalan-jalan kat pasar ke..kat mall ke dalam keadaan tak tutup aurat..nak dijadikan..dah tertulis ajal kite waktu tu..kot-kot tibe2 accident ke..atau kemalangan ke..(eh..same kan tu....) atau ape2 jelah..aku takut aku tak sempat mengucap and mati dalam keadaan macam ni..sebab ritu aku ade bace kat FB, ustaz mane ntah aku ckp aku xingat.. 
" perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lai kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. mereka ini tidak boleh masuk syurga serta tidak dapat akan mencium bau syurga., padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian" (Riwayat Muslim)

MIA: hamboi..gile r ko ni..dengan hadis sekali ko bg aku...

SALLY: aku cume bg bukti je..kau janganlah salah faham lak..aku bukan nak jadi ustazah..wehh..kalau nak tunggu hidayah..memang takkan datang free-free..kita yang kene cari hidayah tu..aku rasa kite memang patut berubah lah start sekarang..macam kite nak duit lah..kite keje baru dapat duit..xdenye tibe2 duit tu jatuh dari langit..

MIA: *diam*

SALLY: aku takut hidayah atau pun yang aku dan kau rasa sekarang ni, cume datang sekali je..rugilah kalau kita tak sambut seruan ni..kalau lepas ni xdtg lagi?? ="(

MIA: aku pun rasa macam tu gak, cuma aku tak reti nak start camne..

SALLY: ha..apa kate kita start dgn stop pakai baju tgn pendek, seluar ketat gile niha..then, kita cube pakai tudung yang tak jarang and tutup dada..pastu nnti step by step kita pakai stokin lak...amacam??

MIA: ko ni kadang-kadang ade otak juga ek..ahah..gurau je..aku suke sangat dengan cadangan kau tu..aku setuju..insyaALLAH..mudah-mudahan kita mampu berubah..pastu nanti lehlah kita tarik member lain lak..kan? :)


SALLY: ehh..eh..ko pun ade otak lah weh..baru aku sedar..ahaha..gurau je beb..insyaAllah, kalau kita tulung agama ALLAH, insyaallah ALLAH akan tolong kita..aminnn..permudahkanlah kami ya ALLAH!..jangan sampai kami tak berubah kerana mencari redha manusia..

------------------------------------------------

ha..ape pendapatan korang pasal ceghite ni??
bagi aku pompuan tutup aurat sangatlah OHSEEEMMM!~
sebab xde alasan utk tak tutup aurat..nak kate panas. malaysia ni xdelah mcm kat afrika nuhaaa..

BELUM SAMPAI SERU: padahal seruan tutup aurat telah lengkap diturunkan 1400 tahun lepas..ntah ape jenis seruan ag die tggu ntah..seruan dari kubur ke cik kak? (n_n)

GATAL KEPALA BILA PAKAI TUDUNG: bkn ko mmg gatal ke?ahaha..dah malas nak syampu rambut, salahkan tudung..gatal mulut..

NAK PAKAI MACAM MANA LAGI??:  ni orang letak aqal dia sebagai standard. bukan al -Quran dan as-Sunnah..kalau letak aqal manusia sebagai standard, baik xyah pakai ape2..seni kate kaaaaan.. *otak kat tapak kaki kut*

DOSA MASING-MASING, KUBUR LAIN- LAIN:  masalahnya nnti kalau hang nak masuk kuboq, orang lain jugak yang kena mandikan, kapankan, solatkan dan tanamkan..kalau mampu buatlah semua tu sendiri..aku nak tengok..

BELUM BERSEDIA: zaman Nabi SAW, setelah turunnya ayat penutupan aurat, para muslimah DENGAN SEGERA mengambil kain-kain yangada untuk menutup kepala mereka. Ini menunjukkan mereka adalah golongan yang BERSEGRA MELAKSANAKAN SYARIAT!

"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar syaitan akan memerhatikannya"
(Riwayat Bazzar dan at-Tirmizi)



sounds harsh..but thats the truth!! come on girls..why not all of us be THE UNUSUAL, EXTRAORDINARY,INCREDIBLY, EXOTIC, SUPERNORMAL by being the best muslimah!!!

*ingat senang ke nak cari sinonim nih..fiuhh*

maafkan saya.. (n_n)//

WORDOFTHEDAY:AURAT.ITU.WAJIB.

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..

Sunday, 19 February 2012

20-02-2012 2.43am semangaT Pokok

salam my faboulusly superliciously frend-omite..
abaikan..haha


lame xmengelap teratak ni..
asyik lap tingkap umah je smggu ni..
lap  motor..
lap kaki..
haishh..



cuti ni aku g kua dg sorg yg aku sgt syg..ihik..malu lah nak sebut nama....
seronok sgt..=)
rasa nak senyum sampai ke anak rambut sebelah telinga..
kenangan tu akan aku pahatkan dengan tukul kayu sampai bila2..
kitoerg melintas jalan pun pegang tangan..makan sama-sama..
rasa mcm inilah saat bahagia yg aku sgt iginkan..
dah lama aku ingin keluar bersama die..
tapi..baru hr ni dapat peluang..
;)


main boling sama-sama..
ish....xde kate2 dah..
tapi masa naik eskelator tu lagi best...
die dok pegang tgn aku...*malu*


tapi masalah nya ialah..MAK AKU NI TRAUMA NAK NAIK ESKELATOR..
duhaiii..pnyelah lame mak ak pegang tgn aku..tp xnek2 gak..ahahhaa...
last2 aku gigih mncari tangga utk beliau...kt dlm mall tu lak duk carik lift...aku ni klau naik lif mmg rasa sakit pale..ahaha..
err..yelah..mak aku..xkan mak jiran sebelah rumah mak long die pnye anak  lak..


kua dengan mak ni lgi enak rasanya dpd kua dgn laki yg ajnabi..:P





ok2...aku ade wat satu analisis ni..*lah sgt*


ada beberapa jenis org yang berkaitan dgn sifat maaf ni..


1- MUDAH UCAP MAAF, TAPI TAK MAKSUDKANNYA
~mmg kita tak mampu utk ukur keikhlasan seseorg sbb bnda tu abstrak..tp ak ckp ni skdr utk prngatan dri sndri..
lidah die ni sng sgt ckp maaf..tersinggul skit ke, ape ke..
tp lepas je die mtak maaf, org tu pusing arah lain dan buat muke ni.. ( >_<)
takpun mencebikkan bibir yang xseksi tuhh,,,
nice huh??


2-MUDAH UCAP MAAF DAN MAKSUDKANNYA
~ haa..this one sgt susah kite nak jmpe kan? bukan takat nak jmpe tapi nak bertembung pun payah..
mungkin daripada 100 orang adalah sorang due..tu pun lau bernasib baik..
sekali lagi...bukan nak ukur keikhlasan ke ape..
tapi ni cepat terasa bahawa dia yang bersalah..dan mungkin jugak masa die minta maaf die mengalirkan airmata atau tereaksi muka yang sedih dan membimbangkan..
(bab ikhlas atau x no komen k)


3-SUKAR MEMAAFKAN TAPI TIDAK MEMAKSUDKANNYA
~emm..aku rase de je kwn2 sekolah aku yg cmni..mulut je kate xnak maafkan lah, dendam lah..hapelahhh..tapi sebenrnya dlm ht tu xdelah mrah atau dendam pun..saje nak bikin show kottt..hhahha..ke bajet "HOT"..hahhaa..value urself..(nilai diri sndri)..*rusak b.i


4-SUKAR MEMAAFKAN DAN MEMAKSUDKANNYA
~fiuuhh!! yang ni mmg susah dan mgkn kite pun takut nak carik pasal dgn die..kalau "tercarik" pasal xtau lak aku.. ade je org cmni sbnrnye..mgkn ade sbb nape die snggup jd cmni..but org cmni mmg shrusnya belajar memaafkan dan apatah lagi utk meminta maaf..ego tinggi kot...:) ..kdg2 siap pakej maki hamun skali..ahha
bagi aku..ego seseorang itu hanya leh dipecahkan org tu sendri..
biasanya ayat fofular golongan ni ialah " DO I CARE??"  ataupun dlm bhasa Kosovo nya "ada aku kisah??"


5- MUDAH MEMAAFKAN DAN MUDAH MEMINTA MAAF
~ wohha...! ni pun satu kategori yg sgt hebat ..subhanallah..alangkah indahnya ada sifat cmni kan..yg pntg ikhlas..


6- SUKAR BERI MAAF DAN MEMINTA MAAF
~yang ni aku rs xtau nak komen ape..hidup pun mcm xde makne je..adeh..so poor of u dear..
semoga Allah bukakan/lembutkan hati org cmni..ni ego tahap aku pun xtau nak letak mana..ahaha




Wahai 'Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturrahim dengan  orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu"


(Hadis Riwayat Hakim)


indahnya sifat pemaaf ini..
bisanya kita susah nak maafkan orang sebab psikologi kita yang telah tertambat dengan perasaan dan ego..
bukankah Allah ade printahkan untuk memberi maaf sebelum diminta maaf?
salah satu cara yg baik adalah memaafkan smua orang sebelum tidur..manalah tahu esok kita takkan mungkin bernafas lagi??


siapalah kita utk tidak memberi maaf..
sedangkan Allah adalah Yang Maha Pengampun lagi mengasihani..
besar sangatkah kita ni smpai melebihi Allah??!


kita tersalah menulis sewaktu menulis di sebuah warkah kertas, kesalahan itu pun kita padam dengan alat pemadam. dengan apa pun kita menghapusnya, tentu akan meninggalkan kesan, bahkan mungkin kertas itu menjadi robek!


tapi..utk lebih bersih dan rapi, kertas yang terdapat kesalahan tulisan itu diganti saja dengan lembaran yang baru..
samalah juga dengan MAAF ini..maaf umpama menghapus kesalahan kertas..sedangkan berlapang dada umpama mengganti dengan lembaran baru..
hebatkan ALLAH?


FORGIVENESS IS NOT SOMETHING WE DO FOR OTHER PEOPLE...WE DO IT FOR OURSELVES -TO GET WELL AND MOVE ON!!

*org kate org yg susah nak maafkan n minta maaf de masalah hati..korg ade ke?*


WORDOFTHEDAY:DATING.MAAF.INDAH

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya...
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..


Saturday, 4 February 2012

05-02-2012 2.38am Lawak Kampus

salam my cadbury sekalian..
ape..vochelle??oh jangan nak buat lawak disini..ni bukan lawak kampus online ok..


sok adalah majlis penutupan Taming sari..allah...
cuak giler aku...
bukan ape..takut ade kekeliruan...ade kekacauan yang berlaku..
yelah..event besar..takut ade ape2 kang buruk lak nama UKM..
allah..permudahkanlah urusanku..
sekarang ni kire mcm do or die r ni..ahaha'





petang tadi aku curi masa aku g lawat sorang sahabat kat hospital putrajaya..
Farhan Ismail..eksiden minggu lepas..
nsb bek UKM ni dekat dgn putrajaya tuh..
aku sgt excited dan eager to see him..
even xlama aku kenal die..but still my frend..
dalam 2minggu ni aku sangat merintih dalam hati utk pergi jenguk dia...xtahu kenapa..
alhamdulillah ...pada saat2 akhir ku nak balik ni Allah bagi aku peluang..


sampai je aku kat sana..
aku tengok paan tak sedarkan diri..ayahnya sedang dudukkan dia..
tapi dengar je suara kiteorg..die terus je  bukak mata walaupun xmampu..
SUBHANALLAH!!
bertakung airmata aku..kwn2 aku pun..aku cuba tahan supaya tak menangis depan member2 dan dia..
die dah mcm orang lain..
mata xmmpu nak buka, tak leh bcakap sebab rahangnye hancur dan baru sahaja dibedah..batuk yang teruk...ALLAH..


aku lambai pada dia..aku tak tahu die cam aku atau tak sebab kami pakai penutup mulut..
aku hanya mampu berselawat utknya dan baca Ya Latiif utknya seberapa kali yang banyak...
tapi sewaktu kami menadah tangan utknya..airmata aku mengalir tak berhenti..begitu juga yang mengetuai bacaan doa..(piee)
hati aku rasa sakit sangat..
i know he got other good buddies..
muhasabah aku seketika ketika melawat dia..
rasa bersyukur terhadap ni'mat yang Allah dah berikan..
n while im doing this entry, im crying..i dont want to wipe this tears..
i want to feel wat u facing paan.. :'( ...wajahnya masih terbayang depan mata aku ni..
berat mata memandang berat lagi bahu memikul..


walaupun die tak mampu..die tetap mengangkat tangannya utk mengaminkan bacaan doa..
Allah!~ berikanlah die kesembuhan..
Berikanlah semula cahaya keceriaan semula diwajahnya dan keluarganya..
muka ibu dan ayahnya sangat sedih tapi disembunyikan dengan senyuman..


paan memandang kami..senyum pun xleh..
tapi dari gayanya die sangat gembira dengan kedatangan kami..


alhamdulillah!~ Syafakillah!! Allah akan membalas perbuatan orang yang menjadikan kamu mcm tu paan..we miss u..we all missing u.. pendekar cicak!!!!! :'')) bangun dan panggillah  aku serikandi biawak!!
:')





---------------------------------------------------


susah ek bile de tanggungjawab ni..
sebelum nak comment ce tengok diri sendiri dulu..
jangan anggap diri dah sempurna..
look annoying when u say like u r the best n other people was useless..
u say one word bad things to other..others will thousand bad things about u..
yeah..i know, u will say  "do I care"?
yes..that's really shown who u r..
funny right?
laugh to ur self please..



YA Allah..i will do..SLOWLY but SURELY!!
bimbinglah hati ini Ya Dzal Jalalil wal Iqram~




WORDOFTHEDAY:PENING.PAAN.CERMIN

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..