Total Pageviews

Monday, 21 May 2012

22-05-2012 4.51am Pustaka bahasa

assalamualaikum...
sementara tunggu sahabat aku ni siapkan tesis dia..
aku pun gatal nak berblog..


-------------------------------------------------



aku ada kawan..
ramai kawan..
yang comel..
yang cantik..
yang gojes..
yang gojeses...
dan yang gojeseses...


tapi...
aku ada sahabat?
what the hal? 
bukan sama je ke?


tak..
tak sama..
bagi aku..
kawan ramai..
tapi sahabat?
berapa orang?


untunglah pada yang banyak kawan gojeseses... ok.takde kaitan.


======================================



teringat zaman dulu..
kalau cikgu minta menulis pasal 'my best frend'..
mesti rasa nak tulis pasal orang yang duduk sebelah aku..
sebab aku tak tahu siapa sahabat aku sebenarnya..
ahaha..


dalam pemahaman aku..
ada 5 sebab utama kenapa sahabat tu penting..


1- Teman
~ bukan teman tapi mesra..tapi teman yang betul-betul bersama mengharungi apa yang aku rasa...andai kata satu hari aku pergi ke tempat yang sangat asing dan tak kenal siapa pun..aku kena juga cari seorang yang boleh dipercayai untuk dijadikan teman dalam perjalanan... kalau aku terlalu asing tanpa teman, mampukah aku terus bertahan? =)


2- Pendengar dan Pengkritik
~ ni bukan Akademi fantasia ye..lainlah aku seorang yang bisu, aku takkan boleh menceritakan kenanga, masalah, dongengan, kemerepekan apabila masuk pukul 2am kepada sahabat. Tapi sebagai manusia yang normal, aku memerlukan sahabat sehingga bila-bila. Sahabat adalah seorang pendengar kepada bahan cerita aku...mereka ada hak dan ruang dalam hidup aku..=)


3- Pencerita
~ This is the best part...aku pun sahabat pada mereka, jadi secara langsung aku pun adalah pendengar. =)


4- Mengembangkan Hubungan
~ Bakal sahabat? apekah?
macam media sosial gak, sahabat aku mungkin sahabat anda, atau bakal sahabat orang lain. dan mungkin sahabat orang lain akan menjadi bakal sahabat aku yang akan menjadi sahabat aku..
err...forget it..


5- Pembimbing
~ sedangkan pemimpin pun perlukan bimbingan..inikan pula aku yang hanya seorang yang kerdil..sebagai manusia biasa, aku takkan lari daripada masalah dan takkan berhenti untuk menjadi lebih baik...sahabat akan membimbing sebab mereka ada latar belakang dan perjalanan hidup yang berbeza.


konklusinya;
sahabat yang baik takkan sanggup untuk melihat sahabat mereka terjatuh sekali pun..
aku sendiri tak sanggup melihat mereka terjatuh..
bayangkan kalau aku kat UKM ni tak ada sahabat??
= ='
shukran jazilan sahabat2 yang tak pernah jemu membantu aku..
meskipun aku degil..


di jalan Allah,
persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu...
persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang lebih mengetahui..
kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA juga yang menetapkan ukhuwah itu..
semuanya kerana Allah..


dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
'Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubunga dan janganlah sebahagian kamu menipu transaksi sebahagian yang lain. jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannya, mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.


mari perbetulkan pandangan tentang sahabat kita ye..^^




p/s: kenapa skema sgt entry ni??




WORDOFTHEDAY:SAHABAT.HINGGA.SYURGA

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya...
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..


Sunday, 20 May 2012

20-05-2012 6.11pm gedik Santai

assalamualaikum...


what?
eh..takkanlah?
haih, bukanlah..
kan aku kata bukan..
apsal degil sangat nih...
kan aku dah kata..
hish..bukan tu bukanlah...~
|
|
|
|
|
|
Aku bukan Fasha sandha lahh..dia yang macam aku...
haih... = ='



(hik3) (n.n)
--------------------------------------------------------
ok..tu muqaddimah je..haha..
tengah duk tahun 3 ni mcm ramai lak yang kahwin kat UKM ni..
menarik..
selepas tu terfikir lak, siapa yang melamar siapa ye?
kalau lelaki pinang wanita, well, itu lumrah..
kalau wanita yang pinang lelaki?? euwwww....malunyew,,
*sape yang buat gaya tu memang nak kene ikat kat tiang*..


kenapa?
pelik sangat ke?
daripada korang duk pegang2 tangan, melakukan sesuatu yang jauh sekali dpd ajaran Islam, 
lebih baik buat satu langkah yang baik yakni kahwin...
pegang tangan waktu tu pun kira ibadah ...nice...



(WOULD U MARRRY MEMIAWW)


ya, perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita...
tapi kalau kita rajin, cubalah selak sikit sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW...
hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala..


mungkin kita terlupa kisah cinta Murabbi Cinta Rasulullah dgn wanita syurga (Siti Khadijah)...


'ishhh..seganlah!!~takkan perigi nak carik timba lak???"


ya, segan..
kerana tak dibuat dek orang kita...padahal syariat tu luas dlm hidup umat Islam..


yang wajib, tidak dibuat.
yang sunat, dilihat wajib.
yang haram, itu dipertahan!


kalau kite tengok betul2..
KEBENARAN zmn ni dilihat sangat asing..
bagi mereka, baik jadi CICAK YANG PEKAk walaupun dicop sebagai tak tahu malu...
*lau xtau mksd cicak yg pekak leh tanya DBP*




kalau dulu orang kata, BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT...


tapi sekarang rasa nak cakap, BIAR MATI AGAMA, JANGAN MATI ADAT!~ (nauzubillah)



(dr krn mataaaaa)


sebab adat ni sudah melekat dalam fakulti minda masyarakat sekarang..bahawasanya budaya meminang dan merisik hanya boleh dilakukan oleh kaum lelaki je..
memang budaya patut dikekalkan..
tapi kalau yang berlanggaran dengan agama Islam, masih nak pertahan?
kat akhirat nanti, adat xkan bantu kau masuk ke syurga...
tapi agama Islam yang sebenar!~
*emo nih*


mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? AH...malu~!


malu tak bertempat...


jika melamar lelaki tu dibenarkan syariat??kenapa tak??


nak kahwin ni mudah, cuma kita ni je haa yang suka memberat-beratkan dengan alasan..
bila kita suka seseorang, adakah kita hanya perlu duduk dan berdoa sambil mengharapkan jodoh kita jatuh daripada langit??
Allah kate ; USAHA + DOA + TAWAKKAL
bukannya  ; DOA + TAWAKKAL+ HARAPAN REZEKI DATANG BERGOLEK SNDIRI..
allahu rabbi..jangan suka-suka hati tukar formula mudah ni..


masih xpercaya dengan apa yang aku cakap?





telah datang seorang wanita baginda Rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:


'Wahai Rasulullah, apakah engkau berhajat kepada aku?' lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas r.a dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas r.a " Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri lebih baik dan mulia darimu kerana dia mencintai nabi saw dan menawar dirinya demi kebaikan."


( riwayat Bukhari no 5120, Nasaie dan Ibn Majah)


ha..aku cakap xnak percaya..mesti ayat korang : Alaaaa, itu nabi ini aku...
habis ko tak mahu ke jadi baik?
nak kekal dalam pekung 'selesa' ko?


setelah aku bukak buku hadis masih xpercayakan hadis??


mungkin dalam risikonye adelah...
DITERIMA atau DITOLAK..
kalau diterima alhamdulillah..
kalau x sepatutnya gembira sebab ALLAH nak bagi yang terbaik buat anda..
=)


lelaki baik untuk wanita baik, wanita baik untuk laki baik...
itu sifir Ilahi!!
itu firman tertinggi!





Surah An-Nur: 26
"wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untk wanita yang keji da wanita baik diperuntukkan bagi laki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik'..


biar memilih asal jangan salah pilih! hahaha..


good luck!~


WORDOFTHEDAY:KAHWIN.ITU.IBADAH.

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..









Wednesday, 2 May 2012

03-05-012 Bersih 3.0 diri

assalamualaikum
kepada semua yang sangat merindukan saya..
oh nooo..ramainye hantar private message ..
oh peleesss,, ai rimas lah nak baca semuanya...
*moodprasanwalhaltakadasatumesejpun*


==========================


eh, eh...
hari ini aku nampak Cik Senteng pakai skirt...kali ni labuh gak lah berbanding yang lepas-lepas...
tapi..aku ternampak satu benda yang tak patut di nampak oleh orang lain..
kain Cik Senteng tu ada lubang...betul-betul kat betis...
terkoyak gamaknya..
al fi kulli maklum..tak biasa pakai labuh kot..tapi tak apalah..
aku pun pergila secara dekat nak bagitahu..dengan niat takut orang lain nampak aurat die..nanti ada yang gelakkan pulak..


"Cik Senteng, kain cik senteng cantiklah tapikan..ada yang xkene dengan kain cik".


"eh, eh, ape jadah ko amik tau psal kain aku, aku pakai kain ke, tak pakai kain ke, ko jaga kain ko sendiri ..jangan sibuk nak jaga kain orang.."


"tapi cik Senteng...."


"arghhh...dah2..malas aku nak dengar..dasar busy body"..


cik Senteng pun berjalan terkedek-kedek dengan penuh  bangga beserta dgn "lopak" skirtnye...





----------------------------------------------------

Situasi 2


Kak Anonymous (Jiran Cik Senteng selama 3.4 tahun ),
 " Senteng, lewat balik semalam? =)"


Cik Senteng memberikan jelingan manja kepada jirannya tu..


haishh..busy body betullah kak Anonymous ni..suka kaki akulah nak balik lewat ke, cepat ke, tak balik langsung ke, ape kesebuknya die ni..jeles lettew..!





-------------------------------------------------------


amboi, kemainnya cik Senteng ni..
entah-entah kak Anonymous tu saje nak carik tajuk perbualan..
kepekaan kak Anonymous ni sangat membantu tau sebenarnya, yelah, kot2 Cik senteng binti Tok Singkat ni jadi ape2..
Kak nilah yg first suspek akan disoal polis..kirenye kak Anony ni mcm security guard yang tahu ape yang terjadi...


bila ditanya soalan macam tu, sepatutnya bukan naik hangin, tapi...
" ya kak anony, banyak sangat kerja tadi....tu yg terpaksa balik lewat tu"..
dengan senyuman..
perghh..meruntun qalbu wa cakap sama lu...


lainlah kalau Kak Anony tu tanye cenggini..


" ewah, Jantan mana hantar ko balik tadi Senteng???"
*ok.tu.melampau.*


hahaha..tu sekadar situasi je, mungkin ada banyak lagi contoh,
nama pun aku terpaksa amik camtu supaya tak ada yang terasa,,,
kalau ada padan muka kot..


ya aku akui..mungkin ada sesetengah jiran/ sahabat yang suka memburukkan orang lain..
tapi kan..apaaaaalah salahnya kita pertimbangkan dahulu sebelum buat keputusan...
Allah dah bagi akal tu proses dulu la...
husnuzon...


belajar lah untuk membezakan antara CARE dengan BUSYBODY..lain tu..
kurangkan prasangka, think positive..
sebab anda pun akan berada dalam situasi ni satu hr nanti...
mungkin dalam keadaan dan masa yang berlainan..
tapi tak mustahil kan??


=)



(rumah pun bertegur)


Firman Allah: 
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat 
(Surah al-Hujuurat :10)


Sabda Nabi Muhammad SAW: 
Seorang Mukmin bagi mukmin yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan yang lainnya. Kemudian Rasulullah mengenggam jari-jemarinya
(hadis riwayat Bukhari & Muslim)


dah jelas terang benderang bak spotlite dah tu..
Al-Quran dan As-Sunnah sendiri sangat menggalakkan persaudaraan dan silaturaahim..
jangan cakap aku tak ingatkan kat akhirat t..
ehhehe..







WORDOFTHEDAY:BERBAIK.SANGKA.SENTENG

diluar terlakarnya pelangi redhaNya..
disini masih mengharap gerimis kasihNya..

Thursday, 19 April 2012

20-04-2012 5.10am masalah PTPTN

assalamualaikum..


hai kepada wanita bakal menjadi isteri taat dan laki yang bakal menjadi suami soleh..
perghh..doa tuh,,, amin3..


adelah lama x hapdate..
banyak aje alasan..
tapi malas nak taip..


------------------------------



sedang jalan-jalan kat satu tempat..
ternampak seorang wanita ni..perghh..cantik doh..
jeles aku.. tapi msh dalam keadaan bersyukurlah..
badan solid..
kulit very the licin..
rambut mengurai..
kalerful..ade tujuh warna..mcm warna pelangi..
*ok.part tu aku tipu*


maksud aku memang cantiklaaaaa...
syok gile aku telatah die..comel...
lembut jew...


"baby, nak g makan x??"
aku terdengar balak die tanya..
sambil tersenyum manja dan memeluk lengan balaknya...


"NAKKKKK.."


hampir tersembur semula aiskrim MCD aku yang seringgit berperisa vanila..
tak adalah rasa nak gelak..


buat saat tu jelah..


saat selepas tu..
aku tepuk dahi!!


adelah suara JANTAN!!!
habis macho brooo wa cakap sama luuu..



(serius..wktu tu mmg rse cmni)


aku menyumpah diri aku sendiri...
bukan sebab apa...sebab aku boleh puji dia dalam hati!!!
baik aku pergi zoo negara...masuk area harimau kumbang... pergi masuk kandang die pastu puji dia..lagi berbaloi rasanya..


sejak dari itu..aku dengan penuh riak berjanji pada diri sendiri..
takkan suke2 hati puji minah gitu..
baik aku puji muslimah ke...burung ke..memuji ciptaan Allah..
adehh...


dah balik umah pun aku masih tak puas hati..
aku masih terngiang-ngiang di mata dan terbayang-bayang di telinga suara tu..
*err..peribahasa aku???*




-------------------------------------------



aduhai..
bila terbayang.
rasa kalau gelak tak sampai hati..
tapi..
KALAU TAK GELAK RASA TAK PATUT!!!


bukan..Allah da berikan satu ciptaan cukup hebat bagi manusia..
ape jadahnya  entah nak tukar jantina..
bila bayang rasa ngilu dan ngeri sangat.


ada ramai lagi yang tidak dapat mendapat kehidupan sempurna..
kenapa perlu membuang ciptaan Allah dan ganti dengan keinginan diri?
sejak bila diberi mandat jadi Tuhan untuk ubah kejadian Allah??
kau muncul dengan sendirinya ke??


mungkin orang tu banyak alasan untuk tukar jantina..
ahhh...!!
aku takkan sesekali terima alasannya tu..
alasan tak masuk aqal!!
tak waras...
mungkin ayat aku seperti orang emo..ye...aku akui...bab ni aku takkan redha..


aku geram ..tapi lebih banyak sedihnya..melihat benda ni semakin banyak berlaku..
menjadi kejutan yang teramat..





kalau semua orang yang ada masalah cinta, terus tukar jantina sebab xdpt apa yang die nak..??
apekahh??
kalau macam tu, mustahillah nak jumpe orang yang NORMAL kan??? jadi ramai kawan aku bukan pompuan lahhhh???

nauzubillah..


nak amik keputusan bukan sekadar memikirkan kesan sekarang..tetapi akan datang juga..


kau ingat kau senang hati kesana kemari dengan badan wanita..
yang wanita dengan badan lelaki...
mungkin kau senang sekarang..tapi di alam lain nanti??
nak tahu jawapannya??


DPD Ibnu Abbad r.a bahawa maksudnya:
"Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.."
(Riwayat al-Bukhari)


sebab Allah dah bagitahu yang :
Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan mahkluk yang lain.Firman Allah yang bermaksud: 
"sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk". 
(Surah at-Tiin: 4)


allahuakbar..


kalau Allah sendiri dah beritahu macam tu..kau sape nak pertikaikannya??
kembalilah kepada landasan sebenar...
selagi nyawa xsampai halkum..
selagi matahari belum terbit dari barat...
masih ada masa..
pintu taubat masih terbuka..
!!!


p/s: kite yang lain jangan sibuk mengutuk insan-insan yang kecelaruan identiti ni..sebagai Muslim..menjadi tanggungjawab penting untuk membantu dan membawa semula mereka yang agak silap jalan..ke jalan yang benar..
bimbinglah tangan mereka...tunjukkan mereka jalan yang indah...
jangan hanya meyebut kita muslim..tapi tidak menunjukkan kita ni muslim!!





sanggup nak ganti pnduduk kaum nabi nuh macam dulu?????
azab weh..azab!!!


WORDOFTHEDAY:DOSA.BESAR.JANTINA

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya...





Wednesday, 11 April 2012

11-04-2012 9.34pm TSUNAMI UTAMA

assalamualaikum wahai gadis-gadis yang comel bila tutup aurat dan lelaki yang nampak hebat bila menjaga pandangan... hewhewhew..


fiew...baru sampai UKM...adelah Komuter sangat penuh tadi dek kerna cuti umum..adehh..ladies coach pun jadik mix coach daa...
balik-balik tengok ada amaran tsunami..Allahu Rabbi...kepala terasa pening sebab terasa gegaran sedikit di bilik.


itu baru amaran Allah tu..belum kiamat sebenar..manusia akan berterbangan seperti kelkatu..





maknanya, yang bunuh diri yang lepas-lepas tu kira terlepas lah ye??
tak juga..
macam-macam cara nak bunuh diri kan..
minum racun tikus, gantung diri, terjun bangunan, cekik diri sendiri, melemaskan diri dengan gas, membakar diri (mcm amalan org india dulu dh.huhu)..dan amcam-macam lagilah..sekang ni mcam2 cara nak bunuh diri..
hantuk kepala kat dinding pn kire dah nak cuba bunuh diri dah mekk.


tapi orang ada macam-macam sebab nak tarik nyawa sendiri kan?
mungkin jugak nak testing badan tu kebal ke tak.. =p.. (ok.ngarut)





~ PUTUS CINTA
--- perghh..ni tak payah cakap lah..KB Mall menjadi saksi segala-galanya..bukan takat tu je..banyak ag tempat..apekah motif nye pun xtahu..putus cinta je pun..bukan putus nyawa..banyak kumbang/ bunga dalam dunia ni..kenapa perlu tarik nyawa sendiri??ade orang bagi lesen ajdi Tuhan ke??haihh..ni nak marah ni, *urutdada*..kalau aku jumpe aku lambai je kat dorang..


~MASALAH HUTANG
--- Along??hal ni aku tak boleh cakap apa sebab sir english aku sendiri amik langkah gantung diri sebab masalah along.. ==" 
sedih sebenarnya, sebab masalah ini dicarik sendiri, tapi masalah ini diakhiri dengan cabut nyawa sendiri. aduhaii..cubelah pnjam duit dengan angah ke, acik ke..haihh..





~  TEKANAN
--- haa..benda ni jangan amik remeh..mula-mula stress biasa je..pastu statlah..pasal tu bila stress jagan duk sorang2..syaitan suka nak ganggu waktu itu..tekanan ni boleh disebabkan oleh berbagai cara..sebab kehilangan orang tersayang, kemiskinan, trauma, diskriminasi dan banyak lagi..


~ CURIOSITY
---penah denga perkataan curiosity kills you??haha..nilah contoh paling tepat..pada asalnya nampak kelakar tapi isu ni serius..die nak tahu apa perasaan mati tu, nak tahu apa yang berlaku selepas mati..haa..memang rasa betul..


~ HILANGKAN RASA MALU
--- perghh...cara baru ni..maksud ayat ni adalah, dengan rejected by a man, atau kalah dalam sesuatu perkara die rasa aib yang teramat sehingga tak dapat menerima malu tersebut, so the best way is, SUICIDE!! *die ingat die samurai ke, nak bunuh diri kalau kalah*


~PENGANGGURAN
---xde keje, no money, no life, buat apa hidup...




-------------------------------------------------------------



ok lah sume tu just aku bagitahu je..tapi apa yang Allah cakap adalah..


"DAN JANGANLAH KAMU MEMBUNUH JIWA YANG DIHARAMKAN (DILINDUNGI) ALLAH, KECUALI DENGAN BENAR.." 
(Al-An'am :151)


(Shahih Muslim).. Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah SAW bersabda, "siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam , maka senjata itu akan ditusuk-tusukkannya sendiri dengan tanganyya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti  (berulang-ulang) ke neraka, untuk selamanya.
*aku bace ni pn seram*


ni sikit je..banyak ag..kalau anda ke  LINK INI anda akan tahu semua agama sangat2 membenci amalan bunuh diri ni..bolehlah review2.. tapi bukan maksud aku nak samakan Islam dengan agama Yang lain..tidak sama sekali okeh..




aku pun tak faham kenapa nak jemput kematian..


manusia akhir zaman..




diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..

=============================


Allahu Rabbi, kuatkan aku untuk menghadapi tribulasi hidup dan mehnah jiwa ini..
=="

Thursday, 22 March 2012

23-03-2012 4.29am Pusaran Air

assalamualaikum..

 

lama gak aku tak menapak ke sini ek..
mungkin sebab kasut aku dah haus kot..
*ok.xde kaitan*..

sahabat aku cakap aku tak terfokus dalam buat tesis..
emm..leh aku angguk tanda betul..tapi sebabnya bukan pasal UKP..tapi pasal..emm..abaikan..

'alololo..senyumlah sikit..janganlah masham2'..
'amboii..lebo nye senyum arini..cecah smpai ke ubun-ubun'..
' fewwit..senyum jeke?'

haaa..ade orang suka samakan sengih dengan senyum,,
padahal lain..sengih ni macam nak xnak je laa..utk sedapkan hati kawan-kawan yg wat lawak tapi tak lawak ke..hik3..

ni lah kate2 yang kite selalu dengar kan??
tapi penah dengar tak pasal senyuman??
ada orang pernah cakap..senyum tu biarlah simetri.. kalau 2 cm kat belah kanan, 2 cm jugaklah sebelah kiri..
kalau 7cm belah kanan, 7 cm jugak lah belah kiri..
gunelah pembaris untuk ukur lau nak tau simetri ke tak...jangan wat..nanti orang anggap 'lain' lak..

tapi ade pulak orang yang senyum macam hidup menyusahkan mati tak mahu.. *sengaja tuka*

4cm kanan, 2 cm kiri..haa.nampak x ketidakikhlasannye disana..
memang kita tak leh ukur ikhlas tu camna..tapi dari tindak tanduk dia kita leh tahu kaan..
entah nape susah sangat nak senyum..senyum bukannya kene bayar pun..nak kata kena bayar cukai ke ape tak pulak..dalam perlembagaan persekutuan pun tak ada..

 
(pe korang buat kat sini nih)

Jenis-Jenis Senyum.

1- Senyum Bajet Cute
~ senyuman jenis ni biasanya dimiliki org yang berlagak diva kah..tak pun yang selalu dibuat oleh orang yang kerap termalu-malu bila diusik oleh kutu jalanan. naikkan pipi kembung dengan mengecilkan luas bukaan mulut! there it is..hahah

2- Senyuman Duck Face.
~hahaha..rasanya bendalah ni sume org dah tahu..paling menyakitkan kepala bila tengok ada member sendiri duk amik gambar ala-ala mulut itik..ada 8 gambar dalam satu album dorang, yang ironisisme hiperbiolanye, lapan-lapan gambar tu adelah duck face nye !!!! quack..quackk..~

3- Senyuman Hati Girang
~ haiii senangnya dalam hatiii...*nada lagu P.Ramlee.*...haha..mksdnya bila die senyum sebaris penuh gigi dia leh kita nampak..penuh semangat...kita tengah down ke ape tengok senyuman tu rasa bersemangat je kaaann..

4- Senyuman Manis macam aku
~ uhuk..uhuk..*batuk*..yelah..sebab terasa kan..:)..takyalah korang buat muka tak puas hati tu kat sini..

 

5- Senyuman sinis
~ perghh..yang ni paling menikam qalbu nih..kadang rasa lebih baik dia tak cakap apa-apa daripada buat senyuman nih..haha...biasanya orang pakai ni bila tak puas hati dalam diam ..2 cm ke kiri 4.5cm kekanan..

6- Senyum Manja..
~ 'ayang....nak makan nasi char kuey tiaw tak..." tanya suami pada bini nye...
bininye pun jawab.. 'naaaaak abg..hik3'..kan manje tuuu...*only for husband n wife*

 

7- Senyuman menggoda
~ yang susah nak bayang..dia menggoda sambil buat muka cencorot kot..err...cencorot tu menggoda ke???...*tepuk dahi*

8- Senyuman Makanan Segera
~haaa..yang ni kan dia dah ade sign board, yang ada tanda pangkah untuk senyum tak ikhlas dan senyum paling lebar tu die tanda rait..haa..yang tulah..betullah tu..

9- Senyum kambing..
~bukan kambing yang senyum ye tan sri sekalian..tapi senyuman ni biasa digunakan dalam surat khabar..:P

 
(xde niat nak kate sape).haha


konklusinya, senyum itu sedeqah..
||
||
||
||
||
||
||
|| 
 dan sebenarnya JENIS senyuman ni sume hanyalah ciptaan manusia,..
senyuman itu adalah satu ciptaan indah Allah SWT , malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW... *haa..ko mampu buat ayat cmni*?

ada beberapa benda menarik dalam diri Baginda ni yang jarang sangat orang sebut kan iaitu pasal senyumannya..mungkin ianya nampak kecil tapi ianya sangat besar..:)

disebabkan senyuman Baginda, ianya dapat mempengaruhi orang ramai sehingga Baginda dicintai dan disegani kawan, lawan dan lain-lain. 
Saidina Umar pernah bercakap tentang keindahan senyuman Baginda..

" Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.." 
Hadis Ibnu Hibban.

 " Tidak pernah aku melihat seseorang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW." 
Hadis riwayat At-Tirmizi

 

subhanallah..sedangkan Baginda sendiri tidak pernah lokek dengan senyuman, apatah lagi kita ni yang hanyalah umat akhir zaman ni yang sentiasa penuh denga tipudaya dan sifat yang tidak elok..

dengan sebuah senyuman mampu menambah kenalan, yang ada kenalan tambah mengeratkan..yang susah menjadi senang, yang berat menjadi ringan..yang sedih menjadi tenang..yang hodoh menjadi cantik dan banyak lagi boleh kita katakan kan??

serius..bukan susah untuk senyum..ada orang kata, senyum depan cermin akan meningkatkan motivasi diri..tapi jangan lama-lama kang orang anggap 'lain' lak..

konklusinya..errr..banyaknye knklusinye..dah due nihh..

ok..konklusi keduanya, senyum, tak perlu kata apa-apa..tak berbayar dan tak perlu bayar.. FOC!!

 

senyumlah sekiranya ingin orang lain senyum padamu..;)


WORDOFTHEDAY:SENYUM.ITU.INDAH

diluar terlakarnya pelangi redha-Nya..
disini masih mengharap gerimis kasih-Nya..